Translate This Page

Siapa Online?
We have 70 guests online
Statistik Pelawat
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday182
mod_vvisit_counterAll days882451

We have: 69 guests online
Your IP: 54.224.76.106
 , 
Today: Apr 23, 2017

postheadericon Masjid dan Surau di Sabah hambar dengan aktiviti ilmu?

 

Surau Kg. Samparita, Tandek, Kota Marudu

Surau Kg. Gana, Tandek, Kota Marudu

Benarkah, sebahagian masjid dan surau di Sabah hambar dengan aktiviti ilmu?  Untuk jelas, marilah kita lihat terlebih dahulu masjid dan surau sekitar tempat tinggal kita tidak kira surau dan masjid yang bertaraf bandar, pekan atau kampung. Apa benar, masjid dan surau kita hambar dengan program; pengajian mingguan, bulanan atau harian? Jika ada,sejauh mana program tersebut mampu mengubah masyarakat daripada beraktiviti lara kepada melakukan aktiviti yang diredhai Allah? Kemudian, ayuh kita peratuskan pula tahap keberkesanannya kepada masyarakat untuk  tujuan penambahbaikan.

Kita tidak dapat nafikan ada sebahagian masjid di Sabah yang bukan saja menjalankan pengajian mingguan, bulanan dan harian bahkan, mereka turut memiliki sekolah. Namun, masjid seperti ini banyaknya kita dapati di beberapa tempat bertaraf bandar utama di Sabah. Selebihnya, hambar dengan program. Persoalannya, kenapa? Mungkinkah ketiadaan guru-guru yang berkemampuan mengadakan kelas pengajian seperti pengajian kitab bersiri dan sebagainya? Atau, jika ada mereka terkekang dengan undang-undang, menyebabkan mereka tidak tampil ke hadapan? Atau, mereka mungkin tidak menyedari akan tanggungjawab mereka sebagai ilmuwan, lalu mereka berpuas hati dengan pentas sekolah atau kelas tempat mereka ditugaskan.Kemudian,jika ditanya, mereka hidang alasan turun temurun; ada pihak berwajib yang wajar melakukan bahagian ini dan itu.

Jika dipanjangkan lagi perkara ini, akan menyakitkan. Banyak pihak akan terguris. Pun, kita perlu utarakannya untuk sama-sama kita fikir dan jawab, kenapa banyak masjid dan surau di Sabah hambar dengan program ilmu untuk umum, misalnya pengajian berkitab, sebagaimana wujud di Semenanjung. Masjid dan surau di sana, hidup dengan pengajian berjadual bahkan sering menampilkan tokoh-tokoh agamawan.

Oleh itu, kita cadangkan agar pihak berwajib dan badan-badan NGO yang berpengalaman seperti JHEAINS, JAKIM, YADIM, USIA, PERKIM, ABIM membuat draf bancian  ilmuwan di setiap daerah seperti jumlah ustaz dan ustazah lepasan pondok dan institusi-institusi pengajian agama, para pendakwah bebas serta yang seumpama mereka. Himpunkan mereka dalam satu mesyuarat khas bagi membincangkan kehambaran masjid dan surau setempat beserta solusi.

Kita percaya mereka akan selalu bersedia mengambil bahagian yang kita maksudkan kerana mereka ini tergolong dalam kalangan yang faham akan tanggungjawab berbanding masyarakat awam. Maka, bila perkara ini akan diadakan?

 

 

Add comment


Security code
Refresh