Translate This Page

Siapa Online?
We have 93 guests online
Statistik Pelawat
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday208
mod_vvisit_counterAll days882477

We have: 93 guests online
Your IP: 54.224.76.106
 , 
Today: Apr 23, 2017

postheadericon NGO Jangan ditunggang

 

Badan NGO berdaftar atau tidak harus prihatin tentang beberapa perkara melibatkan fungsi dan peranan pertubuhan itu sendiri khusus yang termaktub dalam undang-undang tubuhnya. Kita tidak pernah nafikan usaha badan NGO dalam memartabatkan Islam kerana berbukti, ia pernah berjaya. Namun, kita juga tidak nafikan ada NGO yang bersifat mencari untung semata-mata tidak kira berbentuk peribadi ataupun sebaliknya. Dalam waktu sama, kewujudan NGO kadangkala bersigat keAKUan hingga menafikan keberadaan pihak lain. Keadaan begini akhirnya menumbuhkan bibit-bibit pergeseran.  Tidak apa jika komen-komen  dan ulasan-ulasan tentang isu berkaitan dibuat demi manfaat dan kebaikan umum, pun dalam waktu sama, jalan penyelesaian atau cara menangani harus turut dikemukakan.

Sebagai contoh, isu penyalahgunaan wang masjid oleh pihak pentadbiran masjid terbabit misalnya, boleh ditegur oleh mana-mana NGO yang mengetahui isu tersebut sekali gus memberi jalan penyelesaian atau tindakan susulan sewajarnya kerana bukan semua jamaah setempat mampu dan berupaya menegur perkara seperti ini.

Sementara itu, mana-mana NGO yang jelas menjadi tunggangan pihak lain wajar kembali melihat fungsi dan peranan pertubuhan masing-masing, jangan sampai Islam itu dilihat menjijikkan oleh pihak orang bukan Islam ataupun orang Islam sendiri. Pihak ahli yang melihat kecurangan mana-mana NGO yang diahlihi sepatutnya tidak patuh membuta,bersekongkol dan membiarkan AMT terbabit tanpa teguran. Hanya saja kita cadangkan supaya pihak pelontar mengambil peluang berbincang langsung dengan pihak NGO yang dimaksudkan sekali gus menyatakan perkara-perkara berkaitan secara bertanggungjawab, bukan hanya dalam bentuk tulisan. Tidak mengapa kalau kita mengetahui perinci perkara-perkara berkaitan disertai saksi dan bukti jelas yang boleh kita sabitkan bila-bila masa dikehendaki.

Akhir sekali, saya antara yang terlibat puluhan tahun dalam gerakan Islam, juga antara individu yang sering melontar pandangan, pendapat, cadangan, teguran dan seumpamanya kepada NGO, jabatan agama, menteri hatta perdana menteri khususnya Pak Lah, saya lakukan tanpa gentar dan takut kerana apa yang saya suarakan bukan fitnah atau rapuan. Saya sertakan cadangan, jalan keluar yang patut. Ternyata ada antaranya yang telahpun dilaksanakan oleh pihak-pihak berkaitan cuma saja kredit tidak diberi terhadap idea tersebut. Untuk lebih perinci maksud saya, silalah layari blog pertama saya, Suara Mualaf Sabah atau web Suara Mualaf Sabah. Di sini boleh juga dapatkan rakaman-rakaman berbentuk youtube, kenyataan-kenyataan akhbar dan sebagainya. Keterlibatan saya melalui NGO berdaftar kini dengan mengemudikan Persatuan Pendakwah Islam Sabah.

 

postheadericon Dakwah Maya

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=717125398305520&set=a.539034292781299.124784.538151979536197&type=1&theater

Jika umat Islam bersatu dalam penyebaran dakwah, kita akan mampu menguasai informasi atas talian. Syaratnya, setiap muslim yang memiliki akaun FB bersiaga dan bertindak menjadi ejen dakwah bermula sekarang. Meskipun tidak berlatarbelakangkan agama, memadai jika setiap hari kita kongsikan tafsir ayat-ayat Qur'an, hadis-hadis sohih dan info-info baik serta islamik. Bayangkan jika pemilik FB dalam kalangan Islam seramai 5 juta (misalan), tentu persaat kita mampu mengimbangi info-info sedia ada. Sebagai muslim, kita wajib hentikan pos-pos yang melalaikan manusia apalagi pautan-pautan dan khabaran berbentuk fitnah dan seumpamanya. Ayuh sama-sama kita sedarkan diri kita tentang perkara ini. Ingat, setiap yang kita lakukan akan diadili di hadapan Allah subhanahu wata'ala.

 

postheadericon PENYAMUN TARBUS

Dua hari lalu. Saat dunia di ambang 2014 saya singgah bersolat Maghrib di masjid Ranau. Selesai solat saya bergegas kerana mahu mengambil 2 orang sahabat yang sedang menunggu. Belum sempat saya melangkah keluar, seorang Pak Imam meluru ke saya. Sambil beliau menepuk dahi, tersembur dari bibirnya, "benar-benar pelik, wang masjid ratusan ribu boleh lesap begitu sahaja". Saya jawab tanpa curiga, "semua AJK masjid perlu bertanggungjawab, Pak Imam".Saya bermaksud, hanya AJK masjid berkenaan saja yang boleh menjawab kebenarannya. Sepanjang jalan, kata-kata Pak Imam terus menganggu. Fikiran saya mula bermain dengan jawapan - jawapan andaian. Jika benar wang itu lesap, sudah tentu ia dipakai. Sudah tentu juga pihak pengerusi, bendahari dan setiausaha masjid turut maklum akan penggunaan wang tersebut. Jika dipakai untuk tujuan pelbagai, merekalah antara yang harus dipertanggungjawabkan kerana hanya mereka yang boleh mengeluarkan wang dari akaun.

Oleh itu, penggunaan wang juga perlulah dibentangkan beserta bil-bil berkaitan. Jika tidak, pasti keraguan akan timbul dan boleh dipersoalkan. Sama-sama kita tunggu penjelasan pihak mereka dan para jemaah masjid. Jika benar, maka sewajarnya semua AJK meletak jawatan dalam masa 24 jam. Wang itu wajib mereka bayar dengan apa cara sekalipun.

 

 

postheadericon Cadangan Kepada Pusat Zakat

http://dengaralquran.com/

Mendengar bacaan Qur'an beserta tafsir sebelum tidur. Sambil begitu, saya cuba pergunakan ruang yang ada untuk berfikir tentang dakwah. Pada saya, kalaupun saya tidak mampu mengadakan apa yang saya fikirkan, sekurang-kurangnya saya dapat mencurahkan idea yang barangkali boleh diadakan oleh orang lain atau dinilai untuk diperhalusi.

Saya terfikir, kereta jenazah yang disumbangkan oleh pusat zakat negara kita sangat bermakna dan perlu khususnya ketika berlaku kematian. Namun, kita lihat kereta - kereta ini lebih lama berehat menunggu kematian daripada dimanfaatkan dengan perkara-perkara lain yang melibatkan kebajikan umum. Kerana itu, selain menyediakan kereta jenazah, pusat zakat wajar memikirkan suatu bentuk sumbangan kenderaan yang manfaatnya lebih luas dan fleksibel misalnya kereta dakwah.

Selain masjid,pihak pusat zakat seyogialah mengenalpasti NGO - NGO Islam yang benar-benar bekerja sebelum menyediakan kereta dakwah untuk mereka. Kita yakin, dengan adanya kenderaan seperti ini banyak perkara akan selesai. Maka, cadangan saya, agar pihak pusat zakat menyumbangkan pula kereta dakwah. Janganlah kereta sumbangan asyik ber'parking' lama. Akhirnya rosak kerana tidak berjalan.

https://www.facebook.com/pendakwahsabah?fref=ts

 

 

postheadericon Tabung Rumah

 

" Saya bersama keluarga ini beberapa bulan lalu,  berkunjung dan melihat kehidupan mereka.  Keluarga ini tinggal di sebuah rumah bambu. Atap rumahnya bocor seperti dalam gambar.  Mulanya, saya abaikan kisah mereka untuk dikongsi  kerana khuatir akan perlanggaran akta.

Sekian lama, saya tidak mampu menanggung rasa dan membiarkan harian mereka sepanjang hujan dan musim tengkujuh berlalu  kebasahan dan kepayahan lantas merumitkan hari - hari mereka. Atas naluri, saya putuskan untuk membelakangi akta sekali gus mengajak para pembaca memanfaatkan diri masing-masing sekali gus berkongsi pahala membantu mereka". Nazri Aldusuni.

PPIS dengan ini melancarkan tabung membina 3 buah rumah untuk 3 buah keluarga yang hampir sama bahkan lebih daif dengan anggaran kos setiap rumah RM 35, 000 termasuk tambang bahan mentah dan upah tukang. Sumbangan boleh dimasukkan ke akaun Persatuan Pendakwah Islam Sabah.
Sebaik sumbangan dibuat, smskan butiran sumbangan ke mana-mana talian telefon berikut untuk rujukan kami. Seyogia juga  pihak penyumbang  menyimpan resit  transaksi bank anda untuk rujukan kedua-dua pihak.

1.019 8827449 ; Presiden PPIS
2. 013 5558848; Timbalan Presiden PPIS
3.019 5327293; Setiausaha PPIS

Mohon agar perkongsian ini dipanjangkan  di alam maya FB dan sebagainya. Sila sertai link PPIS untuk mendapat  informasi dan pencerahan perkara-perkara berkaitan.
Sumber;
https://www.facebook.com/media/set/?set=a.698198216864905.1073741879.538151979536197&type=1