Translate This Page

Siapa Online?
We have 94 guests online
Statistik Pelawat
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday209
mod_vvisit_counterAll days882478

We have: 94 guests online
Your IP: 54.224.76.106
 , 
Today: Apr 23, 2017

postheadericon En. Malabu


Minggu lalu, saya mendapat panggilan telefon daripada keluarga saudara baru yang tinggal di Kampung Maliau, satu kawasan pedalaman dalam daerah Pitas,  Sabah. Pemanggil ini bernama Malabu. Beliau dan isterinya telah memeluk Islam pada 1 Januari 2014. Di kampung Maliau ini, hanya beliau dan isterinya saja yang beragama Islam dan memerlukan bantuan perumahan segera.

Dijadikan kisah, mereka suami isteri telah berpindah ke kawasan berhampiran pekan Pitas. Mereka mengambil keputusan  nekad begitu semata-mata mahu menghadiri kelas pengajian saudara baru yang diadakan di kawasan sekitar Pekan Pitas.  Oleh kerana kampung mereka jauh dari pekan maka mereka berdua menumpang tidur di rumah anak mereka yang belum memeluk Islam.

Kata saudara Malabu, beliau dan isteri sedang berusaha mengajak anak-anak mereka yang lain memeluk Islam. Namun, menurutnya, anak-anak mereka mahu melihat sejauh mana perubahan hidup ibu bapa mereka setelah memeluk Islam. Begitu,  kepedulian masyarakat Islam sekeliling yang difahami mereka langsung akan menjadi saudara-saudara seagama ibu bapa mereka. Memahami keadaan  dan persepsi anak-anak mereka, Malabu dan isteri merasakan bahawa mereka tidak akan bertahan tinggal di rumah anaknya justeru beliau bercadang mahu mendirikan tempat tinggal mereka suami isteri walaupun hanya sebuah pondok.

Bagi pihak saudara Malabu, PPIS mohon agar ada pihak yang dapat membantu keluarga ini membeli atap zink, paku dan papan.  Muslimin  muslimat yang ingin menziarahi mereka amatlah dialu-alukan dan PPIS bersedia menjadi perantaranya. Keluarga seperti  inilah yang menjadi fokus PPIS untuk ditempatkan di rumah keluarga RTMS. Menyedihkan kerana PPIS belum lagi  mendirikan rumah yang dimaksudkan kerana kekangan kewangan. Rancangan PPIS mahu membina 3 buah rumah kelamin.  Keluarga yang ditempatkan kelak akan mempelajari asas-asas Fardu Ain dan akan terus tinggal selama mana mereka belum dapat menguasainya. Para muslimin dan muslimat yang ingin mewakafkan rumah kelamin di RTMS bolehlah berbuat demikian dengan menghantar bahan-bahan binaan, peralatan binaan ataupun tukang binaan ke RTMS sementara tapak telahpun kita sediakan di sini.

https://www.facebook.com/pendakwahsabah

 

postheadericon Pengurusan Dakwah

 

Persoalan yang sering saya fikirkan dan tidak pernah padam dalam kotak fikiran  adalah perihal saudara baru dalam kalangan suku saya; Dusun. Justeru, saya tidak pernah jemu memperkatakannya di samping berbuat sekadar termampu. Sehingga kini, saya tidak pernah melayani sebarang rasa atau detikan KALAU SAYA ADA yang tidak habis-habis.

‘Kedegilan’ ini membuatkan sebarang carian berkaitan mualaf oleh para pembaca  di garisan maya terkait dengan saya ( menurut mereka). Tulisan saya mendominasi dalam carian,  sekali gus  berkait juga dengan Cahayafm serta Bacaan Qur’an 24jam berserta tafsir Bahasa Melayu . Kemudian, boleh ditemui juga tulisan pelbagai tema. Tumpahan fikiran itu biasanya  bersifat mengkritik, menegur, mencadang, tidak bersetuju, mendesak dan seumpamanya. Semua itu, bukan rekaan fikiran bahkan ia adalah cernaan pengalaman sepanjang saya berada di pentas dakwah. Meski  saya bukan pendakwah atau tokoh yang baik sebaik sahabat-sahabat saya di medan dakwah, tapi seperti yang selalu saya tegaskan, saya berkata dan berbuat kerana pengalaman lalu yang saya alami. Seboleh-bolehnya, saya tidak mahu pengalaman saya dialami semula  oleh saudara-saudara baru sekarang.

Catatan saya kali ini berkisar pengurusan dakwah di Sabah yang masih gagal meskipun kita lihat ada usaha gigih banyak pihak, sama ada disokong pihak kerajaan ataupun sebaliknya. Buktinya, dakwah yang kita lihat masih membelakangkan pendidikan yang bersifat  memberi kefahaman, keyakinan dan pengamalan. Kita tidak nafikan, wujud kelas berkelompok saudara baru berbentuk mingguan di beberapa tempat tetapi ia belum berjaya melahirkan pelajar bertahap mukmin yang mengamalkan apa yang mereka pelajari, yakni  mampu bersolat 5 waktu, berpuasa serta melakukan perkara-perkara rukun Islam dengan baik. Kita tidak akan gembira hanya sekadar melihat mereka bertudung tetapi masih tidak melaksanakan solat 5 waktu, misalnya. Inilah yang kita kerapkali saksikan, bahkan guru-guru terlibat juga mengetahui hal ini.

Barangkali wajar jika sukatan pelajaran yang kita hidangkan kepada mereka diperhalusi semula. Misalnya, bagi saudara yang baru seminggu atau sebulan hatta setahun bergelar saudara baru, kemudian tidak pernah bersekolah dan langsung tidak mengetahui asas Islam, tiba-tiba diajarkan dengan huruf-huruf Jawi atau Hijaiyyah bermula Alif sampai Ya’ ( Buku Iqra ). Begitu, jangan sampai dalam kalangan mereka menganggap Islam ini adalah Alif-Alif yang membingungkan. Atau, peringkat pra lagi, dihidangkan perihal Syurga dan Neraka. Meski, itu semua benar. Ya, benar ada dalam ajaran Islam.

 

 

postheadericon Persaingan

https://www.facebook.com/notes/persatuan-pendakwah-islam-sabah/persaingan/780259425325450

 

Persaingansyiar antara Islam dan Kristian telah lama berlaku di muka bumi. Begitu, dibumi Sabah. Terkini, mukim Malinsau juga menjadi fokus pihak Kristian selepas PPIS menumpukan mukim ini untuk pembangunan rohani dan jasmani para saudara baru sekali gus membuka 4 kelas dan membina 2 buah surau;konkrit dan bambu di dua buah kampung. Selain itu, kita turut mengadakan program korban,pengislaman, mewujudkan grup dakwah bermotor di samping membawa masuk  beberapa kumpulan daripada Kuala Lumpur untuk sama-sama menziarahi masyarakat di sini. Itupun, apa yang kita lakukan sekadar dengan motor  terpakai, pakaian terpakai, pemberian buku Fardhu Ain, buku panduan solat, telekung dan sejadah. Sementara fokus utama kita untuk mukim ini ialah membangunkan sebuah sekolah agama di salah satu kawasan mukim.

 

Semalam,pihak Kristian telah mengadakan program khidmat pemeriksaan kesihatan dan perubatan percuma kepada semua lapisan masyarakat bertempat di Gereja Kg. Sumbilingon.Kumpulan yang membawa seorang doktor itu datang daripada Kuala Lumpur dan disambut meriah dengan paluan gong. Kita yakin, selepas ini akan datang kumpulan demi kumpulan ke mukim ini beserta pelbagai khidmat yang akan mereka tawarkan.

 

Ayuh,muslimin muslimat, kita rebut peluang ini untuk memperkasakan dakwah kita. Ayuh kita berganding tangan, mengorbankan masa juga sedikit harta dan wang ringgit.Datanglah untuk membantu kerja-kerja kecil kami. Kita percaya, jika kita berdiam dan tidak berbuat, mereka pasti terus bekerja. Sedang apa yang kitabuat sekarang, belumpun sampai sebahagian tumpuan kita untuk para saudara barudi Sabah.

 

 

 

postheadericon Membina Surau

https://www.facebook.com/pendakwahsabah

Kg. Limpasan, Ranau. Perjalanan pergi dan balik daripada RTMS memakan masa lebih kurang 5 jam dengan pemamduan gear 1 dan 2 sepanjang ke kampung ini. Jumlah penduduk Islam di kampung i ni sekitar 100 orang dewasa dan kanak-kanak dan tidak mempunyai surau. Tapak binaan surau telahpun kita bersihkan 7 tuk tujuan ini. Kita turut bekalkan sejumlah minyak untuk mesin pemotong kayu. Keluasan surau yang dirancang untuk dibina di tapak ini seluas 20 x 20 dan akan dibuat secara gotong royong. Anggaran kos binaan termasuk pembelian tenaga solar ialah RM15, 000. Sebagai langkah permulaan, kita telah salurkan RM1, 000 di sini. Muslimin muslimat yang mahu melihat kampung ini beserta tapak binaan dialu-alukan bersama PPIS datang ke sini.

 

http://dengaralquran.com/

Maybank Persatuan Pendakwah Islam Sabah > 560269002818
Bank Islam Persatuan Pendakwah Islam Sabah > 1001602096785-6

 

postheadericon Persatuan Pendakwah Islam Sabah

https://www.facebook.com/pendakwahsabah

Proses pembangunan infrastruktur RTMS seterusnya ialah pembinaan asrama lelaki dan wanita. Surau pula dijangka siap sepenuhnya pada pertengahan April ini manakala mini dewan merangkap ruang pembelajaran dijangka siap pada pertengahan bulan Mei.