Translate This Page

Siapa Online?
We have 40 guests online
Statistik Pelawat
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday149
mod_vvisit_counterAll days882418

We have: 40 guests online
Your IP: 54.224.76.106
 , 
Today: Apr 23, 2017

postheadericon Pengurusan Dakwah

 

Persoalan yang sering saya fikirkan dan tidak pernah padam dalam kotak fikiran  adalah perihal saudara baru dalam kalangan suku saya; Dusun. Justeru, saya tidak pernah jemu memperkatakannya di samping berbuat sekadar termampu. Sehingga kini, saya tidak pernah melayani sebarang rasa atau detikan KALAU SAYA ADA yang tidak habis-habis.

‘Kedegilan’ ini membuatkan sebarang carian berkaitan mualaf oleh para pembaca  di garisan maya terkait dengan saya ( menurut mereka). Tulisan saya mendominasi dalam carian,  sekali gus  berkait juga dengan Cahayafm serta Bacaan Qur’an 24jam berserta tafsir Bahasa Melayu . Kemudian, boleh ditemui juga tulisan pelbagai tema. Tumpahan fikiran itu biasanya  bersifat mengkritik, menegur, mencadang, tidak bersetuju, mendesak dan seumpamanya. Semua itu, bukan rekaan fikiran bahkan ia adalah cernaan pengalaman sepanjang saya berada di pentas dakwah. Meski  saya bukan pendakwah atau tokoh yang baik sebaik sahabat-sahabat saya di medan dakwah, tapi seperti yang selalu saya tegaskan, saya berkata dan berbuat kerana pengalaman lalu yang saya alami. Seboleh-bolehnya, saya tidak mahu pengalaman saya dialami semula  oleh saudara-saudara baru sekarang.

Catatan saya kali ini berkisar pengurusan dakwah di Sabah yang masih gagal meskipun kita lihat ada usaha gigih banyak pihak, sama ada disokong pihak kerajaan ataupun sebaliknya. Buktinya, dakwah yang kita lihat masih membelakangkan pendidikan yang bersifat  memberi kefahaman, keyakinan dan pengamalan. Kita tidak nafikan, wujud kelas berkelompok saudara baru berbentuk mingguan di beberapa tempat tetapi ia belum berjaya melahirkan pelajar bertahap mukmin yang mengamalkan apa yang mereka pelajari, yakni  mampu bersolat 5 waktu, berpuasa serta melakukan perkara-perkara rukun Islam dengan baik. Kita tidak akan gembira hanya sekadar melihat mereka bertudung tetapi masih tidak melaksanakan solat 5 waktu, misalnya. Inilah yang kita kerapkali saksikan, bahkan guru-guru terlibat juga mengetahui hal ini.

Barangkali wajar jika sukatan pelajaran yang kita hidangkan kepada mereka diperhalusi semula. Misalnya, bagi saudara yang baru seminggu atau sebulan hatta setahun bergelar saudara baru, kemudian tidak pernah bersekolah dan langsung tidak mengetahui asas Islam, tiba-tiba diajarkan dengan huruf-huruf Jawi atau Hijaiyyah bermula Alif sampai Ya’ ( Buku Iqra ). Begitu, jangan sampai dalam kalangan mereka menganggap Islam ini adalah Alif-Alif yang membingungkan. Atau, peringkat pra lagi, dihidangkan perihal Syurga dan Neraka. Meski, itu semua benar. Ya, benar ada dalam ajaran Islam.

 

 

Add comment


Security code
Refresh