Translate This Page

Siapa Online?
We have 4 guests online
Statistik Pelawat
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday468
mod_vvisit_counterAll days924365

We have: 3 guests, 1 bots online
Your IP: 54.224.202.184
 , 
Today: Sep 25, 2017

postheadericon Penantian Di Kg. Bakau

Suara bagaikan sampah sarap di pesisir pantai. Tidak berguna malah mengotorkan suasana perkampungan. Penantian bertahun namun, tiada kunjungan. Inilah antara suara dari Kampung Bakau, Kota Marudu yang sempat saya rakam melalui pita telinga saya sepanjang setengah hari menemani isteri menjalankan misi kajian khidmat masyarakatnya

Agak panjang dan agak panas juga perbicaraan pengurusan sampah di kawasan kampung air. Saya yakin permasalahan ini bukan hanya dihadapi penduduk Kampung Bakau, bahkan seluruh kampung air di Sabah mengalami masalah yang sama. Saya tinggalkan isu ini bersama isteri saya dan saya teruskan misi bersilaturrahim dengan penduduk dengan agenda mencari saudara seIslam di kampung ini. Saya sedar, meski pertemuan saya dengan mereka nanti tidak dapatpun membantu ekonomi mereka, namun sekurang-kurangnya saya menjadi pendengar permasalahan mereka. Mudah-mudahan pertemuan yang singkat dapat menyuntik kekuatan mereka.

Saya kemudiannya mendapati dalam kampung ini, hanya ada 3 buah rumah yang penghuninya beragama Islam. Menurut Puan Maria Majun, 46 tahun, mereka hidup di tengah-tengah masyarakat Kristian yang sebahagian daripada mereka mempunyai pertalian saudara sesama mereka. Keseluruhan penduduk berjumlah lebih kurang 200 orang dan majoritinya bersuku Dusun. Sebahagian penduduk menjalankan pertanian dengan menyewa tanah di kawasan perbukitan manakala sebahagian lagi adalah nelayan. Kewujudan kampung ini melebihi 30 tahun. Selang beberapa jarak dari kampung ini wujud perkampungan masyarakat Islam dari suku Bajau. Hasil temubual, saya dapati kesimpulan kurang konkrit bahawa mereka kurang memikirkan cara penyebaran Islam terhadap suku kaum Dusun yang berjiran kampung dengan mereka. Jika ada, sudah pasti bukan hanya 3 buah rumah yang menganut Islam bahkan lebih.

Menurut Puan Maria lagi, mereka tidak pernah didatangi pegawai-pegawai dari mana-mana jabatan agama begitu juga badan-badan NGO. Segala bantuan yang sepatutnya datang dari pihak-pihak berkaitan juga langsung tidak pernah diterima pihak mereka walhal dari pemerhatian saya, kehidupan mereka menanggung daif luar dan dalam. Keperluan ilmu dan tarbiah serta sokongan ekonomi sangat mendesak. Terdetik di hati saat jawapan-jawapan ini saya terima; Kenapa mereka tidak kunjung datang sedang kediaman mereka ini tidak sampaipun 10 meter dari jalan besar Kota Marudu-Pitas. Paling tidakpun, ziarahlah mereka sebagai tanda persaudaraan sesama Islam. Janganlah kerana kampung ini diduduki majority orang Dusun, maka anggapan tiada penduduk beragama Islam mendominasi fikiran. Pemikiran naïf seperti ini amat bertentangan dan tidak harus wujud dalam kamus seorang pendakwah justeru Islam bukan milik satu-satu suku. Suara Mualaf mohon agar pihak-pihak berkaitan mengambil tindakan ke atas penghuni 3 buah rumah orang Islam di kampong ini agar mereka tidak tersisih dari penyebaran ilmu dan informasi Islam.

 

 

Add comment


Security code
Refresh