Translate This Page

Siapa Online?
We have 46 guests online
Statistik Pelawat
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday155
mod_vvisit_counterAll days882424

We have: 46 guests online
Your IP: 54.224.76.106
 , 
Today: Apr 23, 2017

postheadericon SAYA BUKAN MELAYU ?

http://dengaralquran.com/

Sebagai seorang Dusun Kimaragang, saya agak terkilan dengan kenyataan Mufti Sabah;Bungsu@Aziz Jaafar berbunyi " untuk melakukan penyatuan Islam, suku kaum seperti Kadazan, Murut dan Dusun perlu 'diMelayukan' sebagai satu rumpun Melayu", ( rujuk berita penuh di http://www.sinarharian.com.my/melayukan-rumpun-melayu-sabah-kata-mufti-1.20697. Kenyataan ini mendapat perhatian dan reaksi pelbagai di laman sosial khususnya para pembaca bersuku Dusun, Kadazan dan Murut.

Pada saya, kenyataan ini kurang cermat dan agak mendukacitakan kerana dilontarkan oleh seorang mufti. MeMelayukan suku kaum yang jelas bukan Melayu dengan alasan menyatupadukan Islam adalah kurang tepat justeru kejadian fitrah manusia yang hidup dalam kepelbagaian suku itu sendiri diiktiraf Allah agar manusia sering kenal mengenal antara satu sama lain. Firman Allah bermaksud;

“ Wahai umat manusia, sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)”  [Al-Hujuraat 49:13]

Bukankah jelas, dengan cara memahami, mendekati dan mengenali pelbagai suku yang Allah cipta itu akan lebih menjadikan sesama manusia rapat, mesra dan padu? Saya bukanlah ahli tafsir Qur'an yang mampu menghurai ayat di atas, oleh itu, saya mohon mereka yang ahli dapat mengupas maksud dan isi ayat ini agar kita sama-sama mendapat manfaat dan pencerahan berkaitan suku bangsa menurut Islam. Suatu ketika dulu, di kelompok masyarakat saya, Islam ditolak sebahagian masyarakat pribumi Sabah kerana beberapa salahtanggap mereka terhadap Islam selain tidak memahami sebab dan hikmah larangan beberapa perkara. Antaranya, termasuklah amalan berkhatan atau bersunat, tidak makan seharian (puasa), dibungkus kain putih setelah mati, tidak boleh memakan daging-daging  tidak halal misalnya babi, yang telah menjadi makanan tradisi mereka sejak dulu. Selain itu, orang-orang tua khususnya orang Dusun sangat bimbang jika ada dalam kalangan ahli keluarga mereka memeluk Islam kerana menganggap mereka akan 'masuk Bajau'.

Inilah antara ‘ketakutan’ dan sebab Islam ditolak orang-orang yang belum Islam  termasuk saya ketika itu. Inilah yang  berlaku disebabkan  kejahilan dua-dua pihak. Orang Bajau, jahil ilmu Islam menyebabkan mereka tidak dapat menjelmakan Islam sebagaimana  ajaran Rasulullah SAW. Di pihak orang Dusun pula, juga jahil justeru apabila melihat perilaku orang Bajau, langsung mengecop itulah Islam. Di mata mereka,  Bajau adalah Islam dan Islam adalah Bajau. Rentetan banyak perkara, bercambahlah akar-akar penolakan Islam dengan dalam kalangan bukan Islam kerana gambaran-gambaran negatif mengikut  pengalaman mereka bergaul dengan masyarakat Islam ketika itu. Tidak cukup itu,  mereka perturunkan pula gambaran negatif, salahtanggap  dan penolakan mereka kepada anak-anak mereka . Sementara di pihak Islam pula, langsung tiada usaha menarik dan memperbetulkan tanggapan-tanggapan salah yang membaja pemikiran orang-orang bukan Islam.

Saya berkongsi perkara ini kerana saya sendiri mengalami fasa ‘takut’ sebelum timbul keinginan mendekati dan akhirnya memeluk Islam. Sebab itu, saya tegas mengatakan bahawa meMelayukan orang Dusun, Kadazan dan Murut, benar-benar tidak relevan bahkan hanya membangkit semula peristiwa hitam dalam sejarah Islam Sabah setelah melalui proses pemutihan. Untuk mencapai penyatuan dan perpaduan, cukup  dengan mengislamkan manusia   dalam ertikata mendidik mereka sehingga mencapai taqwa,  tanpa mengira  apapun sukunya  sebagaimana dikehendaki Allah.  Bukannya meMelayukan. Ingatlah, Islam itu milik Allah, bukan milik mana-mana suku. Allah jadikannya sesuai untuk semua bangsa dan suku di dunia.

Jika benarlah perkara ini dilaksanakan maka ia tampak menidakkan pengiktirafan Allah bahawa manusia ini  memang dijadikan berbilang suku dan bangsa untuk tujuan saling kenal-mengenali. Saya sendiri menolak untuk diMelayukan hanya kerana saya Islam, bukan kerana saya benci atau tidak suka Melayu tapi  jelas, kerana Allah ciptakan saya dari keturunan Dusun Kimaragang. Siapapun tidak boleh menafikan keturunan ini kerana inilah nasab saya.

Alasan menyatupadukan Islam dengan cara meMelayukan sebagaimana berlaku di Semenanjung; Bugis dan Jawa mengaku Melayu pada saya hanya tanggapan yang tidak berasas. Perkara ini lebih mendatangkan perpecahan berbanding menjelmakan perpaduan. Sementara, peningkatan Islam di Sabah daripada 35% kepada 65% selepas 50 tahun itu benar setelah kerajaan USNO dan BERJAYA mengadakan pengislaman secara besar-besaran.  Pada satu sudut, perkara ini tidak harus dibanggakan, kerana daripada jumlah itu,  ribuan juga yang telah murtad akibat ‘dibiar’ tanpa memberi pendidikan secara besar-besaran pula. Seharusnya,  perkara ini yang perlu dipandang serius, bukannya meMelayukan mereka yang sudah diislamkan.

Kenapa kita tidak mencontohi  Rasul SAW dalam menyatupadukan masyarakat Arab. Bukankah Rasulullah itu contoh terbaik?

 

 

Comments  

 
-1 #10 RE: SAYA BUKAN MELAYU ?koko 2015-02-18 13:08
Salahkn bajau pulak kurang islam..kau ingat melayu byk yg islam sgt ke?...pakaian je mcm arab tpi hati tak islamik
Quote
 
 
+1 #9 renungkanDusun Islam 2014-11-14 19:47
Tidak ada dalam sejarah perkembangan Islam di dunia menggunakan terma penyatuan berasaskan bangsa. Walaupun istilah Melayu adalah bersifat umum, tidak wajar sempelan itu memalitkan Melayu. Ini adalah dicegah. Penyatuan Islam harus dikuatkan tetapi bukan dari segi menempel pada nama bangsa lain. Jgn campurkan pahaman politik dari sesetengah pihak. Ini sangat merbahaya kepada generasi KDM itu sendiri. Wasalam
Quote
 
 
0 #8 mrlove Islam 2014-05-16 11:00
apa kurangnya istilah Islam utk penyatuan semua bangsa? kenapa perlu istilah melayu? rasanya istilah Islam itu lebih universal banding istilah Melayu. Dlm 50 thun pnggunaan istilah Melayu utk sinonimkn dgn Islam, apa keuntungan bg Islam itu sendiri? apa Islam dapat? yg pasti Melayu terangkat d Nusantara ni kerana Islam itu meresap dlm masyarakat Melayu..kenapa perlu memelayukan Islam?
Rasulallah pernah kata Arab itu Islam dan Islam itu Arab ke?
Quote
 
 
+4 #7 RE: SAYA BUKAN MELAYU ?Bismillah 2013-10-09 18:24
kenapa mesti memelayukan rumpun melayu? semua dh ckp rumpun melayu tu termasuk semua bangsa yg ada di semenanjung,sab ah n sarawak.. xpayah la lg mw melayukan bangsa2 tu.. tapi Islamkanlah mereka.. islam dari segi akidah, perbuatan n semuanyalah.. kalo ble smpi yg non muslim pn akan ikut sma n x benci pada islam itu sendiri.. InshaAllah
Quote
 
 
-4 #6 RE: SAYA BUKAN MELAYU ?Rahim 2013-10-08 23:11
adakah anda faham mengapa sebelum merdeka orang di sana bersatu menentang penjajah faktor dominan ialah atas nama Melayu yang disenonimkan dengan Islam. begitu juga di Indonesia bagaimana jutaan rakyat yang berjuang juga yang mengambil semangat Melayu yang di senonimkan dengan Islam. Anda mungkin tersalah fakta...di sabah juga menggunakan Istilah masuk melayu kepada orang orang yang ingin memeluk Islam. ....bukan masuk bajau atau masuk brunei...
Quote
 
 
-3 #5 RE: SAYA BUKAN MELAYU ?Rahim 2013-10-08 23:04
saudara yg budiman,
Apa bila menyebut tentang perpaduan orang Islam dalam konteks sabah maka perpaduan melayu adalah terma yang paling tepat. melayu dlm konteks malaysia lebih difahami dengan beragama Islam dan bertutur dalam bahasa melayu...di sabah ia lebih dekat dengan Agama. Kita perlu fahami ancaman diluar sana apabila membincangkan soal ini. Saya memahami apa yang pihak mufti maksudkan itu punya makna tersirat yang jauh lebih besar daripada makna menukar budaya atau bangsa saudara.
Quote
 
 
+5 #4 mrmohd razi 2013-10-02 10:38
adakah dengan mengubah bangsa itu akan memperkuatkan iman dan memperbanyakkan amal soleh, jangan identifikasikan agama dengan bangsanya, bangsa adalah kepelbagaian manusia ciptaan Allah SWT yg menunjukkan identiti sekumpulan manusia, adakah kaum dudun atau murut yang bukan Islam juga akan dimelayukan?
Quote
 
 
-1 #3 Sekadar pendapat lllazmin 2013-09-30 18:46
mungkin ada komuniti yg masih berfahaman bangsa Melayu itu adalah bangsa org Malaya@semenanj ung...gambaran itu adalah silap sama sekali kerana di semenanjung hanya org asli sahaja yg kekal dgn bangsanya manakala bangsa lain disatukan dalam rumpun melayu..kita ambil satu contoh mudah dalam sejarah pembukaan melaka...siapa paramiswara..
Oleh itu harus kita kaji semula perkataan MELAYU itu adalah utk menyatukan Bukan meleraikan atau membuka sejarah hitam persengketaan bangsa sabah...Mungkin ada terlepas pandang tentang makna Melayu itu adalah RUMPUN BANGSA DI Asia tenggara bukanya menjurus kepada bangsa orang ASLI seperti kita.Kajian BAHASA menyatakan NEGARA FILIPINA JUGA RUMPUN MELAYU....sekadar pendapat.
Quote
 
 
-7 #2 Sekadar pendapat ll.azmin 2013-09-30 18:44
Kita tidak boleh rasa terhina atau gusar akan kehilangan status bangsa kita,kerana Perkataan MELAYU itu hanya pada umum sahaja Bukan pada dasarnya....tidak ada sultan,p.m,k.m malah president Amerika sekali pun tidak berani melupuskan bangsa Dan etnik pada zaman moden ini kerana bangsa itu adalah warisan dunia.
Dalam Hal berkaitan kepercayaan Dan anutan Agama Perkataan MELAYU itu tidak mendatangkan sedikitpun Masalah bagi mereka yg faham akan agamanya...kerana bagi saya Agama dalam Negara Malaysia bersifat terbuka..tiada halangan utk bangsa lain menunaikan tanggungjawab diri utk mencari Dan menemui tuhan,tetapi ada halangan utk mereka yg beragama Islam meninggalkan Islam kerana Negara Malaysia telah dipersetujui di angkat sebagai Negara Islam Dan ada undang2 telah disenaraikan berkaitan Islam.
Bangsa Dusun,murut,kad azan mahu pun bajau semua ada EGO nya..semua mahu di pandang tinggi martabatnya,jad i tidak salah jika kita satukan bangsa-bangsa dibawah rumpun Melayu.
Quote
 
 
+5 #1 Sekadar pendapat.azmin 2013-09-30 18:39
Assalammualaiku m...,
Saya amat setuju dengan sebahagian pendapat SAYA BUKAN MELAYU dalam suaramualaf.com ,mengapa saya setuju kerana dalam I.C saya sudah tertulis Bangsa Dusun...saya adalah salah seorang perwaris bangsa ini agar tidak lupus Dan faktor Bangsa ini juga menyebabkan pentingnya Anak lelaki dalam satu komuniti keluarga kerana sudah pasti bagi kaum wanita tidak mendapat keistemewaan dalam mempertahankan Salahsila keturunan keluarga.
Walau bagaimanapun saya tidak bersetuju dalam semua Hal kerana Bagi saya PERKATAAN BANGSA MELAYU ITU terlalu umum Dan sekiranya ada orang yg menyuarakan pendapat bangsa di sabah Di melayukan atas dasar penyatuan ummah atau masyarakat Sabah, itu tandanya suntikan perpaduan yg erat sedang diserap melalui perkataan MELAYU itu.
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh