Translate This Page

Siapa Online?
We have 96 guests online
Statistik Pelawat
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday211
mod_vvisit_counterAll days882480

We have: 96 guests online
Your IP: 54.224.76.106
 , 
Today: Apr 23, 2017

postheadericon Gempa Bumi Gegar Gunung Kinabalu

Gambar Atas; Wilayah Hunan, China

Gambar Bawah;  Sekitar laluan ke Gunung Kinabalu, Sabah.

 

 

Kita faham yang namanya prosedur dan tertib kerja. Namun yang jelas dan sangat dirasai umum kini ialah isu kematian, kecederaan,pasukan penyelamat dan penghantaran bantuan. Dikhabarkan, memang ada bantuan yang dijatuhkan kepada para mangsa menerusi udara tetapi, ia tersasar ke lain lokasi, bahkan jatuh pula ke dalam gaung gelap. Selain itu, pasukan penyelamat yang kita fikirkan telah bertungkus lumus bekerja di lokasi, sebenarnya hanya berada di pintu Timpohon, menunggu dan menyambut mangsa yang dibawa, digendong, diusung dan diangkat oleh para malim, para sukarela tempatan dan rakan mangsa yang bersemangat tinggi dan prihatin terhadap keperluan bantuan tenaga saat itu. Merekalah hero-hero kampung yang bertungkus-lumus di belakang tabir.

Begitu, wartawan harus jujur menulis dan mempamerkan wajah hero sebenar. Usah sampai anugerah selepas ini diterima orang lain yang tidak berhak. Kita bukanlah menidakkan keberadaan pasukan keselamatan kita tetapi, hakikatnya, mereka yang turun naik adalah mereka yang tidak berunifom. Ya, mereka yang bekerja di tempat ini lebih tahu, berpengalaman dan faham akan suasana dan keadaan di gunung, tetapi mereka tetap juga tidak dilengkapi peralatan keselamatan bahkan terdedah dengan situasi kritikal yang bila-bila masa boleh meragut nyawa mereka. Begitu, orang awam yang menjadi mangsa tetapi sudah beberapa kali mendaki gunung ini.

Saiful misalnya, turut terperangkap di puncak. Pun, dengan pengalaman beberapa kali mendaki Gunung Kinabalu, suasana kritikal kemarin menyaksikan beliau berulang-alik sebanyak 3 kali; Laban Rata ke Timpohon, memandu dan menunjuk jalan keluar beberapa kumpulan mangsa termasuklah kumpulan rakan seinstitutnya. Menurut beliau, mujurlah sedikit pengalaman, semangat serta tawakal tinggi kepada Allah membantu beliau meneruskan kerja-kerja membantu menyelamat mangsa bersama rakan-rakan malim dan penduduk-penduduk tempatan lain.

Katanya, matanya melihat sendiri mangsa bergelimpangan dengan jasad kaku, tidak bernyawa, sementara yang lain ada juga yang cedera. Beliau turut mengulas ketelusan media dalam membuat laporan yang tidak tepat. Sepatutnya dalam situasi begitu, ketelusan dan kejujuran harus diutamakan.

Situasi yang dialami Saiful dan pendaki lain wajar dikumpul dan dihimpun beritanya. Bukan untuk tujuan dokumentasi dengan harga mahal tetapi untuk dijadikan ikhtibar dan pengajaran agar kita belajar bagaimana orang lain boleh mengurus tadbir gunung dan bukit di tempat mereka. Apa dengan tebukan dan buatan laluan berciri keselamatan wajar dibuat atau tidak? China misalnya, cukup luar biasa mereka laluan di lereng-lereng gunung mereka.

Kan, sesudah kita berbuat yang terbaik barulah kita kata kita terima takdir, itu baru benar. Tidak mungkin sumbangan pendapatan hasil pelancongan mendaki Gunung Kinabalu ini hanya berjumlah1 juta, setahun. Begitu, kenapa sejak dulu tidak difikirkan pembinaan laluan lain pendaki dari konkrit simen, misalnya? Atau jika bukan simen, suatu binaan yang lebih mesra alam?

Janganlah hanya melihat keuntungan semata-mata tapi mengabaikan soal keselamatan. Jika Gunung Kinabalu ini diurus tadbir secara lebih baik, bukan jutaan yang akan diperolehi tapi berlipat ganda lagi. China yang memiliki tempat pelancongan semulajadi telah menggamit jutaan pelancong dalam dan luar negara setiap tahun. Begitu, ia telah menyumbang peningkatan eknomi negara itu. Semoga pengalaman di Gunung Kinabalu ini menyedarkan kita akan erti tanggungjawab dan pelaksanaan kemodenan serta ketaatan kepada keputusan Pencipta. Dia jugalah yang berhak menentukan hukum di dunia dan alam ini, bukannya manusia.

 

 

 

Comments  

 
+1 #1 RE: Gempa Bumi Gegar Gunung Kinabaluzahari 2015-06-06 19:44
Kita lihat secara positif tentu ada hikmhnya Allah turunkan amarannya. Secara tak langsung ia merupakan publisiti kepada Gunung Kinabau kebangaan kita. Dulu sebelum tragedi gempa di Nepal yang menjadi rumah kepada Gunung Everest, kali ini Ranau yang menjadi rumah kepada Kinabalu. Jika sebelum ini dunia luar tidak kenal Ranau tentu akan mula mengambil tahu tentang Ranau. Dulu org hanya kenal Gunung Kinabalu, kini Kundasang dan Ranau pula akan jadi sebutan dan dikaitkan dengan Gunung Kinabalu.
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh