Translate This Page

Siapa Online?
We have 15 guests online
Statistik Pelawat
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday518
mod_vvisit_counterAll days884177

We have: 15 guests online
Your IP: 54.224.76.106
 , 
Today: Apr 27, 2017

postheadericon NGO Jangan ditunggang

 

Badan NGO berdaftar atau tidak harus prihatin tentang beberapa perkara melibatkan fungsi dan peranan pertubuhan itu sendiri khusus yang termaktub dalam undang-undang tubuhnya. Kita tidak pernah nafikan usaha badan NGO dalam memartabatkan Islam kerana berbukti, ia pernah berjaya. Namun, kita juga tidak nafikan ada NGO yang bersifat mencari untung semata-mata tidak kira berbentuk peribadi ataupun sebaliknya. Dalam waktu sama, kewujudan NGO kadangkala bersigat keAKUan hingga menafikan keberadaan pihak lain. Keadaan begini akhirnya menumbuhkan bibit-bibit pergeseran.  Tidak apa jika komen-komen  dan ulasan-ulasan tentang isu berkaitan dibuat demi manfaat dan kebaikan umum, pun dalam waktu sama, jalan penyelesaian atau cara menangani harus turut dikemukakan.

Sebagai contoh, isu penyalahgunaan wang masjid oleh pihak pentadbiran masjid terbabit misalnya, boleh ditegur oleh mana-mana NGO yang mengetahui isu tersebut sekali gus memberi jalan penyelesaian atau tindakan susulan sewajarnya kerana bukan semua jamaah setempat mampu dan berupaya menegur perkara seperti ini.

Sementara itu, mana-mana NGO yang jelas menjadi tunggangan pihak lain wajar kembali melihat fungsi dan peranan pertubuhan masing-masing, jangan sampai Islam itu dilihat menjijikkan oleh pihak orang bukan Islam ataupun orang Islam sendiri. Pihak ahli yang melihat kecurangan mana-mana NGO yang diahlihi sepatutnya tidak patuh membuta,bersekongkol dan membiarkan AMT terbabit tanpa teguran. Hanya saja kita cadangkan supaya pihak pelontar mengambil peluang berbincang langsung dengan pihak NGO yang dimaksudkan sekali gus menyatakan perkara-perkara berkaitan secara bertanggungjawab, bukan hanya dalam bentuk tulisan. Tidak mengapa kalau kita mengetahui perinci perkara-perkara berkaitan disertai saksi dan bukti jelas yang boleh kita sabitkan bila-bila masa dikehendaki.

Akhir sekali, saya antara yang terlibat puluhan tahun dalam gerakan Islam, juga antara individu yang sering melontar pandangan, pendapat, cadangan, teguran dan seumpamanya kepada NGO, jabatan agama, menteri hatta perdana menteri khususnya Pak Lah, saya lakukan tanpa gentar dan takut kerana apa yang saya suarakan bukan fitnah atau rapuan. Saya sertakan cadangan, jalan keluar yang patut. Ternyata ada antaranya yang telahpun dilaksanakan oleh pihak-pihak berkaitan cuma saja kredit tidak diberi terhadap idea tersebut. Untuk lebih perinci maksud saya, silalah layari blog pertama saya, Suara Mualaf Sabah atau web Suara Mualaf Sabah. Di sini boleh juga dapatkan rakaman-rakaman berbentuk youtube, kenyataan-kenyataan akhbar dan sebagainya. Keterlibatan saya melalui NGO berdaftar kini dengan mengemudikan Persatuan Pendakwah Islam Sabah.