Translate This Page

Siapa Online?
We have 26 guests online
Statistik Pelawat
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday135
mod_vvisit_counterAll days882404

We have: 26 guests online
Your IP: 54.224.76.106
 , 
Today: Apr 23, 2017

postheadericon Dosa Pihak Mujahidin?

Assalamualaikum. Selamat berpuasa dan beribadah di bulan barokah ini. Mudah-mudahan terbit rasa insaf dan syukur dalam diri kita lantaran sekali lagi kita terpilih melaksanakan ibadah di bulan Ramadhan yang datangnya hanya sekali dalam setahun.

Ayuh kita luangkan masa untuk berfikir sejenak. Dalam waktu itu, gunakan akal yang disertai rasional dan adil kita untuk mencari kemunasabahan di sebalik lontaran ini.

Ketika ini, umat Islam sedang berdepan dengan pelbagai kemelut. Ada yang dihalau daripada kampung halaman,  tempat tinggal mereka dibakar,  harta dirampas, ditembak ketika solat bahkan disembelih hidup-hidup. Semua ini tidak berlaku di depan kita.  Sebab itu, barangkali ada di antara kita yang mungkin tidak sedar peristiwa buruk ini sedang bermaharajalela  di alam manusia; makhluk yang dicipta dengan akal fikiran.

Ekoran kejadian-kejadian yang sangat melanggar hak kemanusiaan ini, bangkitlah para pembela agama, maruah dan hak mereka daripada terus  diratah sesuka nafsu oleh pihak-pihak penghancur. Namun, perkara paling pelik dan tidak masuk akal,  mereka yang bangkit ini dicop dan disebarluas media sebagai pengganas, pemberontak, pengkhianat, militan dan bermacam kosa kata yang  menggambarkan keganasan dan keburukan. Lebih dahsyat apabila mereka diberi ugutan buruan hingga ke lubang cacing; sampai begini sekali gamak mereka. Di pihak pembunuh, pemerkosa, penyembelih sebenar dibiar bebas, malahan diberi pingat wira dan superhero pelindung, penyelamat dan macam-macam istilah; sangat songsang dari sifat sebenar makhluk perosak.

 

Sekarang, tolong jawab; apa perbuatan salah dan dosa pihak mujahidin? Antara kita,  ramai kecewa lantaran gelaran tidak sepatutnya terhadap mereka yang berjuang mempertahankan hak agama, tanah air dan maruah mereka. Media kita dan orang Islam, kalaupun  kita tidak gagah menyatakan kebenaran, sila berdiam dan berhenti menjadi Pak Turut. Jangan kita jadi pembantu para kafir!

 

 

 

Comments  

 
0 #2 RE: Dosa Pihak Mujahidin?PURPLE 2015-07-30 11:25
INI BERITA DARIPADA AKHBAR APA?
Quote
 
 
+2 #1 komenkumek 2014-07-15 01:18
Disini pejuang islam teruskan perjuangan belalah agama,bangsa dan tanah air,walaupun risikonya sgt tinggi,dibunuh, dibakar dsb bila kita niatkan krn Allah,Allah akan bersama klau mati sekalipun engkau mati syahid ia adalah idaman semua org mukmin.musuh kita diakhir zaman terlalu ramai,yahudi laknatullah,mun atik diklangan org islam dn seluruh agama2 dan paham idiologi barat,kuatkan hubunganndg Allah dan sesama mukmin,ayuh berjuang dan berkorban apabila gendang perang dihadapan mata.niat lah krn AllAllah jaga solat,jgn buat dosa,abid dimlm hari,InsyaAllah selamat dunia akhirat.
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh