Translate This Page

Siapa Online?
We have 89 guests online
Statistik Pelawat
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday203
mod_vvisit_counterAll days882472

We have: 89 guests online
Your IP: 54.224.76.106
 , 
Today: Apr 23, 2017

postheadericon Ustaz Palui

Semalam saya terkedu lantas terpanggil mengulas pos saudara Baintin Adun tentang  pengalaman beliau bertemu seorang ilmuwan bersuku Dusun berasal daripada Kota Marudu. Kemudian,  saya gelar dia Ustaz Palui dalam ulasan saya. Setakat kini, pos saudara Baintin sudah mengundang lebih kurang 33 dengan bermacam reaksi.  Bukan setakat itu, malahan ada dalam kalangan  yang bukan beragama Islam turut mengulas.berikut saya cetak papar semula pos saudara Baintin;

Baintin A. Halim Adun

8hb April

 

Salam 1Malaysia, alhamdulillah tadi tengah hari saya berpeluang bertemu semula seorang anak dusun bangsa kimaragang lulusan UIA kuala lumpur, beliau bertugas sebagai pendakwah bebas disamping menguruskan perniagaan nya, beliau berperwatakan ala-ala ulama, maklum saja beristerikan kerabat dari semananjung. peluang bertemu sebentar dgn secawan kopi, saya gunakan untuk mempersilakan beliau balik ke kota marudu atau pitas untuk membimbing saudara baru. Tahu apa jawabnya,cari saja org lain, kerana saya tidak layak mengajar anak murid jika bukan dalam bilik aircon dan dalam bangunan batu katanya, mendengar jawaban itu, saya pun diam, bayar itu minuman , bagi salam dan terus meninggalkan ulama palui itu.

Mujurlah bukan saya yang mendengar jawapan ustaz itu. Kalaupun beliau bersenda gurau dengan saudara Baintin, jawapan seperti itu amat memalukan bahkan menjatuhkan martabat beliau sebagai ilmuwan dalam masyarakat Dusun. Kisah ini menarik. Saya sendiri berminat berjumpa ustaz ini dan mahu mendengar ulangan jawapan yang diberi kepada saudara Baintin yang juga seorang saudara baru pada saya. Tahulah saya apa selayaknya buat ustaz ini. Dari kisah ini, kita mohon , kepada ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah agar usah beri alasan ketika anda dipelawa oleh mana-mana pihak untuk tujuan mengisi program ilmu.

 

postheadericon Minta Nasihat Wali Allah ?

Dahulu, kita sering berbangga dengan kemakmuran dan ketenteraman negara kita yang dihuni oleh penduduk pelbagai anutan dan kaum. Rasanya,  sekarang tidak lagi. Berikutan isu MH370 yang melanda negara kita, saya tetap ragu bahkan sangsi akan keterlibatan 26 negara yang turut serta mencari MH370 milik Malaysia. Secara logik, setiap negara yang menyertai misi udara, darat atau lautan di sini datang dengan peralatan canggih. Mereka telahpun tahu bahkan barangkali merakam apa saja pengalaman dan situasi mereka semasa berada di mana-mana sudut negara kita.

Andainya negara ini sebiji kek, negara kita telah dibahagi-bahagikan. Kalau ibarat layang-layang, talinya telah mereka pegang. Namun, kita masih beruntung kerana agama rasmi kita ialah Islam. Bermakna, kita ada kelebihan yang tiada pada mereka yakni Kalimah Syahadatain.Kita masih kuat dan terkuat berbanding mereka. Persoalannya, sejauh mana kalimah ini menunjang di setiap jiwa umat Islam di Malaysia? Setebal dan seberat mana pula ia meresap dalam roh dan tindakan kita sehingga apabila kita mengangkat tangan, ribuan malaikat menjadi penolong di saat getir?

Begitu, negara tercinta kita tidak sewenangnya dikekkan atau dilayang-layangkan oleh mereka. Oleh itu, setiap warga harus memikirkan bagaimana seharusnya kita berhadapan dengan perkara ini tanpa mengira jangka panjang atau pendek. Langkah-langkah yang perlu antaranya:-

1. Semua individu Islam wajib menyegerakan taubat. Bertaubat nasuhahlah. Mohon keampunan sungguh-sungguh atas kesalahan zahir dan batin kita kepada Allah dan Rasulullah SAW. Antaranya,  keraguan, menolak hukum-hakam Allah baik melalui hati, perbuatan ataupun percakapan. Setelah itu, amalkanlah segala suruhan Allah dan jauhi tegahannya.

2. Tarik segala pengharaman yang pernah disebut untuk diharamkan bukan kerana sifatnya yang memang haram tetapi kerana kepentingan politik dan seumpamanya.

3. Hidupkan masjid dan surau dengan berjemaah, zikir, selawat dan doa.

4. Hidupkan bacaan al-Qura'an 24 jam di masjid dan surau meski hanya MP3.

5. Gerak dakwah diaktifkan di seluruh pelusuk kampung dan bandar.

6.  Minta nasihat daripada para wali akan tindakan-tindakan selanjutnya.

7. Tegakkan undang-undang Islam .

Saya fikir, jika perkara-perkara di atas dijadikan amalan, bukan saja para wali Allah berpusu-pusu mendoakan bahkan malaikat -malaikat juga akan bergerombolan memayungi negara kita dari ancaman luar.

 

Sekadar lontaran.

 

postheadericon Minum Tapai

Acapkali kita lihat sikap dan perangai saudara baru di Sabah yang sukar berhenti dari kebiasaan mereka seperti minum tapai dan seumpamanya. Biasanya, keadaan ini kita lihat di majlis-majlis perkahwinan, pesta menuai hatta ketika kenduri kendara juga. Saya memikirkan perkara ini beberapa kali. Saya cuba mencari penawar tapi gagal. Namun, kita mungkin boleh mencuba beberapa perkara untuk 'menggertak'mereka. Walaupun ia bukanlah penawar, tapi barangkali membantu menghentikan ketagihan mereka iaitu;

1. Imam qaryah setempat, AJK surau dan JHEAINS perlu membuat pekeliling yang menyatakan bahawa mana-mana individu Islam yang didapati meminum minuman memabukkan serta melakukan perkara-perkara dilarang akan dikenakan denda melakukan kerja kebajikan dan dimasukkan ke pusat Syahadah.

2. Ustaz-ustaz hendaklah mengadakan pengisian tazkirah di rumah muslimin muslimat. Si Pelaku ditempatkan di sebelah kanan imam ketika tazkirah.

3. Tarik atau hentikan bantuan yang mereka terima selama ini. Ada beberapa perkara lagi sebenarnya yang boleh kita kenakan kepada mereka. Pokok pangkalnya, mereka tidak berhenti minum kerana kejahilan mereka (tiada ilmu Islam). Sebab itulah pendidikan merupakan keperluan buat mereka.

Sebagai penutup, sistem pendidikan seperti kelas kafa wajar dikaji semula mengikut tahap keperluan mereka. Barangkali, pihak JHEAINS, JAKIM dan YADIM harus meletakkan agenda ini ke mesyuarat untuk ditangani.

 

 

postheadericon DOA UNTUK MH307

 

Kehilangan MH370 meributkan negara bahkan seluruh dunia kini menumpukan perhatian kepada Malaysia. Kini, masuk hari ke-12 kehilangan pesawat MH370. Analisis demi analisis melibatkan pelbagai peralatan teknologi namun, sehingga saat ini keberhasilannya belum tercapai. Jelas, kecanggihan teknologi tidak dapat menjawab persoalan yang ada, bahkan bomoh sekalipun gagal mencapai hasil.

Apa yang boleh kita kongsikan melalui kemelut ini ialah tentang umat Islam yang secara tidak langsung terheret dalam beberapa perkara melibatkan aqidah. Perkara ini sepatutnya ditangani lebih awal agar pemikiran dan keyakinan umat Islam langsung kepada Allah dalam melihat kehilangan MH370 ini.

Janganlah disebabkan ujian ini, umat Islam menggadai iman bahkan berpecah sesama Islam sehingga punah perpaduan dan hilang keharmonian.

Ketika berhadapan saat genting sewajarnya kita menginsafi diri kita sebagai makhluk yang tidak punya apa-apa. Allahlah pemilik alam dan seisinya, maka kita kembalikan urusan diri kita kepada Allah tanpa bintik ragu. Namun, jika berlaku sebaliknya, segerakan taubat sebelum mati.

Mari sama-sama kita perbanyakkan munajat dan doa kepada saudara-saudara seislam yang terlibat agar iman mereka tetap teguh berhadapan situasi yang berlaku. Juga, hindari hati, pemikiran dan perbuatan kita daripada  perkara yang membatalkan akidah seperti berikut:-

1. meyakini dan mempercayai secara total bahawa peralatan canggih boleh membantu mencari MH370.

2. meyakini dan mempercayai bomoh berkuasa melihat MH370.

 

postheadericon DSP Masidi Manjun

https://www.facebook.com/pendakwahsabah

Setiap kali RTMS menerima kunjungan, soalan pertama ysng diterima ialah;sejak bila RTMS dibangunkan? Sumber dananya dari mana? Ada tidak, bantuan daripada pihak kerajaan?  Tanah tapak milik siapa? Untuk apa RTMS dibangunkan? Berikut jawapan kepada pihak yang bertanya:-

RTMS dibangunkan sejak Julai 2013. Dimulakan sebelum itu dengan usaha keluarga menambah kolam sedia ada dan membaiki rumah keluarga yang sudah senget. Atas kesepakatan keluarga yang digerakkan Nazri Abdullah, kos pembangunan permulaan ini ditanggung sepenuhnya oleh ahli-ahli keluarga. Penghujung Ogos 2013, barulah kita mendapat suntikan dana daripada penyumbang-penyumbang yang ingin bersama membangunkan program yang kita lakukan khusus untuk saudara-saudara baru di pedalaman Sabah. Sehingga hari ini, para penyumbang terus menyumbang dengan cara memasukkan sumbangan ke akaun PPIS, kemudian diurus pihak PPIS, tangan ke tangan . Sehingga hari ini, PPIS belum menerima sebarang bantuan daripada badan-badan kerajaan tetapi, in syaa Allah, PPIS bakal menerima peruntukan khas sebanyak RM 20, 000 daripada DSP Masidi Manjun sebagaimana beliau umumkan semasa pelancaran membangunkan surau RTMS sebelum ini.

RTMS dibangunkan kerana keperluan pihak saudara-saudara baru khususnya mereka yang tidak mempunyai kelayakan bertulis (sijil) untuk memasuki mana-mana tempat pengajian sedia ada di Sabah. Sementara, tanah tapak RTMS adalah milik pewakaf Encik Sualin bin Sai kepada PPIS dengan syarat terkandung dalam perjanjian bersama.

Harapan kita agar para muslim dan muslimah di luar sana, sudi datang ke lokasi yang sedang kita bangunkan ketika ini. Sama-samalah kita bangunkan pusat ini tanpa mengira fahaman politik atsu sempadan wilayah. Kepada yang ingin menyumbang peralatan, salurkan sumbangan anda secara terus ke alamat PPIS atau dengan menghubungi talian 019 8827449, manakala sebarang sumbangan kewangan, bolehlah disalurkan ke akaun PPIS.

Maybank - Persatuan Pendakwah Islam Sabah > 560269002818

Bank Islam - Persatuan Pendakwah Islam Sabah > 1001602096785-6