Translate This Page

Siapa Online?
We have 28 guests online
Statistik Pelawat
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday531
mod_vvisit_counterAll days884190

We have: 28 guests online
Your IP: 54.224.76.106
 , 
Today: Apr 27, 2017

postheadericon JUJURLAH ?

Petang hari ini semalam , saya terjumpa makcik ini di pintu bank, terhoyong-hayang sambil mendekati setiap orang yang masuk dan keluar dari sebuah bank di kawasan Alam Mesra. Saya berada di kereta dan memerhatinya dari dalam. Kasihan dan simpati menguasai saya. Terdetik perasaan ingin membantu. Saya keluar. Belum sempat saya mendekatinya, dia gesa-gesa berjalan ke arah saya sambil mulutnya kumat kamit, bercakap. Saya, antara dengar dan tidak. Katanya, "pakcik, boleh bagi duit, duit saya tidak cukup beli beras." Saya tanya, "berapa tidak cukup?". "18 ringgit", jawab makcik. "Ok, makcik tunggu di sini, nanti saya cukupkan". Saya masuk ke bank, berurusan sekali gus membuat pengeluaran. Selesai urusan, saya keluar. Makcik itu masih terpaku di sisi bank. Sekali lagi saya dekati makcik sambil menghidupkan kamera hp. Saya fikir mahu merakam masalah makcik supaya ada pihak-pihak yang melihat dan mendengar suara hati makcik ini sekali gus mengambil tindakan wajar misalnya, membantu pendaftarannya ke pejabat kebajikan atau seumpamanya.

Wajah makcik inii berubah cemas selepas saya mula merakam. Reaksinya membuat saya sangsi dengan apa yang telah dikatakannya kepada saya. Ternyata, ketika saya ajukan beberapa lagi soalan, makcik ini tidak menjawab jujur. Akhirnya, saya dengan rasa sedikit kesal membuat kesimpulan; kalaulah dia bersikap jujur, pasti bekalan beras 2 bulan akan saya bekalkan kepadanya. Saya sendiri akan menjadi peminta untuknya daripada setiap orang yang keluar masuk di pintu bank. Melihat keadaan makcik ini, memang dia punya hak mendapat bahagian dari harta umat Islam tapi jawapan kepada beberapa soalan saya bagai berselindung dan saya tidak mampu mengubah jawapan-jawapan itu. Barangkali itulah jawapan yang masih beralas malu, takut dan sebagainya disebabkan keadaan yang hanya makcik itu yang tahu. Allahu a'lam.
Ini

kali kedua, saya cuba masuk dan mendengar suara hati fakir miskin dan saudara baru di kawasan bandar. Saya bukan ragukan kesusahan yang mereka alami tetapi biarlah kita adil dalam melihat dan menterjemah keadaan semua pihak, apalagi saya terlibat langsung dengan mereka. Saya sendiri tidak mahu berkongsi kisah mereka atas kebohongan. Kerana itu, saya cuba tampil membantu dan menunjuk cara terbaik dalam meminta bantuan berlandaskan kejujuran dan keimanan. Kita maklum, di zaman Nabi SAW, masjid menjadi sandaran dan tempat mengadu segala masalah. Di sini pengaduan langsung kepada Allah dibuat. Para sahabat yang kaya pula langsung akan melihat kesusahan mereka di sini. Hikmahnya, bukan sahaja orang kaya memberi bantuan kepada yang berhak bahkan mendapat tarbiah langsung atas kesabaran para fuqaro'. Jelas, kemiskinan mereka mampu merubah hati orang-orang kaya. Tapi, bila golongan miskin berbohong semata-mata meraih simpati, meskipun benar keadaannya miskin, maka cara ini akan memburukkan lagi pandangan orang.

Begitu, Allah tidak pernah menghalalkan cara yang bertentangan ajaran Islam, demi mencapai sesuatu.

 

 

postheadericon TSUNAMI UMNO KOTA MARUDU

 

UMNO Kota Marudu perlu mengalami proses pembersihan sebagaimana Pantai Acheh yang dibersihkan oleh Allah melalui ombak Tsunami. Demikianlah Kota Marudu, perwakilan perlu bersihkan habis-habisan bahagian ini. Kalau 2 x 5 juga, jangan harap muncul pemimpin bersih. Oleh itu, mesti ada kelompok UMNO Kota Marudu yang amar ma'ruf dan nahi mungkar semata-mata. Jika sudah ada, kenapa tidak berbuat? Dan, jika belum ada, wujudkanlah sekarang. Kalau memang tidak ada, wajib bagi individu berilmu untuk bangkit mengibar panji-panji kebenaran, bukannya hanya tahu meng'amin'!

 

postheadericon Biar Semua Tahu

Masa kita libatkan individu berjawatan ini ke program dakwah, beliau kamu baling dengan kata; "alahaiii... kenapalah orang yang tidak punya kelayakan ini dilibatkan?", dan kami, diam, tidak bodoh. Sekarang, ambil balik kata-kata kamu apabila kamu buat program dan libatkan orang sama, yang dulu kata kamu tidak punya kelayakan!

 

postheadericon Pegawai Khas Kaki Lima

http://dengaralquran.com/

https://www.facebook.com/nazri.aldusuni

Sesuai dengan peranan bank kepada masyarakat Islam, pusat zakat  mesti meninggalkan budaya menanti pemohon datang ke pejabat. Sebaliknya, adakanlah satu unit yang dikendalikan seorang pegawai khas kaki lima. Kerjanya hanya mengenalpasti para peminta sedekah, gelandangan yang merempat untuk disenaraikan sebagai asnaf tanpa mengira mereka itu berketua kampung atau tidak. Kita maklum sendiri ramai peminta sedekah dan gelandangan  terbiar tanpa pembelaan terancang. Kalau tidakpun, barangkali dapat diwujudkan bank tunai kepada mereka sekadar untuk menampung makan harian. Ini bertujuan menghindar mereka daripada melakukan kegiatan-kegiatan samun, ragut dan seumpamanya yang memudaratkan awam. Kepada mereka, wajibkan mengikuti kuliah-kuliah agama secara santai di mana-mana, misalnya sekitar taman bunga. Jika gagal hadir kuliah, hentikan saja pemberian tunai kepada mereka. Cadangan ini perlu kajian segera sebelum pihak lain berbuat. Idea pelaksanaan dan matlamatnya ada pada saya.

 

 

postheadericon Cina Islam

http://dengaralquran.com/

Semalam dan sebentar tadi, sekali lagi saya terajar lantas mendapat aliran pemikiran tentang saudara muslim dalam kalangan Cina. Persoalan mengapa kedudukan Cina Islam tidak begitu mendapat perhatian berbanding saudara Dusun Islam yang mampu mengaut perhatian sejak dulu. Lihat saja sejarah pengislaman Dusun di Sabah, merekalah suku ramai diislamkan. Pengalaman 2 malam berturut-turut membantu saudara berbangsa Cina membuatkan saya meletakkan keadaan mereka seperti berikut;

1. Masyarakat umum selalu menganggap orang Cina itu kaya walaupun sebenarnya ada juga dalam kalangan mereka yang miskin. Tanggapan seperti inilah yang menyebabkan perhatian kepada mereka kurang berbanding orang Dusun. Banyak manapun susah mereka hanya sedikit yang mengambil peduli walhal, mereka punya hak yang sama seperti saudara-saudara muslim baru yang lain.

2. Cina muslim tidak mempamerkan lambang atau syiar keislaman seperti bersongkok, berkopiah dan sebagainya berbanding Dusun muslim yang berani mempamerkan syiar di tengah-tengah masyarakat selain mudah bertutur Bahasa Melayu. Justeru itu, para Cina muslim khususnya yang tinggal di negeri Sabah mesti berani mempamerkan syiar agar kalangan umum mudah mengenal anda.