Translate This Page

Siapa Online?
We have 16 guests online
Statistik Pelawat
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday125
mod_vvisit_counterAll days882394

We have: 16 guests online
Your IP: 54.224.76.106
 , 
Today: Apr 23, 2017

postheadericon ADA APA DI BAZAAR RAMADHAN ?

 

 

Kerana datangnya setahun sekali, bazaar Ramadhan menjadi tumpuan umum lapisan masyarakat, tidak kira orang Islam atau bukan Islam. Kedatangan mereka sekadar mendapatkan makanan yang beraneka jenis yang sebahagian darinya hanya dijual pada bulan Ramadhan saja. Orang2 Islam yang berpuasa datang ke bazaar kerana mahu mendapatkan makanan berbuka puasa. Peniaga2 pula sudah tentu melihat inilah masanya mereka mendapat keuntungan bermusim sepanjang bulan Ramadhan. Jika mahu melihat gelagat sikap, memek muka, senyuman bibir, cara berjalan, cara berpakaian dan cara memilih makanan, cari dan lihatlah di bazaar Ramadhan.


Adunan2 suasana yang berlaku di bazaar Ramadhan Jarang dikupas mengikut pandangan Islam. Lalu, jadilah bazaar Ramadhan sekadar pesta makanan dan niaga. Sedikitpun ia tidak menampakkan kecantikan Islam pada mata luar atau mereka yang bukan Islam. Apa tidaknya? Setiap Ramadhan tiada perubahan yang dilihat oleh mereka . Malah kebanyakan mereka menyinonimkan Ramadhan dengan bazaar, sehingga mereka menunggu Ramadhan setiap tahun hanya kerana bazaarnya. Kenapa begini? Salah satunya kerana mereka kurang maklumat tentang Ramadhan. Bulan yang penuh barakah dan penuh ganjaran2 serta tawaran2 dari yang Maha Pencipta untuk manusia yang beribadah di bulan ini sepatutnya disebarluaskan infonya agar diketahui umum. Seperti ekspo2 perniagaan dan sebagainya yang penuh info sehingga menampakkan wajah sebenar ekspo itu, kenapa tidak ia dilakukan pada bazaar Ramadhan?


Barangkali, pihak Jabatan Agama di Malaysia wajar memikirkan perkara ini di masa2 akan datang. Kerja2 mengalihkan corak, garis panduan dan petunjuk agar bazaar Ramadhan hidup dengan syiar, info dan ilmu serta dapat dihayati sepenuhnya mesti dibuat. Kalau peniaga2 diberi tempat oleh pihak penguasa tempatan untuk berniaga, kenapa pihak jabatan agama tidak mengambil tempat dan ruang untuk mempamerkan pelbagai info dunia Islam? Mungkin suara2 sumbang akan berkata “leceh, kita buat saja di hotel2 bertaraf antarabangsa, barulah Islam dilihat perkasa, barulah dikatakan mengangkasakan, global, setakat di bazaar untuk apa ..?” Kalau ini ditanya, SMS akan jawab; “ Ya benar apa kalian cakap. Tapi ingat, bukan semua orang Islam itu mampu datang ke tempat2 yang kalian pilih terutama sekali orang2 kampung”. Jika begini sifat dan sikap yang diambil, maka jelaslah Islam yang terhasil bertompok2 jadinya. Sebahagian Islam terus-terusan jahil dan sebahagiannya pula berilmu. Ini jelas berlaku.


Setakat ini, di mana2 bazar Ramadhan, SMS belum lihat ada ruang solat disediakan pihak2 berwajib. Juga, belum ada jabatan2 agama dan badan2 dakwah duduk di bazaar Ramadhan untuk mengambil ruang dakwah sebagaimana tukang jual ubat berteriak dengan pembesar suara menyatakan “Ini ubat mujarab, kalau tuan2 pakai, garenti sakit tuan2 hilang”. Demikian juga halnya dengan ‘kumpulan2 penggoda2’ pelbagai syarikat jualan langsung yang sanggup ke hulu ke hilir ‘menggoda’ pelanggan supaya membeli produk mereka. Sebagaimana syarikat2 jualan langsung mewujudkan team ‘penggoda pelanggan’ mereka, kenapa tidak diwujudkan team ‘penggoda’ ini di mana2 ruang terbuka yang menjadi tumpuan manusia berurusan? Pewujudan team ‘penggoda’ ini wajar dilihat positif oleh jabatan agama agar Islam sampai ke pengetahuan mereka yang sentiasa mencari info.


Contoh terdekat yang SMS lihat adalah penempatan amil2 pemungut zakat fitrah di pusat2 membeli belah dan tempat2 awam. Hasilnya, mereka yang tidak berkesempatan dan sibuk dengan tugasan kerja dapat melunaskan kewajiban mereka. Namun, suasana tempat para amil masih boleh diperbaiki lagi. Tidak cukup hanya menempatkan mereka di pintu2 utama pusat membeli belah dengan meja kosong di samping kad kuasa tapi sudah sampai masanya mereka dibekalkan dengan baju seragam dengan logo Pusat Zakat atau seumpamanya beserta banting di samping membekalkan para amil dengan risalah2 yang mengandungi info2 berkaitan zakat agar umum lebih yakin serta mendapat pertambahan ilmu berkaitan zakat. Demikian, badan2 NGO juga harus berfikir menggunapakai peluang ini. Kalau sukar menghimpunkan masyarakat Islam dalam satu2 program dakwah, maka di bazaar inilah tempat dan waktunya.


Cahayafm menawarkan kerjasama kepada mana2 badan NGO dan jabatan2 agama untuk sama2 menggunakan Radio Online Cahayafm ke jalan dakwah. Anjakan ini juga harus diberi perhatianl agar skop dakwah lebih luas sekali gus mengurangkan tompokan-tompokan yang terhasil sebelumnya.

http://www.facebook.com/notes/nazri-aldusuni/ada-apa-di-bazaar-ramadhan-/422177053785

 

 

postheadericon Percikan Minda sms

 

Dalam beberapa waktu lagi tahun Hijriah bakal berganti. Dunia Islam yang dibawa Rasulullah SAW melebihi 1400 tahun mencatat pelbagai peristiwa sepanjang perjalannya sehingga hari ini. Bermula awal kenabian Rasul SAW sehingga kewafatan baginda, kemudian disambung oleh sahabat-sahabat ulung Rasulullah; Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Usman dan Saidina Ali Radiallahu anhum, sejarah Islam terus mencatat pahit manis perjuangannya dan semuanya ini memberi pengajaran buat umat Islam kini. Gerakan-gerakan Islam dan orang perseorangan dalam memperjuangkan Islam juga sudah pasti ada catatan tersendiri. SMS tidak terkecuali dalam hal ini. Menyuarakan suara mualaf di Sabah, meski tidak menyeluruh, namun suara-suara itu dapat SMS rakam dalam penulisan atau dalam mana-mana penglibatan muzakarah SMS. Melalui pengamatan, didapati 100 individu yang SMS temui dan selami perjalanan hidup mereka sebagai mualaf, hampir 99% dari mereka mengalami permasalahan yang sama.


Segala lontaran SMS sama ada melalui tulisan atau ucapan dalam mana2 pertemuan dengan pihak berkaitan benar-benar telah SMS rumuskan. Teliti dan berhati-hati agar difahami benar oleh pihak kerajaan sekali gus dinilai oleh jabatan agama untuk tindakan selanjutnya. SMS tidak berniat sedikitpun menyinggung mana-mana pihak dalam hal ini melainkan menyatakan kebenaran. Justeru, SMS lebih rela menyatakan kebenaran sekalipun pahit. Sekalipun SMS dilontar dengan pelbagai tanggapan; Tidak berhikmah, tidak menjaga nama baik Islam, tidak profesional dan bermacam-macam sindiran. SMS terima sebahagiannya kerana di situ ada benar yang tidak dapat SMS sangkal. Namun, kebanyakan mereka cuma menganalisia perkara atau entri-entri yang SMS lontarkan menggunakan andaian semata-mata tanpa mendalami atau sekurang-kurangnya berinteraksi dengan SMS .


Menganalisis politik dan mata wang tidak sama halnya dengan menganalisis aqidah dan Islam. Politik boleh saja diramal mengikut pemikiran, logik dan sebagainya. Namun, ada ketikanya ramalan itu tidak tepat ketika ‘RM’ mengambil peranan. Permasalahan mualaf, sesiapapun dari kita boleh bercakap. Seperkara yang sering kita abaikan atau terlupa ambilkira dalam hal ini ialah; ada beberapa perkara yang sukar diungkapkan oleh umum kecuali seorang yang pernah melalui perjalanan hidup seorang mualaf. Semua gambar paparan SMS bukan sekadar hiasan semata tetapi, mereka itulah yang terlibat langsung dengan permasalahan yang SMS utarakan. Justeru, kepada anda yang tidak berasa senang dengan apa yang SMS paparkan, ingin sekali SMS mengajak mereka ke kampung-kampung dan tempat-tempat berkaitan dan biarlah anda bertanya sendiri; Apa benar lontaran SMS selama ini atau sebaliknya.


Kebelakangan ini, suara SMS melalui beberapa media mungkin mula diberi perhatian justeru pihak2 tertentu sudah mulai turun padang di samping mengambil tahu hal-hal berkaitan berbanding tahun-tahun sebelumnya. Kebajikan dan hak mualaf. 2 hal yang wajar diterima mualaf ini, mungkin tidak akan berkesudahan. Barangkali ada suara yang menyatakan mualaf kini tidak sama dengan mualaf dulu. Kini, mualaf bukan lemah. Mereka berilmu. Mereka kaya. Mereka mampu. Tidak perlu dibantu, dan sebagainya. Benar. Kita tidak nafikan kewujudan itu. Namun, itu bukan gambaran menyeluruh mualaf. Jika kesemua mereka sudah berkeadaan sedemikian, bagaimana pula nasib mereka yang SMS utarakan selama ini? Silalah baca entri-entri SMS bermula awal, kemudian rumuskanlah. Jika perlu, silalah berhubung dengan SMS. SMS sentiasa membuka ruang kepada mana-mana pihak untuk bertukar-tukar pandangan hatta bermusyawarah agar isu ini tidak lagi berlaku. Kenyataannya, sejak bergelanggang di pentas penulisan, hanya sekali SMS dijemput dalam seminar anjuran JAKIM.


Frasa; “ Kenapa mereka ( para mualaf ) tidak berjumpa dengan pihak-pihak mereka?”. Inilah maklumbalas paling tidak layak dikemukakan malah memalukan. Dengan kemudahan-kemudahan yang disediakan, sepatutnya merekalah yang wajar berjumpa dengan para mualaf . Carilah mereka ke pelusuk-pelusuk sudut hidup, khususnya di kampung-kampung. Apalah maknanya kereta berlogo jika hanya dijadikan tunggangan di jalan-jalan beraspal dan bertar? Jika perlu, apa kata, jika sediakan SMS sebuah kereta dengan kos minyak tiap-tiap bulan. Biar SMS yang mencari mereka dan menghantar permasalahan mereka ke tempat kalian? Tanpa gaji sesen pun, SMS sanggup dan bersedia.


Akhir sekali, mari kita sama-sama fikirkan kelompok-kelompok ini. Diislamkan kerana politik dan kerajaan suatu waktu dahulu. Sudah ramai di kalangan mereka ini dimurtadkan. Tiadakah setitispun air mata kalian untuk kelompok ini ? Sejarah mualaf di Sabah, tiada suku Berunai, Bajau, Suluk dan Bugis . Kenapa? Kerana mereka mewarisi Islam keturunan. Mualaf sinonimnya pada suku Dusun, Cina, Dayak dan Iban.

http://www.facebook.com/notes/nazri-aldusuni/percikan-minda-sms/468420553785

 

postheadericon SELESA ?

 

Hampir kesemua tulisan saya sebelum ini mengkhusus kepada permasalahan mualaf di Sabah. Barangkali  agak janggal sentuhan tulisan kali ini kerana mengarah ke politik.  Apapun, telah terbukti cadangan dan gagasan yang pernah dilontar dalam tulisan saya diambilkira beberapa pihak dan sebahagian darinya telah dilaksanakan. Pernyataan ini terlihat seperti masuk bakul angkat sendiri namun, itulah hakikatnya. Secara kebetulan  cadangan-cadangan diambilkira ataupun sebaliknya bukanlah persoalan. Apa  yang jelas, inilah istimewanya tulisan. Sentiasa ada ruang  mengisi idea untuk dimanfaatkan semua pihak. Bukan hanya tahu membongkar dan mempersoalkan satu-satu perkara kemudian pergi tanpa meninggalkan idea  atau cara yang difikirkan dapat membantu pihak- pihak berkaitan .


Sekitar  jam 2.30 petang  kelmarin, 19 Okt 2011, saya berjumpa tukang untuk berbotak. Masuk tahun ini,  kalau ikut istilah penggal dalam politik, keterampilan botak saya sudah  masuk dua penggal.  Selesa dengan status kepala botak. Ini baru dua penggal. Bagaimana kalau berpenggal-penggal?  Jika dibalikkan ke pimpinan,  ‘zon selesa’lah istilah paling sesuai untuk pemimpin-pemimpin yang menduduki tampuk pimpinan berpenggal-penggal. Dalam zon ini, pasti buruk dan cacat pimpinan  telah dilihat  jelas oleh  rakyat .  Hanya mereka yang membabi buta menjaga periuk nasi dengan bertunjangkan perjuangan rakyat  saja yang tidak segan silu berhujah dan mempertahankan bos-bos  sampai tinggi melangit. Sepertilah  bosnya itu  yang paling bersih dan suci sehingga pantang dikuis apalagi disentuh  tepi kain pimpinannya.  Pada saya , orang seperti ini sangat wajar direhatkan bahkan  harus dihukum keluar gelanggang perjuangan.  Apalah ertinya mempertahankan satu-satu pimpinan jika orang-orang sekitar lingkungannya saja yang mendapat manisan.  Rakyat tinggal melihat, terpaksa membiarkan lelehan liur melihat madu-madu  yang diminum mereka.


Sedang dalam proses pembotakan, saya terlihat Harian Metro keluaran 10 Okt 2011 muka surat 16  bertajuk 111 Imam, JKKK  Terpilih Mengikuti Program Ditaja Khas Yayasan 1Malaysia dengan kerjasama Tabung Haji Berlepas ke  Tanah Suci Mekkah.  Alhamdulillah dan tahniah kepada pucuk pimpinan kerana melaksanakan program ini.  Ternyata kumpulan-kumpulan yang banyak berjasa di peringkat akar umbi sudah mulai diberi perhatian sewajarya hatta diberi  penghargaan atas  jasa bakti mereka pada masyarakat.  Dalam penggal pucuk pentadbiran Pak Lah, saya pernah mencadangkan pada pihak  berkaitan hal ini dalam blog saya,  Suara Mualaf Sabah.


Kembali ke daerah kelahiran saya, KOTA MARUDU. Mereka yang tidak pernah tinggal di daerah ini barangkali tidak akan tahu suasana yang bakal saya lontar. Tapi, sebaliknya bagi pemastautin Kota Marudu kerana perkara ini sudah sekian lama jadi bualan mereka. Isu ini diperkatakan meluas ke setiap ruang dan penjuru bumi Kota Marudu. Siang atau malam isu ini tidak pernah kering dan terhenti. Bagaimana jantung dan nafas penduduk daerah ini aktif, begitu jugalah aktifnya isu ini diperkata.  Saya bukanlah manusia yang arif dalam hal-hal melibatkan sistem pentadbiran apalagi perincian proses yang menjurus infrastruktur awam. Justeru, saya  suka memperlihatkan senario yang berlaku sekali gus bertanya  kepada pihak-pihak berkaitan termasuklah  wakil rakyat dan pihak-pihak  berwajib yang bertanggungjawab dalam hal yang saya tanya:


1. Sepanjang usia, saya  telah melalui jalan sempadan Kota Belud dan Kota Marudu. Apa yang saya lihat, lubangnya tidak  pernah habis. Pernah saya sifatkan lubang-lubang ini sebagai lubang kematian. Terkini, jika lalu di jalan sempadan ini, suasananya masih begitu. Bukan saja lubang kecil tapi retakan malah pecahan besar  jalan kiri dan kanan sehingga menampakkan ruang yang agak dalam kiri dan kanan jalan. Tidak mengapa kalau pihak berwajib memasang tanda amaran yang besar dan jelas , memasang lampu misalnya, agar para pengguna bersedia dan berhati-hati melalui kawasan itu, terutamanya ketika malam.  Berlainan di tempat lain. Misalnya,  jalan KB dan Ranau.  Bukan papan tanda saja diadakan tetapi pekerja-pekerja yang sentiasa  bersedia  juga ada di tempat  runtuhan, bersiaga  membantu jika keadaan runtuhan kritikal. Begitu juga masa-masa puncak, pekerja membantu supaya kenderaan-kenderaan berlalu ikut giliran.  Lubang dan runtuhan tidak dibiar lama melainkan disegerakan pembaikannya. Tapi, sebaliknya yang kita lihat di jalan yang saya istilahkan jalan penuh lubang.


2. Isu tanah dan pimpinan khusus merujuk Datuk Maximus dan tampiasnya mengena YB. Anita Baranting , pimpinan baru  di kawasan Tandek. Sentiasa  dan setiap masa juga hal ini diperkatakan di  laman-laman web, blog dan facebook . Kesannya, hati dan mulut masyarakat  bertumpu untuk menidakkan pimpinan mereka atas kegagalan mereka menangani masalah ini. Kadang, alasan  tidak logik  diberi kepada  rakyat.  Pembicaraan isu ini agak kritikal sehingga  kosa-kosa kata seperti ‘ tiada akal’, ‘kroni’, ‘tolak’, ‘singkir’ dan pelbagai istilah dan  kata bersifat kebusukan serta menunjukkan ketidakmampuan mereka menangani masalah itu digunapakai para pengata.


3. Isu calon yang turut rancak dibincang dalam  beberapa halaman tertutup dan terbuka termasuklah di peringkat pentadbiran daerah menambah haba panas Kota Marudu yang sememangnya panas. Persoalan; kenapa pihak PM dan CM tidak mengambilkira perkara ini? Sudahlah MP orang luar,  ADUN  dan Pegawai Daerahnya pun disapu orang luar. Sepatutnya, pihak atasan memikirkan hal ini.  Berilah anak jati KM menduduki salah satu tempat ini.


Banyak lagi perkara yang tidak henti-henti diperkata sebenarnya. Saya cuma menyerap isu dan mengolahnya mengikut bahasa tulisan saya. Pun, dalam hal ini, saya  turut terlibat  membincangkan beberapa perkara. Isu-isu ini hanya sebahagian dari apa yang terus-terusan diperkata.  Akan datang, saya akan cuba menyentuh isu-isu ini dan mudah-mudahan ada idea tercurah waktu itu. InsyaAllah.


http://www.facebook.com/notes/nazri-aldusuni/selesa-/10150339477113786

 

postheadericon KALIAN DITOLAK ?

 

Sesungguhnya sudah bertahun-tahun persoalan ini saya simpan secara terhormat memandangkan apa yang saya perkatakan ini berkait rapat dengan ketidakadilan terancang oleh pimpinan yang menerajui parlimen Kota Marudu yang di ketuai oleh Maximus Ongkili, sementara pihak Ketua Menteri dan para menteri lain dalam UMNO juga tahu keadaan yang berlaku di Kota Marudu, namun atas sikap perkongsian kuasa dan kouta maka perkara ini dikecilkan demi kuasa. Sebagai ahli UMNO yang pernah menyandang jawatan Ketua Cawangan di gugusan FELDA, sedikit sebanyak saya tidak buta melihat percaturan politik Sabah.


Dalam hal Kota Marudu, tiba masanya perkara ini diambil tindakan segera. Jika tidak, maka percayalah kami akan bekerja untuk menolak sistem kuota yang dipertahankan. Apalah maknanya jika pengundi Islam terabai tanpa perhatian bertahun-tahun. Apakah kerana umat Islam berjumlah minoriti di MP Kota Marudu, maka ini dijadikan ukuran? Lalu, kami disimpan sebagai ‘tidak penting’ dalam sistem agihan kuasa atau tidak berkelayakan? Ini alasan yang tidak jujur.


Seharusnya, jika Maximus memegang kuasa MP,  kenapa ADUN Tandek atau Matunggung tidak diberi kepada pimpinan Islam? Atau paling kecilpun, pejabat Daerah Kota Marudu berilah kepada orang Islam atau paling kecil lagi,  PKR. Apakah hanya kalian yang mempunyai hati manusia sementara pihak kami tidak berhati manusia? Kami juga punya urusan berkaitan hal ehwal Islam yang tidak mungkin kalian boleh mengurusnya sebagaimana kami tidak boleh menguruskan hal ehwal agama kalian. Saya membangkitkan perkara ini kerana  memang jelas kalian telah merangkul kuasa yang ada di MP Kota Marudu. “Ketua Daerah, Unit UPKR dan Ahli Majlis Daerah yang ada, terselit orang Islam.” Inikah jawaban kalian sebagai kepedulian atas pengundi-pengundi Islam ?


Benar, kami ada imam-imam bertauliah dan jabatan agama yang mengambil tahu urusan hal ehwalIslam peringkat daerah. Namun, apabila melibatkan peringkat atasan, suara mereka ini tidak terpakai mengikut urutan. Akhirnya, suara yang ada dipulangkan kepada kalian untuk mengurus dan bertindak. Tidak usah membohongi kami tentang sistem pengurusan. Ataukah, kalian ingin melihat belasan ribu pengundi Islam menolak kalian pada PRU ke-13 ?


Akhir sekali, kepada yang tidak faham maksud mendalam isu ini, sila jangan cepat menelah dengan tafsiran-tafsiran salah. Untuk mudah kalian faham, saya bersedia berdialog dengan mana-mana pihak di Kota Marudu hatta ceramah khas berkaitan pandangan saya ini.

 

postheadericon SMS Bersama USIA

Petikan Blog SMS

ISNIN, 16 MARET 2009

Ahad, 15 Mac 2009, buku-buku Panduan Solat Lelaki dan Wanita, Iqra, Fardhu Ain dan lebih 100 buah buku berunsur Islam pelbagai tajuk siap dibungkus untuk dihantar ke beberapa pusat pengajian mualaf di daerah Kota Marudu. SMS bergegas menaiki kancil, memacut laju melalui bukit bukau untuk menghantar buku-buku tersebut. Kira-kira jam 1o. 45 pagi , SMS sampai ke destinasi pertama.

Ustz. Abdul Kahar Abd. Rahman merupakan ketua bahagian USIA Kota Marudu. Beliau menyambut kedatangan SMS sekali gus menyerahkan buku Panduan Solat, Iqra dan buku Fardhu Ain kepada pelajar mualaf. Beliau merupakan pendakwah bebas yang cukup terkenal di kalangan masyarakat Dusun.

Buku-buku ini adalah buku hasil sumbangan Tuan Hj. Harun dan rakan niaga beliau yang SMS terima di masjid Kota Belud.

Kelas ini terbahagi 3 kumpulan, kumpulan pertama terdiri di kalangan mereka yang belum tahu solat dan bacaannya, kumpulan kedua pula terdiri daripada mereka yang sudah tahu bacaan solat tetapi bacaannya perlu diperbetulkan di samping belajar Iqra. Manakala kumpulan ketiga pula ialah kumpulan pelajar yang sudah tamat bacaan Iqra dan telah mula melangkah ke tahap belajar membaca al-Quran.

SMS memberi jawaban kepada pertanyaan dan permintaan mereka untuk mendapatkan telekung wanita. Kepada para pembaca SMS, pelajar-pelajar mualaf ini masih memerlukan kain telekung sebanyak 50 pasang, kain sarung 50 helai, al- Quran 10 buah serta sejumlah kupiah.

 
More Articles...