Translate This Page

Siapa Online?
We have 70 guests online
Statistik Pelawat
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday183
mod_vvisit_counterAll days882452

We have: 70 guests online
Your IP: 54.224.76.106
 , 
Today: Apr 23, 2017

postheadericon Kisah Mimpi Menjadi Kenyataan

 

Kali ini saya ingin berkongsi perkara yang nampak mustahil pada akal kita. Juga, sukar dipercayai orang kebanyakan justeru melakukannya memerlukan wang. Padahal, ia boleh saja berlaku atas kehendak Allah SWT.

Perkara ini berlaku kepada saya, dua kali. Pertama, pada tahun 2006. Tahun itulah pertama kali saya dijemput menjadi tetamu Allah di Mekah. Tahun itu jugalah pertama kali kaki saya menjejak di tanah barokah. Saya tidak pernah terfikir bagaimana Allah memudahkan kesemua urusan saya ke sana waktu itu. Segala urusan diurus oleh penaja, bahkan wang poket 1000 rial dan kain sarung juga turut diberi dan disampaikan oleh Perdana Menteri ketika itu, PakLah. Syukur, alhamdulillah. Atas sebab cadangan guru saya, seorang hamba Allah telah menanggung kos umrah saya waktu itu.

Dahulu, di awal pengislaman saya, seorang guru saya pernah menceritakan tentang tanah Mekah. Ceritanya sangat menarik sehingga saya menanam azam dan cita-cita untuk sampai ke tempat yang diceritakannya kepada kami. Dengan niat yang kuat, ingin berada di tanah para nabi, saya mula menabung di tabung haji dengan jumlah tabungan permulaan,  RM2. Itulah kemampuan saya, waktu itu. Sejak itu, saya seringkali berdoa agar suatu waktu saya terpilih dalam kalangan hambaNya yang dijemput ke bumi barokah. Tidak cukup doa, saya titip permohonan saya dalam solat Hajat.

Bertahun kemudian, dengan keinginan yang tidak pernah putus, saya mula didatangi mimpi. Sekali itu, saya bermimpi berangkat ke Mekah dan bersolat di hadapan Kaa'bah. SubhanaLlah, selepas itu, hati saya semakin rindu berada di sana. Azam saya semakin kuat dan yakin bahawa suatu waktu, saya akan sampai juga ke tanah suci. Namun, hati kendur sedikit apabila melihat jumlah tabungan. Tika itu, logik akal tidak mungkin berpihak kepada kemahuan hati.

Beberapa waktu, saya kerap melihat tabungan saya, sehinggalah satu ketika saya berazam, tidak akan lagi menyandarkan keazaman kuat saya untuk ke Mekah kepada tabungan dan usaha yang saya buat. Sebaliknya, saya serahkan semuanya kepada Allah. Dialah yang Maha Adil, Maha Mengetahui segalanya. Tiada secebispun dalam alam ini yang terlepas daripada pengetahuanNya. Begitu, saya teruskan berdoa, penuh harapan dan keyakinan bahawa Allah pasti mengabulkan hajat hambaNya. Alhamdulillah, hajat saya akhirnya tertunai pada tahun 2006.

2012, sekali lagi saya menjadi tetamu Allah. Kali ini juga perjalanan saya dibiayai seorang dermawan. Biayaan umrah kali ke-2 diberikan kepada saya selepas saya diuji dengan pelbagai peristiwa berkaitan dakwah yang saya lakukan. Benar apa yang diperkatakan mereka bahawa saya antara yang tidak memiliki ilmu Islam, tiada sijil dan tiada kelayakan membangunkan Islam. Itu pandangan mereka kepada saya dan saya terima. Namun, mereka dan kalian tidak mungkin menolak pendirian dan rasa tanggungjawab saya terhadap nikmatinan dan Islam yang Allah berikan kepada saya. Dalam keadaan sedar bahawa ilmu agama saya serba kurang, saya berbuat semampu saya sebagai tanda syukur. Begitu, dalam waktu ujian, saya pasrah dan mengadu kepada Allah. Dialah tempat aduan selayaknya bagi hamba. Kemudian, dalam waktu diuji, saya dihibur dengan mimpi berziarah ke maqam RasululLah. SubhanalLah, sekepas itu seorang dermawan menjemput saya bersama rombongannya untuk umrah. Itulah umrah ke-2 saya, alhamdulilLah.

Saya kongsikan peristiwa ini untuk saudara-saudara seislam saya yang sering melihat kekurangan hingga langsung tidak berniat melakukan ibadah Haji dan umrah. Begitu, sering juga bersandar kepada jumlah tabungan dalam akaun sebagai keutamaan. Pada logik akal, mereka yang punya wang dan tabungan yang banyak memang selalu siaga dan bila-bila waktu boleh ke sana. Tapi, masih ramai yang belum bahkan tidakpun terdetik hati mereka untuk berziarah dan beribadah ke tanah suci. Begitu, kita yang tidak punya kecukupan, jangan pernah berputus asa. Sandarkan hajat dan munajat kita kepada Allah bersungguh-sungguh, pasti Dia akan beri jalan.

 

Add comment


Security code
Refresh