Translate This Page

Siapa Online?
We have 107 guests online
Statistik Pelawat
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday222
mod_vvisit_counterAll days882491

We have: 107 guests online
Your IP: 54.224.76.106
 , 
Today: Apr 23, 2017

postheadericon Mimpi bertemu Rasulullah SAW

 

 

Alhamdulillah. Pengajian para pelajar RTMS yang dihantar ke Madrasah Nurul Ehsan, Baling, Kedah sudah masuk bulan ke-5.

Kg. Monggis dan pembinaan surau di sini tidak asing kepada pelajar-pelajar RTMS. Begitu, kerana kesemua mereka pernah merasa panasnya matahari dan sejuknya air sungai di Monggis ketika Subuh. Kerja-kerja memikul kayu dan memungut batu sungai untuk surau juga tidak asing pada mereka justeru semuanya pernah mereka lalui.

Demikian, 8 pelajar ini yang kita hantar melanjutkan pengajian ke Kedah. Sepanjang waktu membangunkan surau Kg. Monggis dulu dan kini, sering saya peringatkan kepada mereka bahawa, apa yang dibuat itu pasti dinilai di sisi Allah.

Ramadhan 2015 lalu, ada peristiwa yang dialami pelajar yang kita tugaskan di surau ini. Salah seorangnya menjadi imam manakala yang lain turut sama bekerjasama menyiapkan surau Kg. Monggis. Menurut mereka, pernah beberapa kali seorang tua yang tidak dikenali tiba-tiba muncul dari arah sungai Monggis melewati sebatang pokok berhampiran jambatan gantung, lalu hilang begitu saja tanpa sebarang kesan. Kisah ini bukan dialami dan diceritakan oleh seorang dua saja bahkan oleh beberapa orang pelajar. Dan, komen saya waktu itu, mudahSaya hanya kata kepada mereka itu juga makhluk Allah. Saya turut pesan kepada mereka agar gigih untuk bangun malam menunaikan solat tahajjud di samping memperbanyakkan selawat serta fokus kepada apa yang sedang dilaksanakan kini, yakni meninggikan kalimah tauhid.

Menjelang Ramadhan ke- 15, salah seorang pelajar menceritakan mimpi beliau bertemu Rasulullah SAW di sebuah tempat yang tidak dapat digambarkan kecantikannya. Lalu, saya sarankan kepada beliau dan para pelajar yang lain supaya memperbanyakkan selawat.

Beberapa hari selepas itu, kita telah adakan program berbuka puasa dengan masyarakat Islam Kg. Monggis. Waktu itu, sekali lagi pelajar yang bermimpi berjumpa Rasulullah SAW sebelumnya sekali lagi menceritakan kepada saya akan mimpi kali ke-2 bertemu Rasulullah SAW. Kali ini, baginda Rasulullah bersama isteri baginda Aisyah. Subhanallah, katanya, dia makan satu talam dengan Rasulullah SAW. Keenakan makanan yang mereka jamah waktu itu katanya amat luar biasa.

Inilah antara peristiwa yang mereka alami ketika kita memulakan pembinaann surau Monggis. Selain itu, ada beberapa peristiwa lain juga telah berlaku di RTMS. Maka, beruntunglah orang-orang yang terlibat membina rumah-rumah Allah di muka bumi ini kerana pasti Allah dan Rasul menjadi saksi dunia apa lagi di akhirat.

Akhir sekali, muslimin dan muslimat yang merancang perjalanan melalui jalan Ranau -Kota Marudu, silalah bersinggah ke Surau Kg. Monggis untuk bersolat. Kemudian, fikirkanlah apa saja yang diperlukan di surau ini. Mudah-mudahan ia menjadi amal soleh kita kelak.

Tel RTMS; 088 - 875431
Tel/WhatsApp; 019-8827449
Persatuan Pendakwah Islam Sabah
Peti surat 1283, 89309 Ranau, Sabah.
Maybank Persatuan Pendakwah Islam Sabah - 560269002818
Bank Islam Persatuan Pendakwah Islam Sabah - 1001602096785-6
 

Add comment


Security code
Refresh