Translate This Page

Siapa Online?
We have 91 guests online
Statistik Pelawat
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday205
mod_vvisit_counterAll days882474

We have: 91 guests online
Your IP: 54.224.76.106
 , 
Today: Apr 23, 2017

postheadericon Dosa Pihak Mujahidin?

Assalamualaikum. Selamat berpuasa dan beribadah di bulan barokah ini. Mudah-mudahan terbit rasa insaf dan syukur dalam diri kita lantaran sekali lagi kita terpilih melaksanakan ibadah di bulan Ramadhan yang datangnya hanya sekali dalam setahun.

Ayuh kita luangkan masa untuk berfikir sejenak. Dalam waktu itu, gunakan akal yang disertai rasional dan adil kita untuk mencari kemunasabahan di sebalik lontaran ini.

Ketika ini, umat Islam sedang berdepan dengan pelbagai kemelut. Ada yang dihalau daripada kampung halaman,  tempat tinggal mereka dibakar,  harta dirampas, ditembak ketika solat bahkan disembelih hidup-hidup. Semua ini tidak berlaku di depan kita.  Sebab itu, barangkali ada di antara kita yang mungkin tidak sedar peristiwa buruk ini sedang bermaharajalela  di alam manusia; makhluk yang dicipta dengan akal fikiran.

Ekoran kejadian-kejadian yang sangat melanggar hak kemanusiaan ini, bangkitlah para pembela agama, maruah dan hak mereka daripada terus  diratah sesuka nafsu oleh pihak-pihak penghancur. Namun, perkara paling pelik dan tidak masuk akal,  mereka yang bangkit ini dicop dan disebarluas media sebagai pengganas, pemberontak, pengkhianat, militan dan bermacam kosa kata yang  menggambarkan keganasan dan keburukan. Lebih dahsyat apabila mereka diberi ugutan buruan hingga ke lubang cacing; sampai begini sekali gamak mereka. Di pihak pembunuh, pemerkosa, penyembelih sebenar dibiar bebas, malahan diberi pingat wira dan superhero pelindung, penyelamat dan macam-macam istilah; sangat songsang dari sifat sebenar makhluk perosak.

 

Sekarang, tolong jawab; apa perbuatan salah dan dosa pihak mujahidin? Antara kita,  ramai kecewa lantaran gelaran tidak sepatutnya terhadap mereka yang berjuang mempertahankan hak agama, tanah air dan maruah mereka. Media kita dan orang Islam, kalaupun  kita tidak gagah menyatakan kebenaran, sila berdiam dan berhenti menjadi Pak Turut. Jangan kita jadi pembantu para kafir!

 

 

 

postheadericon Persatuan Pendakwah Islam Sabah

 

https://www.facebook.com/notes/persatuan-pendakwah-islam-sabah/kepada-fans-laman-ppis/812592575425468

 

Memandangkan mini dewan merangkap ruang pembelajaran telah siap seadanya,tumpuan kami kini adalah mengumpul dana bagi memulakan pembinaan asrama lelaki dan wanita. Mengikut perancangan, asrama yang akan dibina adalah asrama konkrit dan bertingkat. Bagaimanapun, pelan ruangnya mematuhi standard syariat. Kami mohon kepada fans laman PPIS untuk mengongsikan pos ini kepada rakan-rakan FB masing-masing. Sesungguhnya ini sahaja cara yang mampu kami ikhtiarkan sekarang kerana kami belum mampu untuk mengadakan roadshow dari masjid ke masjid sebagaimana biasa dilakukan oleh NGO lain. Mohon sangat agar info ini dikongsi dari rakan ke rakan.

 

Terima kasih.

 

postheadericon Semakin Senja

 

https://www.facebook.com/notes/nazri-aldusuni/semakin-senja/577842149003101

 

Masuknya waktu solat Maghrib hari kelmarin, lembaran lama kita telah diangkat dan diganti dengan buku baru. Jika lembaran yang diangkat itu dipenuhi banyak kebaikan, maka beruntunglah dan jika sebaliknya kejahatan yang banyak, maka, usah lagi berlengah, segeralah bertaubat dan taat perintah Allah.

 

Saat ini, mari kita mulakan pembelian saham-saham akhirat kita. Jika sudah berbuat, tambahkan lagi. Bidang ini, terlalu banyak dan luas. Kita boleh saja membuatnya tanpa membayar dengan harga mahal. Cukuplah berbuat baik kepada sesama manusia serta taat kepada perintah Allah. Ia bukan seperti pembelian saham di papan-papan utama atau seperti kegiatan memperbanyakkan rangkaian supaya tercapai target menjadi jutawan.

 

Ringkasnya, inilah perniagaan dan pelaburan paling mudah disertai tanpa mengira kita kaya atau miskin. Mudah mudahan catatan buku baru kita akan lebih baik berbanding buku-buku sebelum ini.

 

Saya ingatkan diri saya dan para pembaca yang sudi membaca catatan maya ini agar percepatkanlah langkah kembali kepada Allah. Usah lagi kata "tunggu dulu", "nantilah", "esok saya berbuat" dan yang seumpamany, kerana belum pasti esok kita masih hidup atau tidak. Jika hidup, itu petanda Allah beri kita peluang untuk kembali kepadaNya.

 

Telah banyak usaha kita buat untuk berjaya dalam hidup. Begitu, janji demi janji kita ungkap. Hasilnya? Masih tidak terselesai. Bukankah lebih baik usaha dan taat kepada Allah seiring daripada usaha tetapi derhaka kepada Allah? Ingatlah,"alhamdulillah" atau berbuat baik semata-mata tidak cukup tanpa solat. Kerana, solat adalah amalan pertama dinilai Allah, kemudian barulah yang lain.

 

Ingatan untukku yang semakin senja.

 

 

 

postheadericon IDEA Dakwah

 

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.

(A-li'Imraan 3:104)

 

Saat ini umat Islam sedang menanti kedatangan Ramadhan. Sampainya hanya berbaki belas hari lagi. Bagi Pencinta Allah, Ramadhan ditunggu bagaikan menanti pasangan pengantin yang bakal disatukan di pelaminan. Saat menghitung hari tika ini, terasa lama. Sementara para pemikir duniawi, mereka juga tidak sabar menanti bazaar Ramadhan untuk mereka pamerkan juadah terkini sekali gus meraih keuntungan. Para peniaga gedung, bahkan telah bersiaga setahun lalu dengan pelbagai tawaran dan potongan harga atas jualan mereka. Bukankah, kita juga turut bersedia menyambut Ramadhan mengikut persepsi masing-masing?


Alangkah baik jika penantian dan persiapan yang melonjak-lonjak ini sama dengan persiapan kita menghadapi kematian. Lalu, kita ghairah dan cermat memperkemaskan ibadah kita, mengharap redha Allah, agar tenang ketika menyambut malaikat maut mencabut nafas kita. Tika itu, tanpa sertaan takut, kerana kita telah bersiaga menghadapi kematian. Hanya menanti pulang ke negara abadi.


Justeru, kita sangat mahu melihat Ramadhan kali ini, bukan saja diwarnai juadah pelbagai di setiap bazaar, bahkan kita ingin supaya peniaga-peniaga Islam khasnya tidak meninggalkan solat atas alasan tiada tempat yang sesuai. Oleh itu, kita cadangkan supaya JHEAINS, JAKIM, YADIM,USIA serta badan-badan NGO yang kaya raya menyediakan khemah solat atau apa saja struktur yang sesuai berserta ruang wuduk di setiap bazaar Ramadhan untuk dimanfaatkan. Bahkan, seyogia jika pada hari tertentu, ditempatkan ustaz-ustaz di khemah ini untuk memberi tazkirah tentang tajuk-tajuk berkaitan.


Pemikiran ini barangkali canggung, tapi bukankah dakwah itu tiada sempadan?

 

postheadericon ARTIS

Mutakhir ini, kelahiran segmen hiburan realiti melibatkan sistem pesanan ringkas semakin berleluasa. Tidak cukup dengan itu, tanah air kita dipanaskan dengan tingkahlaku beberapa artis kelahiran pentas realiti ini yang agak bertentangan dengan budaya ketimuran seperti terlibat dengan peragaan pakaian menjolok mata, berpakaian ketat dan berseluar pendek.

Meskipun artis ini bukan penganut Islam tetapi, pihak penganjur sepatutnya meletakkan garis panduan atau syarat kesopanan bagi artis-artis ini supaya mereka tidak sewenangnya berpakaian mengikut nafsu mereka. Jika tidak, seyogialah artis terlibat tidak diberi tempat dalam mana-mana majlis keraian apalagi dalam majlis-majlis anjuran kerajaan.

Sekiranya perkara ini dibiarkan tanpa tindakan, kita sebagai orang awam, jangan terkejut atau tersentak jika anak-anak remaja kita turut terpengaruh dengan budaya tidak senonoh ini.