Translate This Page

Siapa Online?
We have 5 guests online
Statistik Pelawat
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday63
mod_vvisit_counterAll days946638

We have: 5 guests online
Your IP: 54.163.210.170
 , 
Today: Dec 17, 2017

postheadericon Pengundi N5 Tandek dan MP Bandau.

 



Dia hanya dapat mempamerkan senyuman tawar dan sekali sekala bercakap. Selebihnya, hanya tangisan yang menyambut ketika saya bertanyakan hal-hal kebajikan dan batang tubuh pemimpin yang datang menjejak kaki ke rumah beliau. Dua tahun terlantar bukanlah masa yang singkat bagi seorang tua lumpuh dan berusia.

Majain Majun, 60 tahun, tinggal di perkampungan air sempadan Kota Marudu-Pitas , menanti belas ihsan isteri dan anak-anak mengurus hidup sehariannya. Melihat wajahnya yang terlantar di katil usang menghadap lautan ditemani dinding bambu dan susunan papan buruk yang dipungut dari hanyutan ombak, seolah-olah melihat derita dan kerisauan yang saban waktu menghampiri beliau dan keluarganya setiap kali ombas besar menghempas tiang rumah beliau. Keluarga ini mengharapkan agar ada insan lain yang sudi berkongsi puisi ombak kemiskinan dan tangisan di rumah ini.

Petang 21 Mei 2011 , dengan izin Allah saya ke kampung ini. Ternyata ada suara derita seorang nelayan yang kini lumpuh dan hanya bersandarkan RM300 dari kebajikan untuk menampung keperluan hidupnya. Namun, menurut isteri yang mencari rezeki dengan menjahit, sudah dua bulan bantuan tersebut tidak diterima. Sebabnya? Tiada jawapan atau makluman dari pihak berwajib tentang hal ini.


Kampung ini telahpun mereka terokai melebihi 30 tahun. Rata-rata penduduk memilih tinggal di sini kerana ketiadaan tanah di samping berharap anak-anak mudah ke sekolah . Alasan lain, mereka hampir dengan perhubungan jalanraya. Namun, keperluan ini terpaksa mereka bayar dengan hidup tanpa kemudahan air, tanpa sistem tandas yang baik malah dikelilingi longgokan sampah kerana kawasan mereka yang paling hampir dengan jalan utama ini tidak pernah dikunjungi MDKM, pun tidak pernah diberi tempat khas pelupusan sampah meski pernah disuarakan mereka. Mereka bukan tidak pernah berusaha menjaga kawasan bahkan sebelum ini pernah mengadakan gotong royong pembersihan berjadual tetapi terhenti disebabkan ketidaksefahaman dan ketiadaan sokongan pihak-pihak berkait. Pun begitu, antara mereka masih ada yang konsisten mengumpul bertong-tong sampah sebelum dibakar. Namun, sampai bila?

Apa yang jelas, mereka juga anak jati Sabah, bukan orang asing. Mereka pengundi berdaftar bagi kawasaan N.5 Tandek di bawah YB.Anita Baranting sebagai ADUN dan Dr. Maximus Ongkili sebagai MP. Suara mereka adalah hak mereka . Mungkin gambar ini boleh berinteraksi sendiri dengan pembaca. Kita mengharapkan agar pihak YB dan MP datang melihat sendiri keadaan ini dan mendengar suara hati mereka.


Kedatangan saya ke kampung ini asalnya hanya menemani isteri namun, aduan dan rintihan penduduk menghujani kehadiran saya termasuklah masalah air, tandas, rumah dan macam-macam. Saya bukan orang yang layak bahkan saya malu mendengar suara dan keluhan mereka kerana saya tidak punya kuasa mengadakan apalagi meluluskan tuntutan mereka. Saya hanya mampu menjadi pendengar dan insyaAllah jambatan untuk mereka.

 

 

Add comment


Security code
Refresh