Translate This Page

Siapa Online?
We have 24 guests online
Statistik Pelawat
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday133
mod_vvisit_counterAll days882402

We have: 24 guests online
Your IP: 54.224.76.106
 , 
Today: Apr 23, 2017

postheadericon Lantik Senator Dusun

ARKIB : 30/09/2008 ( Utusan Malaysia )

Lantik senator Dusun jaga kebajikan mualaf

KOTA MARUDU 29 Sept. – Kerajaan diminta melantik seorang senator yang terdiri daripada etnik dusun beragama Islam bagi menjaga kebajikan dan kepentingan golongan mualaf di Sabah. Penyelaras Program-Program Mualaf Sabah, Mohd. Nazri Abdullah (gambar) berkata, perkara tersebut penting supaya nasib saudara-saudara baru di negeri ini tidak terabai sekali gus terbela. ‘‘Senator ini akan menjaga hal ehwal dan keperluan masyarakat mualaf di Sabah seperti mana senator dilantik daripada kalangan Orang Asli di Semenanjung untuk menjaga komuniti mereka. ‘‘Kami melihat perkara ini sangat perlu kerana nasib saudara-saudara baru semakin hari semakin tidak diendahkan termasuk masyarakat Islam sendiri,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Beliau berkata, senator itu juga perlu merupakan seorang mualaf kerana hanya mereka mempunyai pengalaman sebagai saudara baru serta amat memahami apa yang diperlukan. Pada masa yang sama, Mohd. Nazri meminta para dermawan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam supaya prihatin dan tidak meminggirkan golongan itu yang amat memerlukan bantuan. ‘‘Ramai mualaf yang sudah memeluk Islam lebih 20 tahun, tetapi tidak pernah menerima zakat atau bantuan lain. “Kita juga tidak mempunyai kompleks khusus untuk saudara baru menjalankan aktiviti. ‘‘Malah, kelengkapan asas untuk beribadah seperti sejadah, al-Quran, telekung, kain pelikat dan sebagainya disumbangkan oleh beberapa individu yang prihatin sahaja,’’ katanya. Katanya lagi, rata-rata yang memeluk Islam di Sabah datang daripada kumpulan etnik yang berbeza dan saudara baru itu amat memerlukan bimbingan dan bantuan saudara sesama Islam. Tambahnya, bagi sesiapa yang ingin menyumbang wang atau memberi sebarang bentuk bantuan boleh berhubung di talian 019- 8827449.