Translate This Page

Siapa Online?
We have 15 guests online
Statistik Pelawat
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday479
mod_vvisit_counterAll days924376

We have: 14 guests, 1 bots online
Your IP: 54.224.202.184
 , 
Today: Sep 25, 2017

postheadericon Nasib Guru KAFA

 

Apabila guru KAFA bersuara, menagih kenaikan gaji, ribut seantero dunia dengan sudut pandang positif dan negatif.

Positifnya, guru berkaitan akan dianggap wira kerana tampil menyuarakan kebutuhan guru-guru lain yang senasib. Sementara negatifnya pula, guru yang sama dilihat hilang kewarakannya, dikata tidak tahu bersyukur, pencinta dunia dan pelbagai lagi imej tercop padanya.

Berkali saya tulis perihal orang-orang agama ini yang sewajarnya kedudukan mereka diangkat lebih mulia daripada kedudukan seorang YB, menteri atau pegawai tinggi kerajaan. Alasannya, mereka inilah yang menguruskan hal-hal hidup dan mati orang-orang Islam. Mereka sepatutnya diberi tempat sebaris VVIP. Namun, perkara ini tidak berlaku. Kalaupun mereka diberi tempat di majlis-majlis, kedudukan mereka di belakang. Hsnya tampil ke depan sebagai tukang baca doa untuk VVIP. Lihat, ketika kita mengharapkan kejayaan, keselamatan dan kebahagiaan dunia akhirat, merekalah yang kita cari.

Sudah waktunya gaji golongan agamawan ini, baik mereka yang bekerja dengan kerajaan atau swasta, dikaji. Begitu pusat pendidikan pondok atau seumpamanya, harus diberi perhatian. Jumlah untuk sebarang bentuk bantuan atau peruntukan wajar ditambah atau dinaikkan.

Kalau kita bersedia menyediakan jutaan hingga billionan ringgit untuk pembangunan prasarana hanya dengan alasan dan harapan penaikan taraf, mengapa kita tidak bersedia menaiktaraf pendidikan pondok dan yang seumpamanya? Jangan pula kita adakan perjuangan agama ini sekadar ada. Bukankah sejarah telah mencatat bahawa tamadun Islam yang tertegak, terbina dengan sokongan wang dan material?

 

Add comment


Security code
Refresh