Translate This Page

Siapa Online?
We have 86 guests online
Statistik Pelawat
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday200
mod_vvisit_counterAll days882469

We have: 86 guests online
Your IP: 54.224.76.106
 , 
Today: Apr 23, 2017

postheadericon Selamatkan Aqidah

Sebagai orang Dusun Kimaragang, bobolian, jampi mantera, adat, bahasa, budaya serta pantang larang yang terkandung dalam amalan hidup dan kematian etnik kami ini telah kami junjung di tempatnya, justeru itulah pendidikan awal yang kami terima sebelum memasuki alam persekolahan. Itu bermaksud, siapa saja orang Dusun pasti tahu apa itu sogit, bobolian, mangaraa pomogunan dan istilah-istilah lain yang berkait dalam tatacara hidup dan mati Dusun.

Namun, kami menolak kepercayaan dan amalan yang bertentangan dengan kepercayaan baru yang telah kami terima justeru ada antara kami yang telah memeluk Islam, Kristian dan lain-lain. Begitupun, adat dan amalan-amalan lain yang tidak bertentangan dengan anutan akan terus kami amalkan dan pertahankan. Kami tidak pernah rela jika ada sesiapa yang cuba mengubah, menghina atau memperkecil-kecilkan adat dan budaya ibunda kami sebagaimana pihak lain tidak suka.

Kejadian gempa yang berlaku di Gunung Kinabalu, Ranau serta beberapa daerah lain di Sabah, bukan saja menginsafkan, bahkan terasa sungguh kekerdilan kita sebagai manusia. Lihatlah, betapa kita ini lemah berbanding Pencipta yang Maha Agung. Pun, tragedi ini telah menyatukan semua pihak tanpa mengira fahaman politik, agama dan suku. Semuanya berasa simpati dan turut memberi bantuan kepada mangsa. Tidak cukup itu, kebanyakannya turut mengadakan upacara mengikut kepercayaan masing-masing dengan tujuan meminta dan memohon keselamatan.

Sebelum ini, kita lebih awal telah melontarkan kepada JHEAINS agar segera bertindak memimpin, memandu dan memberi jalan tentang apa dan bagaimana yang patut dibuat oleh umat Islam ketika berada dalam situasi sekarang. Pos ini sebenarnya saya khususkan kepada masyarakat Dusun Islam yang masih terpinga-pinga, tidak tahu atau kabur tentang apa patut dibuat; ke boboliankah? guna jampi moyangkah? atau seumpamanya. Inilah hakikat yang berlaku kepada saudara baru yang saya maksudkan. Sehingga kini, sudah ada pos makluman di pihak mereka yang memberitahu bakal mengadakan dan menganjurkan upacara yang jelas menggelincirkan aqidah.

Saya yakin, mereka ini tidak terpandu dan ketiadaan ilmu menyebabkan mereka terlanjur menyeru, menganjur upacara tersebut. Kita wajib memandu mereka sekali gus menyelamatkan aqidah mereka dengan segera. Kepada pihak berwajib yang diberi kuasa memantau amalan yang bertentangan dengan Islam, selamatkan mereka sebagaimana kita selamatkan mangsa gempa Kinabalu hingga hari ini.

Sebagai saudara seislam, tanggungjawab kita lebih besar dari operasi siang malam di puncak Kinabalu kerana kelak di akhirat kita masing-masing akan ditanya di hadapan Allah. Oleh itu, kerahkanlah masjid dan surau untuk mengadakan kuliah khas tentang gempa bumi menurut al Qur’an di samping solat taubat, solat hajat dan berdoa untuk keselamatan. Inilah cara kita. Demikian mereka, juga punya cara sendiri.

 

Add comment


Security code
Refresh