Translate This Page

Siapa Online?
We have 69 guests online
Statistik Pelawat
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday180
mod_vvisit_counterAll days882449

We have: 69 guests online
Your IP: 54.224.76.106
 , 
Today: Apr 23, 2017

postheadericon Kg. Monggis - Penduduk Islam Mahu Surau

https://www.facebook.com/pendakwahsabah

MAKLUMAN; Gambar Puan Halimah dan suami belum menutup aurat. Kongsian ini bukan bertujuan mengaibkan, tetapi inilah hakikat kehidupan orang Islam di pedalaman. Mereka tidak memiliki kefahaman ajaran Islam. Begitu, kita perlu mendidik dan memberi mereka ilmu pengetahuan. In syaa Allah, beberapa orang pelajar RTMS yang ada sedikit ilmu bakal kita hantar ke kampung ini. Di samping memberi mereka pendedahan awal berkaitan dakwah mereka juga in syaa Allah dapat berkongsi ilmu dengan masyarakat setempat.

Kg. Monggis yang terletak di sempadan daerah Ranau dan Kota Marudu, telah wujud lama dan kini,dalam sistem kekeluargaan sudah sampai generasi ke-6. Sebelum ada jalan raya, penduduk kampung di sini terpaksa merentasi hutan belantara dengan berjalan kaki ke pekan Ranau memandangkan kampung ini bersempadanan dengan daerah Ranau dan Kota Marudu. Sebahagian penduduk di sini berasal daripada Kota Marudu, berhijrah atas ikatan perkahwinan.Rata-rata mereka mereka dari suku kaum Dusun.

Di sini,semua urusan melibatkan kematian, solat, kenduri-kendara dan seumpamanya terpaksa dirujuk ke Kampung Pinawantai dan kadangkala ke pekan Ranau. Sekian lama, tiada pembimbing, walhal jika dihitung, penduduk Islam di sini adalah sekitar 52 orang; mereka hanya mampu mempertahankan kalimah Tiada Tuhan Disembah melainkan Allah. Demikian, luahan Puan Halimah selaku individu yang telah membuat permohonan mendapatkan surau untuk kampung mereka. Pun, hingga kini belum ada pihak yang meluluskan permohonan mereka.

Surat berkaitan ketika kunjungan kami ke kampung ini telahpun diserahkan kepada puan Halimah yang dulunya bukan Islam. Atas sebab perkahwinan, beliau kini menjadi seorang Islam yang sedang berjuang mewujudkan sebuah surau dengan ukuran 20 x 20 seperti dalam surat permohonan beliau.

Kita amat kagum dengan beliau. Meskipun tidak mendalami Islam tapi sanggup korbankan sekeping lot tanah di tepi jalan utama Ranau – Kota Marudu untuk kepentingan Islam. Menitis air mata kami ketika di akhir pertemuan, selesai solat Asar di rumah beliau bersama pelajar RTMS, beliau berkata, “walaupun saya dan suami tidak tahu apa-apa tentang Islam, saya mengharapkan agar sebelum tua dan mati saya mampu berdiri dan bersolat sendiri” katanya. Bagai ditusuk jantung kami mendengar kata-kata itu. Kami lantas memasangkan tekad untuk bangunkan surau yang beliau perjuangkan ini.

PPIS hanyalah sebuah persatuan kecil yang sedang membangunkan RTMS dari sumber para dermawan. Sebab itu, kami kongsikan perkara ini kepada saudara muslimin dan muslimat di luar sana supaya kita sama-sama bangunkan rumah Allah ini sebagaimana beberapa surau yang diselaras sendiri oleh PPIS sebelum ini. In syaa Allah, PPIS sedaya upaya akan menyelaras pembangunan dari saham-saham akhirat para dermawan.

Anggaran kos berdasarkan pengalaman kita membangunkan prasarana RTMS dengan sebuah surau, rumat transit dakwah, tandas dan lampu solar adalah sekitar RM45,000. 00 termasuk kos pengangkutan pelbagai dari pekan Ranau.

 

Tel RTMS; 088 - 875431
Tel/WhatsApp; 019-8827449
Persatuan Pendakwah Islam Sabah
Peti surat 1283, 89309 Ranau, Sabah.

Maybank Persatuan Pendakwah Islam Sabah - 560269002818
Bank Islam Persatuan Pendakwah Islam Sabah - 1001602096785-6

 

 

Add comment


Security code
Refresh