Translate This Page

Siapa Online?
We have 7 guests online
Statistik Pelawat
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday510
mod_vvisit_counterAll days884169

We have: 7 guests online
Your IP: 54.224.76.106
 , 
Today: Apr 27, 2017

postheadericon JUJURLAH ?

Petang hari ini semalam , saya terjumpa makcik ini di pintu bank, terhoyong-hayang sambil mendekati setiap orang yang masuk dan keluar dari sebuah bank di kawasan Alam Mesra. Saya berada di kereta dan memerhatinya dari dalam. Kasihan dan simpati menguasai saya. Terdetik perasaan ingin membantu. Saya keluar. Belum sempat saya mendekatinya, dia gesa-gesa berjalan ke arah saya sambil mulutnya kumat kamit, bercakap. Saya, antara dengar dan tidak. Katanya, "pakcik, boleh bagi duit, duit saya tidak cukup beli beras." Saya tanya, "berapa tidak cukup?". "18 ringgit", jawab makcik. "Ok, makcik tunggu di sini, nanti saya cukupkan". Saya masuk ke bank, berurusan sekali gus membuat pengeluaran. Selesai urusan, saya keluar. Makcik itu masih terpaku di sisi bank. Sekali lagi saya dekati makcik sambil menghidupkan kamera hp. Saya fikir mahu merakam masalah makcik supaya ada pihak-pihak yang melihat dan mendengar suara hati makcik ini sekali gus mengambil tindakan wajar misalnya, membantu pendaftarannya ke pejabat kebajikan atau seumpamanya.

Wajah makcik inii berubah cemas selepas saya mula merakam. Reaksinya membuat saya sangsi dengan apa yang telah dikatakannya kepada saya. Ternyata, ketika saya ajukan beberapa lagi soalan, makcik ini tidak menjawab jujur. Akhirnya, saya dengan rasa sedikit kesal membuat kesimpulan; kalaulah dia bersikap jujur, pasti bekalan beras 2 bulan akan saya bekalkan kepadanya. Saya sendiri akan menjadi peminta untuknya daripada setiap orang yang keluar masuk di pintu bank. Melihat keadaan makcik ini, memang dia punya hak mendapat bahagian dari harta umat Islam tapi jawapan kepada beberapa soalan saya bagai berselindung dan saya tidak mampu mengubah jawapan-jawapan itu. Barangkali itulah jawapan yang masih beralas malu, takut dan sebagainya disebabkan keadaan yang hanya makcik itu yang tahu. Allahu a'lam.
Ini

kali kedua, saya cuba masuk dan mendengar suara hati fakir miskin dan saudara baru di kawasan bandar. Saya bukan ragukan kesusahan yang mereka alami tetapi biarlah kita adil dalam melihat dan menterjemah keadaan semua pihak, apalagi saya terlibat langsung dengan mereka. Saya sendiri tidak mahu berkongsi kisah mereka atas kebohongan. Kerana itu, saya cuba tampil membantu dan menunjuk cara terbaik dalam meminta bantuan berlandaskan kejujuran dan keimanan. Kita maklum, di zaman Nabi SAW, masjid menjadi sandaran dan tempat mengadu segala masalah. Di sini pengaduan langsung kepada Allah dibuat. Para sahabat yang kaya pula langsung akan melihat kesusahan mereka di sini. Hikmahnya, bukan sahaja orang kaya memberi bantuan kepada yang berhak bahkan mendapat tarbiah langsung atas kesabaran para fuqaro'. Jelas, kemiskinan mereka mampu merubah hati orang-orang kaya. Tapi, bila golongan miskin berbohong semata-mata meraih simpati, meskipun benar keadaannya miskin, maka cara ini akan memburukkan lagi pandangan orang.

Begitu, Allah tidak pernah menghalalkan cara yang bertentangan ajaran Islam, demi mencapai sesuatu.

 

 

Add comment


Security code
Refresh