Translate This Page

Siapa Online?
We have 101 guests online
Statistik Pelawat
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday216
mod_vvisit_counterAll days882485

We have: 101 guests online
Your IP: 54.224.76.106
 , 
Today: Apr 23, 2017

postheadericon RTMS Milik Bersama

 

https://www.facebook.com/pendakwahsabah

Assalamualaikum.

Kepada,

Muslimin dan muslimat

yang dirahmati Allah, di mana juga ketika ini. Didoakan keselamatan dunia dan akhirat untuk tuan-tuan.

Dalam kita menggembelingkan usaha dakwah mengikut posisi masing-masing,  telah menjadi sunnatullah, kita bukan saja menerima lontaran pujian, doa, sokongan dan sebagainya malahan fitnah,  prasangka dan salah tanggapan sesama kita. Tapi, inilah asam garam yang harus kita tempuh sebagai proses kematangan di samping mendapat ganjaran sabar, redha,  tawakkal kepada Allah khususnya ketika kita berada dalam situasi demikian.  Inilah hikmah Allah datangkan ujian.

Sementara di pihak musuh, sudah tentu mereka tidak pernah senang dengan apa yang kita lakukan.  Apapun ujian yang sedang kita depani, jangan sekali-kali kita melepas peluang yang Allah berikan kepada kita untuk berdakwah, justeru tanggungjawab ini terpikul di atas bahu kita sebagai Islam. Mahu atau tidak, tuntutan ini wajib kita laksanakan.

Dalam kesempatan ini,  saya selaku Presiden PPIS ingin mengambil ruang menjelaskan tentang beberapa perkara penting yang sering menjadi pertanyaan dan persoalan beberapa pihak serta melibatkan gerak kerja kecil dakwah yang dilakukan persatuan selama ini. Antaranya,  tentang dana pembangunan RTMS, sumbangan buku-buku, sejadah,  telekung, bantuan makanan kering,  kain-kain terpakai dan seumpamanya.  Kesemua ini datangnya daripada sumbangan individu,  AJK Masjid, badan NGO dan orang perseorangan.  Sebahagian mereka datang langsung ke RTMS manakala sebahagiannya menyalurkan sumbangan menerusi akaun PPIS yang kami kongsikan di setiap info menerusi laman PPIS.

Buat masa ini, kita belum menerima sebarang dana dari pihak kerajaan, pusat zakat atau seumpamanya. Saya mengharapkan agar penjelasan ini menjawab persoalan dan pertanyaan pihak-pihak yang bertanya dan ragu tentang sumber kewangan PPIS. Maka itu, apabila saya ditanya tentang sumber kewangan, seringkali saya menjawab bahawa bank PPIS adalah masyarakat Islam. In syaa Allah, datanglah ke RTMS yang sedang kita bangunkan ketika ini kerana, RTMS adalah milik kita bersama.

 

postheadericon Gambar sepasang kaki memijak al-kitab perlu disiasat

 

Kota Kinabalu, 27 Feb 2013: Ekoran isu seruan merampas dan membakar al Kitab oleh Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali lalu, kita sekali lagi dikejutkan dengan sebaran gambar sepasang kaki memijak al Kitab di alam maya . Kita tidak pasti sama ada gambar itu dilakukan rakyat Malaysia atau luar negara. Namun, ulasan umum mengaitkan tindakan itu dilakukan pihak PERKASA.

Sebelum ada siasatan dilakukan, seharusnya perbuatan yang jelas tidak bermoral ini tidak dikaitkan dengan mana-mana kumpulan atau pertubuhan walaupun sebelum ini pihak PERKASA ada menyarankan supaya umat Islam bertindak merampas dan membakar al Kitab.

PENDAKWAH dalam hal ini menggesa supaya pihak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) bertindak menyelidik penyebar gambar tersebut atas kapasiti keupayaan SKMM untuk diambil tindakan bagi mengelakkan ada pihak tertentu yang sengaja mengambil kesempatan menuding jari kepada mana-mana kumpulan atau pertubuhan. Demikian ulasan Presiden Pendakwah Islam Sabah (PENDAKWAH), Mohd. Nazri Abdullah dalam kenyataannya ketika dihubungi media PPIS dan diminta mengulas tentang penyebaran gambar berkaitan.

Tambah beliau, adalah tidak adil jika pelaku perbuatan itu difokuskan kepada PERKASA atau mana-mana kumpulan dan individu Islam tanpa bukti. PENDAKWAH menyeru agar umat Islam tidak turut serta menyebarluas gambar itu serta tidak bertindak di luar perhitungan undang-undang.

Tambahnya lagi, siapapun dalam kalangan manusia yang tidak cintakan keamanan dan perpaduan boleh mengambil kesempatan memporak-perandakan perpaduan masyarakat majmuk di negara ini menggunakan isu kalimah Allah.

http://pendakwahsabah.com/kenyataan-rasmi/69-gambar-sepasang-kaki-memijak-al-kitab-perlu-disiasat.html

 

 

postheadericon KAUM DUSUN MENENTANG KEMERDEKAAN SULU?

Foto: Panglima Nazri bin Abdullah (Al-Dusuni). Blog beliau http://nazri-suaramualaf.blogspot.com/

Tidak lama dulu seorang sahabat Tausug dari Lahad Datu mengadu kepada penulis bahawa menurut beliau kaum yang paling membenci Bangsa Sulu di Sabah ialah kaum Dusun. Penulis sedikit terkejut tetapi tidaklah hairan dengan aduannya. "Bagaimana kamu tahu bahawa kaum Dusun sangat membenci Tausug?" Tanya penulis. Beliau tersenyum lalu ceritakan beberapa perkara yang dilakukan oleh kaum Dusun yang menurutnya adalah bukti bahawa kaum Dusun sangat membenci Tausug.


YANG TIDAK TAHU PERLU DIBERITAHUPenulis menjelaskan kepada sahabat yang mengadu tersebut, "Kamu tahu, orang yang menyokong buku Tausug & Kesultanan Sulu itu penyokong kuatnya adalah orang Dusun. Malah ketika buku tersebut di tolak oleh orang-orang Sulu di Pasar Filipin di KK dulu, orang-orang Dusun lah yang membeli dan mengedarnya..."


Sebenarnya ramai yang tidak mengetahui bahawa majoriti kaum Dusun yang beragama Islam (Mualaf) di Sabah adalah simpati dan menyokong saudara-saudara mereka yang berketurunanTausug. Sebagai contoh Saudara Al-Dusuni yang mengendalikan blog Mualaf Sabah adalah pembantu gerakan kepada YM Datu Ladjamura bin Datu Wasik Aranan ketika 2005 di Sabah ketika dulu.


Saudara Al-Dusuni segak dengan imej berkopiahnya.


Sehinggakan pernah jadi bahan gurauan YM Datu Ladjamura sendiri bagaimana seorang Dusun begitu mahu mendengar penjelasan tentang Tausug ketika mana orang-orang Sulu sendiri tidak mahu mendengarnya? Bagi saudara Al-Dusuni, beliau menyokong perjuangan YM Datu Ladjamura & Tausug adalah kerana kehendak Islam itu sendiri. Beliau telah melafazkan dua kalimah Syahadah lebih dua puluh tahun yang lalu, melakukan segala suruhan dan meninggalkan segala larangan, kemudian akur dengan kenyataan bahawa Umat Islam adalah bersaudara maka tidak ada sebab untuk beliau tidak menyokong perjuangan umat Islam lain mendapatkan hak mereka.


Kini YM Datu Ladjamura sudah jadi pemimpin utama United Tausug Citizens di Sulu dengan pengikut puluhan ribu orang. Sekali-sekala YM Datu Ladjamura bertanya khabar saudara Al-Dusuni dan sahabat-sahabat lain ketika penulis bersama-sama beliau. Sebab itu baru-baru ini penulis menghubungi saudara Al-Dusuni dengan memaklumkan kepadanya berkenaan tugasan menjadi panel Draf Perundangan Kesultanan Sulu. Beliau diamanahkan menyiapkan kertas kerja peraturan Penyiaran & Komunikasi sebelum deklarasi kemerdekaan Sulu 17 November nanti.


 

Ustazah Rosnani Untol juga adalah penyokong kuat Tausug malah beliaulah yang menjadi pengedar utama buku Tausug & Kesultanan Sulu di seluruh Sabah. Beliau adalah berketurunan Dusun Tuaran adik kepada YB Datuk Kalakau Untol dan isteri kepada Al-Fadhil Ustaz Hj Abdul Halim Abbas Kedah.


 


 

Antara penyokong kuat Tausug ialah saudara Nazri Raihan sendiri malah beliau boleh bertutur bahasa Tausug.

 

Berbaju hitam berkopiah putih Ustaz Ridwan bin Baharun adalah abang angkat penulis berketurunan Sungei Kinabatangan juga adalah penyokong kuat Tausug di Sandakan. Sebelah beliau ialah YB Datuk Bung Muktar Radin (ahli Parlimen Kinabatangan) walau pun Datuk Bungtidak pernah nyatakan sokongan kepada Tausug & Kesultanan Sulu namun beliau fasih bertutur bahasa Tausug malah turut memiliki buku Tausug & Kesultanan Sulu.


Hakikatnya, kaum Dusun adalah saudara-saudara Tausug yang mana mereka sebenarnya mahu melihat Tausug bebas dari segala "penganiayaan" samada Filipina mahu pun Malaysia sendiri. Sebab bagi mereka (Kaum Dusun Mualaf) sendiri begitu tidak terbela oleh kerajaan yang kebanyakan mereka ramai yang "murtad" kembali. Hal ini saudara Al-Dusuni pernah meluahkan cerita sebenar keadaan Dusun Mualaf di seluruh Sabah terutamanya di pedalaman yang kurang dapat pembelaan.


Perkara tersebut telah diceritakan juga oleh Al-Fadhil Ustaz Hj Abdul Halim Abbas Kedah kepada penulis bagaimana para mualaf Dusun yang kebanyakannya di pedalaman tidak mendapat pembelaan sewajarnya dari pihak kerajaan.


Penulis secara peribadi mengucapkan tahniah kepada saudara Al-Dusuni kerana begitu gigih memperjuangkan kebajikan saudara-saudara mualaf di seluruh Sabah sejak sekian lama. Sebab itu penulis telah senaraikan dan serahkan nama beliau kepada Council of Regents di Jolo, Sulu sebagai pemegang jawatan PANGLIMA KESULTANAN SULU bagi kaum Dusun di seluruh Sabah yang membawa gelaran PANGLIMA.

Sumber;

http://tausug-global.blogspot.com/2010/04/kaum-dusun-menentang-kemerdekaan-sulu.html

 

postheadericon Suara Fook Sin

Ketika saya tanyakan pada beliau ‘ apakah kamu masih yakin dengan agama Islam?’, beliau menjawab ‘ya saya yakin agama saya adalah Islam’.

 

Fook Sin @ Zakaria Bin Apat 58 tahun berasal dari Kg. Dandun, Pitas memeluk Islam pada tahun 1984. mempunyaii 5 orang adik beradik dan 2 daripada mereka adalah Islam. katanya kepada rombongan kami, sejak masuk Islam sehingga hari ini, dia tidak pernah mendapat apa2 bantuan daripada mana2 pihak termasuklah dari jabatan agama. Ketika saya tanyakan pada beliau ‘ apakah kamu masih yakin dengan agama Islam?’, beliau menjawab ‘ya saya yakin agama saya adalah Islam’. Saya bertanyakan soalan ini semata-mata ingin tahu suara hatinya, meskipun saya tahu beliau ini masih tidak tahu serba serbi tentang Islam. Kebarangkalian amat besar bagi orang2 seperti ini berada di pelusuk2 kampung seluruh Sabah. Mereka ini diislamkan oleh kerajaan BERJAYA atas tujuan tertentu dan selepas itu, dibiar bagaikan kain buruk tidak berguna. Inilah nasib para mualaf. 9 Jun lalu ketika ke majlis pengislaman di Kg. Solimpodon, beliau sempat saya temui dan memohon agar pihak2 berkaitan datang ke tempat beliau dan melihat sendiri keadaannya yang memerlukan tempat tinggal. Buat masa ini, beliau hanya menumpang di rumah adiknya sahaja. Beginilah antara keadaan orang2 mualaf yang agak terpinggir. Di mana2 tempat pun pasti ada orang2 seperti ini datang mengadu . Air mata ini sudah kering dengan suara2 para mualaf yang mengalami pelbagai sejarah hitam. Mengatasi masalah mereka ini amat mudah jika umat Islam asal mengambil sikap seperti kaum Ansor yang menyaudarakan diri mereka dengan kaum Muhajirin. Inilah yang dilakukan Rasulullah lakukan pada masyarakat Madinah sehingga kejahilan, kemiskinan dan segala masalah dapat diatasi. Ketika suara2 ini saya paparkan, pelbagailah ulasan dari masyarakat Islam antaranya, teruskan perjuangan, syabas, tahniah atas usaha yang kamu lakukan, saya sokong dan macam2 lagi. Manakala yang lainnya cuba melempar pada pihak2 berkaitan dengan kata2 ikut sedap mereka. Semua itu baik, namun kita lupa yang terbaik dari itu sebenarnya adalah kita muhasabah diri kita sendiri apakah sumbangan kita pada kelompok ini? Berapa banyak ilmu telah kita curahkan pada mereka ? Berapa banyak masa dalam hidup kita telah kita wakafkan untuk mereka? Ingatlah, tanggungjawab ini terletak di bahu kita semua yang mengaku Allah sebagai tuhan dan Muhammad sebagai rasul. Saya secara peribadi menyeru diri saya dan semua individu Islam agar membantu mereka mengikut upaya masing2.

 

Fook Sin @ Zakaria Bin Apat 58 tahun berasal dari Kg. Dandun, Pitas

 

postheadericon Benarkah Kita Orang Bijak ?

 

Benarkah kita orang yang bijak, pintar dan memiliki kecerdasan fikiran? Mari kita sama2 ukur pemikiran kita mengikut ukuran apa yang kita fikirkan bermula bangkit dari tidur sehingga saat kita tidur semula. Teori ini mungkin tidak terdapat dalam mana2 buku yang anda baca. Kalaupun ada, hanya sedikit dari apa yang kita bincangkan ini ditulis dalam buku itu kerana, jawabannya juga tidak terdapat dalam mana2 buku. Pun jika ada , ia hanyalah serpihan dari apa yang kita bincangkan kali ini. Pertama, saat kita terjaga dari tidur, apakah perkara utama yang kita fikirkan dalam fikiran kita ? Jawaban hanya ada pada anda. Namun, beberapa perkara yang mungkin berlegar dalam kotak fikiran manusia saat terjaga. Antaranya; marah, benci, terkejut, malas, lapar, pertanyaan, mencari jawaban, fikiran kosong dan macam-macam lagi. Bukankah begitu ? Jika marah, kenapa? Apakah marah kerana berasa terganggu di saat lena tidur yang belum puas? Atau benci disebabkan gangguan suasana persekitaran? Atau terkejut oleh berita kematian yang tidak di sangka2? Juga rasa malas akibat anggota badan yang keletihan, lapar akibat tidak makan seharian, tertanya-tanya akan mimpi2 yang menjadi persoalan kerana tidak pernah mengalami mimpi seperti itu, atau rasa kekosongan kerana anda tidak pernah merasa perasaan2 seperti itu kerana sememangnya anda rasa kosong.

Ujian kecerdasan akal hadir ketika fikiran berkocak dengan perkara2 di atas. Apakah ketika itu, anda berada dalam kedudukan stabil kerana berpaksi kepada ketenangan dan kedamaian? Atau kalau anda seorang muslim, apakah fikiran, emosi dan jiwa masih dipaksikan kepada Allah ( ingat Allah )? Kalau tidak, maka jelaslah kita berada dalami lingkungan lalai. Ingatkah kita tentang ilmu yang disampaikan oleh guru2 agama berkaitan lalai? Lalai dikupas sebagai sebahagian dari sifat mazmumah yang tidak disukai Allah. Sebab itulah, bila kita buka tafsir al- quran, perkataan lalai jelas disebut kerap kali semata-mata sebagai peringatan kepada manusia. Antaranya disebut dalam dalam surah al- Maun yang bermaksud; “Maka, celakalah bagi orang-orang yang solat, iaitu orang-orang yang lalai dari solatnya”. Kemudian, disebutkan lagi dalam surah al- Asr yang bermaksud; “ Demi Masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran, dan nasihat-menasihati supaya menetapi kesabaran”.
Nah, alangkah bahayanya lalai manusia sehingga Allah peringatkan bahawa orang yang solat juga boleh tercelaka kerana lalai. Jika begitu, apa lagilah orang yang tidak solat? Bukankah berkali-kali muflisnya kerana tidak berbuat? Jatuh bangkrapsi kerana tidak ingat dan sebagainya? MasyaAllah.. Di mimbar Jumaat, telinga kita selalu disaji dengan firman Allah; ”wahai jiwa yang tenang kembalilah kepada Allah”. Ingat, di waktu kita sudah tidak ada apa-apa harapan terhadap dunia, sewaktu roh berpisah selamanya dengan jasad, maka kembali dengan jiwa yang tenang inilah yang diharap-harapkan. Amat sedih tatkala kita kembali dengan jiwa yang sebaliknya tika imam mengulangi talqin ini saat itu, walhal ketika hayat, kita sering diingatkan tentangnya.

Ayat ini juga selalu kita dengar; “Sesungguhnya orang yang bijak itu adalah mereka yang selalu ingat akan mati”. Kita kembali kepada persoalan awal kita. Tentang sejauh mana kepintaran kita. Tika bangun, apakah keadaan bangun kita tergolong dalam golongan yang telah disebutkan awal tadi? Jika ya, maka jelaslah kita bukan berada dalam lingkungan yang Allah kehendaki sebenarnya. Meski kita memiliki pengiktirafan pelbagai sijil dunia, kita masih dapat ditipu dan diperbodoh-bodohkan oleh nafsu yang menjadi alat iblis laknatullah. musuh kita yang jelas. Dia bukan sahabat kita. Oleh itu jangan berani menghulur persahabatan dengan nafsu. Bacalah perjalanan para sufi yang sepanjang kembara sufi mereka, nafsu ditundukkan, diperangi, malah dihapuskan. Jika kabur tentang nafsu, mari kita singkap apa jenis makhluk ini.

Dalam kitab-kitab yang membicarakan ilmu tasawwuf, telah disebutkan 7 tingkatan nafsu. Iaitu :

1. Ammarah
2. Lawwamah
3. Mulhamah
4. Mutmainnah
5. Radiah
6. Mardiah
7. Kamilah

Nafsu Ammarah adalah nafsu paling hina, paling buruk dan paling jahat. Orang yang disalut nafsu Ammarah, akan berasa bangga bila melakukan dosa. Dia berasa kebahagiaan dan kelazatan yang teramat sangat apabila berpeluang melakukan dosa. Bukan setakat itu, orang yang berada dalam tingkatan nafsu Ammarah bahkan akan mengajak orang lain juga berbuat dosa dan kemungkaran. Mereka inilah yang menjadi tunggak dan promoter-promoter kepada program maksiat dan kemungkaran. Mereka rayu dan tarbiah manusia-manusia lain untuk bersama-sama melakukan maksiat dan kemungkaran secara berjemaah.

Andainya ada usaha yang dilakukan untuk mencegah kemungkaran, mereka-mereka inilah yang menjadi manusia-manusia durjana yang menghalang kepada program menyeru makruf dan mencegah kemungkaran. Andainya ada manusia yang menegur kemungkaran dan maksiat yang dilakukannya, orang yang menegur itu akan dimusuhi. Orang yang bernafsu Ammarah inilah yang akan sentiasa menjadi batu api dan melaga-lagakan orang demi kepentingan diri mereka. Mereka jugalah agen kepada kesesatan yang dibawa oleh musuh-musuh Islam. Tak hairanlah kalau mereka boleh dilabel sebagai hamba nafsu atau pun hamba syaitan. Orang yang bernafsu Ammarah, tempatnya tidak lain dan tidak bukan adalah neraka. Muktamad. Kalau mati tanpa taubat akan dihumban ke neraka. Manakala dosa-dosa manusia lain yang menyahut seruannya untuk melakukan maksiat juga, dia akan beroleh saham darinya. Jadi, bersiagalah kepada mereka yang bernafsu Ammarah. Sejurus maut menjemput, bersiap sedialah untuk dibakar dalam neraka.

Lawwamah. Orang yang bernafsu Lawwamah sedar bahawa dirinya sering terlibat dengan dosa. Sering juga dia mengkritik diri apabila terlibat dengan dosa. Mereka sentiasa melakukan dosa. Waktu melakukan dosa, mereka tak fikir apa-apa pun. Tak ingat kepada Allah, tak ingat kepada syurga dan neraka. Yang dia ingat hanyalah nikmat ketika berbuat dosa yang hakikatnya adalah nikmat yang sementara. Sebaik saja habis melakukan dosa, dia sedar yang dia telah terlanjur. Kemudian, dia akan menyesal dan mengkritik dirinya sendiri atas keterlanjuran yang telah dilakukan. Tetapi setelah masa berlalu, dia akan ulangi dosa kemungkaran yang menjadi kegemarannya. Seandainya orang bernafsu Lawwamah ini berjaya membuat kebaikan, maka senang timbul riyak dan ujub dalam dirinya. Dirasakan dialah yang paling arif dalam bab-bab perjuangan. Dirasakan dialah yang paling mulia dan suci. Perasan dan syok sendiri. Inilah antara ciri-ciri yang ada pada orang yang bernafsu Lawwamah.

Beza antara orang nafsu Ammarah dan Lawwamah, orang di nafsu Lawwamah tidak merasa bangga apabila melakukan dosa, dia tidak pula mengajak orang lain turut sama membuat dosa dengannya dan dia tidak pula menghalang usaha-usaha mencegah kemungkaran. Tetapi dia sering terjebak dengan dosa, sebab tidak mampu meninggalkan nikmat dunia ketika membuat dosa. Contohnya, dia sudah merasa kelazatan zina, maka dia terus melakukan zina walau dia tahu ianya berdosa. Tingkatan nafsu Lawwamah lebih tinggi sedikit dari nafsu Ammarah, tetapi nafsunya masih belum terdidik dan rakus. Masih bersarang dengan sifat mazmumah. Cuma diri orang yang bernafsu Lawwamah ini sudah mudah ditegur dan hatinya mudah didorong ke arah ibadah dan kebaikan. Nafsunya masih belum dididik sepenuhnya. Syurga untuk orang di nafsu Lawwamah masih jauh panggang dari api. Nafsu yang sebegini masih belum dapat menyelamatkan yang empunya diri dari api neraka.

Mulhamah. Orang yang bernafsu Lawwamah, apabila dia sedar bahawa dia melakukan dosa, hasil mengkritik diri setelah terlanjur melakukan dosa akan berusaha menghisab diri dan berusaha memperbaiki diri. Dia mempelajari ilmu Fardhu Ain dan mula mengamalkannya. Berdasarkan ilmu tasawwuf yang dipelajari, dia berusaha menyucikan hatinya. Orang yang bernafsu Mulhamah, masih terlibat dengan dosa. Tetapi dosa yang dilakukannya tidaklah sebanyak dosa yang dilakukan oleh orang di tingkatan nafsu Lawwamah. Namun, dosa walau sekecil mana pun, balasannya di akhirat tetap akan ke neraka.

Andainya orang nafsu Lawwamah, terjebak kepada dosa kerana inginkan kelazatan nikmat kemungkaran yang sementara, orang bernafsu Mulhamah melakukan dosa kerana tidak sengaja. Bukan suka-suka mencari. Andainya orang di tingkatan nafsu Lawwamah setelah melakukan dosa, baru sedar akan kejinya perbuatannya itu maka orang bernafsu Mulhamah pula sewaktu buat dosa sudah terasa betapa kejinya perlakuan maksiat yang sedang dilakukannya. Andainya orang bernafsu Lawwamah setelah melakukan dosa, mengkritik dirinya, orang yang bernafsu Mulhamah bukan setakat mengkritik diri malahan mencari kaedah untuk tidak melakukan dosa dan menghindarkan dari jalan-jalan yang mengundang dosa . Namun, orang di tingkatan Mulhamah ini, masih belum sunyi dari melakukan dosa. Hatinya pedih bila melakukan dosa, walau tidak sengaja. Namun, ada usaha dilakukan untuk tidak mengulangi perlakuan dosa itu lagi.

Mutmainnah. Orang yang bernafsu Mulhamah, hasil usahanya mencari jalan keluar dari melakukan dosa yang istiqamah dan sungguh-sungguh, maka Allah akan tingkatkan nafsunya ke tingkatan Mutmainnah. Orang yang telah mencapai tingkatan ini, hatinya sudah suci dan tenang. Datanglah 1001 macam ujian dan musibah melanda, hatinya tidak akan tergugat malah tetap sabar dan redha dengan segala ketentuan yang datang dari Allah. Dia sujud mensyukuri segala nikmat yang diberikan Allah kepadanya. Ujian musibah yang melanda dianggap sebagai kifarah dosa di dunia dan wasilah untuk menghampirkan diri kepada Allah. Nikmat yang diberikan oleh Allah kepadanya dikongsi bersama dengan saudara semuslim dengannya agar nikmat itu dapat diedarkan ke seluruh pelusuk alam. Orang yang bernafsu Mutmainnah inilah yang dikatakan orang-orang bertaqwa. Orang yang mampu melaksanakan segala titah perintah Allah dan mampu meninggalkan segala larangan Allah. Mereka inilah yang dijamin akan selamat dari siksaan neraka Allah di akhirat. Mereka inilah juga yang bakal menjadikan syurga yang penuh dengan kemanisan nikmat yang berkekalan sebagai tempat rehatnya di akhirat kelak.

Timbul persoalan. Bagaimana ingin meningkatkan taraf nafsu? Tidak lain dan tidak bukan adalahh dengan bermujahadatunnafsi ( bermujahadah melawan nafsu ). Langkah pertama ialah dengan menimba ilmu Fardhu Ain. Seterusnya beramal dengannya. Dalam beramal inilah berlaku proses mujahadah melawan nafsu.

Mujahadah melawan nafsu tempatnya di hati. Maka dalam proses mujahadah ini, terdapat tiga peringkat yang akan dilalui. Pertama peringkat takhalli (buang). kedua peringkat tahalli ( isi ). Ketiga peringkat tajalli (merasai). Tamsilan yang boleh dibuat tentang ketiga-tiga peringkat mujahadah adalah seperti sebuah bekas yang mengandungi sampah sarap. Sebuah bekas mengandungi sampah sarap yang menyakitkan mata. Apabila sampah sarap tersebut dibuang dari bekas dan bekas dibersihkan, itulah tamsilan kepada proses takhalli. Setelah bekas kosong dan bersih, bekas tersebut diisi pula dengan buah-buahan atau makanan yang lazat, dihias lagi dengan kuntuman-kuntuman bunga yang cantik dan mekar. Inilah tamsilan kepada proses tahalli. Setelah keindahannya terserlah, sesiapa sahaja yang memandang akan merasakan kindahan bekas yang berisi buah-buahan dan bunga, inilah tamsilan proses tajalli. Dalam mujahadah melawan nafsu. Perlawanan berlaku di hati. Di kala nafsu mengajak hati untuk berlaku riyak dan sombong, maka lawanlah bisikan tersebut. Inilah takhalli. Rasa sombong dan riyak, digantikan dengan rasa tawadduk dan rendah diri. Paksa hati untuk tawadduk dan rendah diri. Inilah tahalli. Apabila manusia lain melihat kita memiliki sifat mahmudah dan mencontohi kita. Memanfaatkan sifat yang ada pada kita, itulah tajalli. Maka ini boleh dikiaskan kepada sifat-sifat yang lain. Semoga kita beroleh panduan dalam melakukan mujahadah terhadap nafsu kita, agar nafsu kita mampu dididik dan dijinakkan. Akhirnya, semua ini akan dapat kita manfaatkan untuk keagungan dan kemuliaan Islam.

Untuk mengatahui lebih lanjut berkaitan nafsu, ikuti ceramah online di Cahayafm bertajuk Tingkatan Nafsu. Pendek kata, kita bakal tahu siapa kita sebenarnya.

http://www.facebook.com/notes/nazri-aldusuni/benarkah-kita-orang-bijak-/414676938785

 

 
More Articles...