Translate This Page

Siapa Online?
We have 68 guests online
Statistik Pelawat
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday571
mod_vvisit_counterAll days884230

We have: 68 guests online
Your IP: 54.224.76.106
 , 
Today: Apr 27, 2017

postheadericon SELESA ?

 

Hampir kesemua tulisan saya sebelum ini mengkhusus kepada permasalahan mualaf di Sabah. Barangkali  agak janggal sentuhan tulisan kali ini kerana mengarah ke politik.  Apapun, telah terbukti cadangan dan gagasan yang pernah dilontar dalam tulisan saya diambilkira beberapa pihak dan sebahagian darinya telah dilaksanakan. Pernyataan ini terlihat seperti masuk bakul angkat sendiri namun, itulah hakikatnya. Secara kebetulan  cadangan-cadangan diambilkira ataupun sebaliknya bukanlah persoalan. Apa  yang jelas, inilah istimewanya tulisan. Sentiasa ada ruang  mengisi idea untuk dimanfaatkan semua pihak. Bukan hanya tahu membongkar dan mempersoalkan satu-satu perkara kemudian pergi tanpa meninggalkan idea  atau cara yang difikirkan dapat membantu pihak- pihak berkaitan .


Sekitar  jam 2.30 petang  kelmarin, 19 Okt 2011, saya berjumpa tukang untuk berbotak. Masuk tahun ini,  kalau ikut istilah penggal dalam politik, keterampilan botak saya sudah  masuk dua penggal.  Selesa dengan status kepala botak. Ini baru dua penggal. Bagaimana kalau berpenggal-penggal?  Jika dibalikkan ke pimpinan,  ‘zon selesa’lah istilah paling sesuai untuk pemimpin-pemimpin yang menduduki tampuk pimpinan berpenggal-penggal. Dalam zon ini, pasti buruk dan cacat pimpinan  telah dilihat  jelas oleh  rakyat .  Hanya mereka yang membabi buta menjaga periuk nasi dengan bertunjangkan perjuangan rakyat  saja yang tidak segan silu berhujah dan mempertahankan bos-bos  sampai tinggi melangit. Sepertilah  bosnya itu  yang paling bersih dan suci sehingga pantang dikuis apalagi disentuh  tepi kain pimpinannya.  Pada saya , orang seperti ini sangat wajar direhatkan bahkan  harus dihukum keluar gelanggang perjuangan.  Apalah ertinya mempertahankan satu-satu pimpinan jika orang-orang sekitar lingkungannya saja yang mendapat manisan.  Rakyat tinggal melihat, terpaksa membiarkan lelehan liur melihat madu-madu  yang diminum mereka.


Sedang dalam proses pembotakan, saya terlihat Harian Metro keluaran 10 Okt 2011 muka surat 16  bertajuk 111 Imam, JKKK  Terpilih Mengikuti Program Ditaja Khas Yayasan 1Malaysia dengan kerjasama Tabung Haji Berlepas ke  Tanah Suci Mekkah.  Alhamdulillah dan tahniah kepada pucuk pimpinan kerana melaksanakan program ini.  Ternyata kumpulan-kumpulan yang banyak berjasa di peringkat akar umbi sudah mulai diberi perhatian sewajarya hatta diberi  penghargaan atas  jasa bakti mereka pada masyarakat.  Dalam penggal pucuk pentadbiran Pak Lah, saya pernah mencadangkan pada pihak  berkaitan hal ini dalam blog saya,  Suara Mualaf Sabah.


Kembali ke daerah kelahiran saya, KOTA MARUDU. Mereka yang tidak pernah tinggal di daerah ini barangkali tidak akan tahu suasana yang bakal saya lontar. Tapi, sebaliknya bagi pemastautin Kota Marudu kerana perkara ini sudah sekian lama jadi bualan mereka. Isu ini diperkatakan meluas ke setiap ruang dan penjuru bumi Kota Marudu. Siang atau malam isu ini tidak pernah kering dan terhenti. Bagaimana jantung dan nafas penduduk daerah ini aktif, begitu jugalah aktifnya isu ini diperkata.  Saya bukanlah manusia yang arif dalam hal-hal melibatkan sistem pentadbiran apalagi perincian proses yang menjurus infrastruktur awam. Justeru, saya  suka memperlihatkan senario yang berlaku sekali gus bertanya  kepada pihak-pihak berkaitan termasuklah  wakil rakyat dan pihak-pihak  berwajib yang bertanggungjawab dalam hal yang saya tanya:


1. Sepanjang usia, saya  telah melalui jalan sempadan Kota Belud dan Kota Marudu. Apa yang saya lihat, lubangnya tidak  pernah habis. Pernah saya sifatkan lubang-lubang ini sebagai lubang kematian. Terkini, jika lalu di jalan sempadan ini, suasananya masih begitu. Bukan saja lubang kecil tapi retakan malah pecahan besar  jalan kiri dan kanan sehingga menampakkan ruang yang agak dalam kiri dan kanan jalan. Tidak mengapa kalau pihak berwajib memasang tanda amaran yang besar dan jelas , memasang lampu misalnya, agar para pengguna bersedia dan berhati-hati melalui kawasan itu, terutamanya ketika malam.  Berlainan di tempat lain. Misalnya,  jalan KB dan Ranau.  Bukan papan tanda saja diadakan tetapi pekerja-pekerja yang sentiasa  bersedia  juga ada di tempat  runtuhan, bersiaga  membantu jika keadaan runtuhan kritikal. Begitu juga masa-masa puncak, pekerja membantu supaya kenderaan-kenderaan berlalu ikut giliran.  Lubang dan runtuhan tidak dibiar lama melainkan disegerakan pembaikannya. Tapi, sebaliknya yang kita lihat di jalan yang saya istilahkan jalan penuh lubang.


2. Isu tanah dan pimpinan khusus merujuk Datuk Maximus dan tampiasnya mengena YB. Anita Baranting , pimpinan baru  di kawasan Tandek. Sentiasa  dan setiap masa juga hal ini diperkatakan di  laman-laman web, blog dan facebook . Kesannya, hati dan mulut masyarakat  bertumpu untuk menidakkan pimpinan mereka atas kegagalan mereka menangani masalah ini. Kadang, alasan  tidak logik  diberi kepada  rakyat.  Pembicaraan isu ini agak kritikal sehingga  kosa-kosa kata seperti ‘ tiada akal’, ‘kroni’, ‘tolak’, ‘singkir’ dan pelbagai istilah dan  kata bersifat kebusukan serta menunjukkan ketidakmampuan mereka menangani masalah itu digunapakai para pengata.


3. Isu calon yang turut rancak dibincang dalam  beberapa halaman tertutup dan terbuka termasuklah di peringkat pentadbiran daerah menambah haba panas Kota Marudu yang sememangnya panas. Persoalan; kenapa pihak PM dan CM tidak mengambilkira perkara ini? Sudahlah MP orang luar,  ADUN  dan Pegawai Daerahnya pun disapu orang luar. Sepatutnya, pihak atasan memikirkan hal ini.  Berilah anak jati KM menduduki salah satu tempat ini.


Banyak lagi perkara yang tidak henti-henti diperkata sebenarnya. Saya cuma menyerap isu dan mengolahnya mengikut bahasa tulisan saya. Pun, dalam hal ini, saya  turut terlibat  membincangkan beberapa perkara. Isu-isu ini hanya sebahagian dari apa yang terus-terusan diperkata.  Akan datang, saya akan cuba menyentuh isu-isu ini dan mudah-mudahan ada idea tercurah waktu itu. InsyaAllah.


http://www.facebook.com/notes/nazri-aldusuni/selesa-/10150339477113786

 

Add comment


Security code
Refresh