Translate This Page

Siapa Online?
We have 5 guests online
Statistik Pelawat
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday469
mod_vvisit_counterAll days924366

We have: 4 guests, 1 bots online
Your IP: 54.224.202.184
 , 
Today: Sep 25, 2017

postheadericon Bicara Mualaf

 

Pertubuhan Perhimpunan Mualaf Sabah secara rasmi menjadikan Cahayafm sebagai penyiar rasmi aktiviti-aktiviti dakwah pertubuhan ini. Segmen Bicara Mualaf yang memberi fokus para mualaf di Sabah adalah antara segmen yang bakal dimuatkan langsung ke TV Cahayafm.

Rakaman segmen akan diadakan di ruang studio pertubuhan ini bertempat di Kota Kinabalu bermula Julai depan. Segmen seumpama ini merupakan yang pertama di Sabah dan kami amat mengalu-alukan sebarang cadangan berkaitan segmen daripada para pendengar. Silalah ikuti info-info Cahayafm seterusnya dari kami.

 

 

 

postheadericon Murtad

 

 

Isu murtad bukan baru dalam dunia Islam. Ia berlaku sejak zaman kenabian dan para sahabat kemudian berterusan hingga kini. Dalam al-Quraan, golongan ini telah disebut. Begitu juga ancaman bagi mereka turut disebut dalam al-Quraan. Pun semua itu disebut dalam al-Quraan, ia bukanlah bermakna umat Islam terus berdiam tanpa berusaha menangani isu ini. Hakikatnya, golongan ini adalah antara golongan yang wajib kita dekati melalui dakwah dan tarbiah.

Siapa Murtad ?
Mereka yang keluar dari Islam secara nyata atau secara sembunyi sama ada melalui perbuatan atau keyakinan ( Rujuk-http://fieleo88.blogspot.com/2009/02/bahaya-murtad-keluar-dari-islam.html ) 

Kenapa Murtad ?
Pemurtadan berlaku kerana sebab-sebab KEJAHILAN. Inilah punca utama seseorang itu murtad. Perkara-perkara lain seperti penceraian, kemiskinan, penawaran, perkahwinan, politik dan dakwah hanyalah pengiring kepada kejahilan. Akhir-akhir ini, isu murtad bukan sahaja terfokus pada mualaf tapi turut menyelubung mereka yang lahir dari keluarga Islam asal. Bukan itu saja, pemurtadan yang menjadi-jadi dengan pengakuan terbuka mereka dalam media diiring senyuman dan hujah-hujah beserta ketenangan dan kedamaian yang kononnya mereka perolehi setelah menukar agama mula berleluasa dan umum mengetahuinya. Kemudian, timbullah kasihan, marah, tercabar dan macam-macam rasa yang menjadikan dunia Islam keseluruhannya tertampar dengan isu ini. Pelbagai ulasan dan pendapat di semua peringkat termasuk kerajaan, tokoh-tokoh ilmuwan, pendakwah, jabatan-jabatan agama, NGO dan orang perseorangan Islam turut memperkatakannya sehingga akhirnya, timbul perundangan atau enakmen untuk mereka. Walaupun gubalan yang dibuat kesemuanya merujuk pada undang-undang asal, yang jelas isu murtad ini terus saja berlaku dan berpanjangan tanpa titik.

Siapa Penyumbang Pemurtadan ?
Barangkali persoalan ini agak sensitif dan tidak ramai yang mahu memperkatakannya kerana ia melibatkan individu Islam itu sendiri ; pihak kerajaan, jabatan-jabatan agama, ustaz dan ustazah, para pendakwah, NGO dan orang-perseorangan Islam. Kita harus terima kenyataan ini dengan hati yang terbuka. Pengislaman beramai-ramai di Sabah oleh pihak kerajaan terdahulu ( USNO & BERJAYA )umpamanya , dibaliki kepentingan politik. Pada sisi lain, ia sangat baik untuk dunia Islam kerana dengan pengislaman tersebut, Sabah akhirnya menjadikan Islam sebagai agama rasmi negeri ini berdasarkan bilangan penganutnya. Namun, buruknya terlihat apabila pihak-pihak berkaitan gagal melakukan pengisian ilmu di kalangan mualaf selepas itu sehingga menyebabkan mereka yang diislamkan akhirnya kembali kepada agama asal mereka. Bukankah senario ini jelas menunjukkan pihak-pihak sumbangan pihak-pihak atasan kepada pemurtadan? Pihak jabatan agama pula, bila diajukan tentang peranan dan soalan-soalan berkaitan hal ini akan menunjuk jari pada pihak atasan selain beralasan tiada peruntukan untuk membangunkan pusat-pusat pendidikan. Sejarah ini tidak mungkin terpadam dalam lipatan sejarah. Harus sentiasa kita membacanya untuk dijadikan ingatan dan jika dapat, dibuat penyelidikan dan kajian agar kesucian Islam dapat diluruskan semula. Usah sampai Islam yang menyeluruh dan lengkap ajarannya untuk semua manusia ini hanya dilihat sebagai satu agama politik sehingga wujud istilah-istilah dan sinoniman dangkal tentangnya di kalangan individu-indivdu yang salah faham seperti ; Islam USNO dan Islam BERJAYA.

Penyumbang lain pemurtadan adalah persaingan dan perebutan antara Islam dan bukan Islam dalam usaha penyebaran dakwah dengan cara pelbagai. Pihak Kristian misalnya menawarkan perkahwinan , kewangan dan sokongan kepada sasaran mereka. Biasanya golongan Islam yang menjadi sasaran agen-agen pemurtadan adalah golongan-golongan fakir miskin terbiar, janda-janda, dan anak-anak gadis. Perlakuan mereka dirancang rapi. Ini bukan kisah atau cerita rekaan tetapi telah dan terang-terangan mereka lakukan. Ia berlaku di serata tempat di Sabah. Golongan fakir miskin mereka dekati dengan huluran bantuan pada awalnya, kemudian hujungnya adalah ajakan ( untuk mendapatkan berita perkara ini sila masuk di blog ' suara mualaf sabah ' ). Sekian lama perkara ini telah saya tulis.

Bagaimana Menyelesainya?
Setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati. Ayat ini tidak asing bagi kita. Kemudian, kita diajari Rasulullah dengan hadis baginda yang bermaksud “sampaikan dariku walau satu ayat”- Riwayat Ahmad, Bukhari dan Tarmizi. Ertinya, jalan dakwah yang diajar Nabi adalah jalan terbaik mengatasi pemurtadan. Di zaman ini, jalan ini dakwah harus disokong dengan proses tarbiah dan penyebaran ilmu secara terancang dan berterusan oleh semua pihak pelbagai peringkat; kerajaan, jabatan agama, NGO dan orang perseorangan tanpa terikat dengan jadual, masa, tempat dan kewangan. Kesemuanya ‘boleh’ bila disepadukan dan dilaksanakan seluruh negara . Buanglah sentimen politik, perkauman, pangkat dan jawatan serta yang seumpamanya semata-mata mahu melihat usaha dakwah ini berterusan dan berkesan tanpa noda ‘pengelompokan’. 

Selainnya, mendirikan pusat ilmu dan pengajian di setiap masjid dan surau bermula peringkat kanak-kanak sehingga dewasa seperti membangunkan tadika untuk kanak-kanak, membuka kelas Fardu Ain dan Kelas Dewasa. Tidak cukup dengan masjid dan surau, optimumkan saja pengajian ilmu ini ke balairaya-balairaya, rumah-rumah ketua kampung dan sebagainya. Berikanlah penawaran kepada para pelajar mengikut ketetapan seperti menaja mereka menunaikan UMRAH & HAJI sebagai tarbiah kemuncak selepas mereka memahami dan mendalami ilmu-ilmu Islam yang fardhu agar batin dan rohani mereka akan berasa langsung tarbiah Allah ketika berada di Mekah dan Madinah.

Beberapa cadangan ulangan yang juga pernah SMS cadangkan ke pihak-pihak berkaitan sebelum ini bagi mengimarahkan aktiviti dakwah termasuklah;
1. Pembiayaan perkahwinan bagi mereka yang tidak berkemampuan. Ini juga adalah jalan dakwah. Apalah erti jutaan duit zakat jika tidak dihabiskan kepada golongan ini.

2. Para imam dan bilal termasuk imam-imam kampung yang tidak bertauliah tetapi berkemampuan melakukan kerja dakwah wajar disediakan motor sebagai kenderaan untuk mereka bergerak dari satu tempat ke satu tempat sekali gus mendampingi masyarakat. Imam-imam kampung yang tidak bersijil dimantapkan ilmu mereka dengan cara memberi ruang dan peluang untuk mereka mengikuti kursus-kursus berkaitan.

Untuk lebih lanjut sila lawati blog Suara Mualaf Sabah kerana perkara ini telahpun beberapa kali ditulis. Cadangan penyelesaian isu murtad serta cara menanganinya, ada.

 

 

postheadericon Mualaf Pru 13

 

 

Jika pilihan raya sebelum ini para mualaf hanya mengikut telunjuk para calon dan mengakuri janji2 mereka tidak kira pihak kerajaan atau pembangkang, kini sampai waktunya kita bersatu dalam membuat pilihan. Mungkin ada antara kita bertanya, kenapa perlu bersatu dalam memilih calon dan parti? Apa untungnya jika kita bersatu sedangkan kita hanya sedikit dan tidak mungkin kita boleh mencetuskan perubahan. Benar, kelompok kita sedikit dan bertaburan di setiap negeri dan daerah.
Namun, jangan lupa bahawa yang sedikit ini boleh menentukan calon dan arah perjuangan serta mampu mengalahkan ribuan lawan. Andai kekalahan dan kemenangan calon hanya dijarakkan dengan 1, 2 atau 3 undi, tentu kitalah orang tersebut.

Oleh itu, mari kita pukul semangat dan rapatkan kesatuan antara kita walau di mana kita berada. Ingat, telah beberapa kali kita suarakan perihal kealpaan mereka untuk membangunkan pendidikan mualaf yang selama ini kita suarakan, namun sehingga kini kita masih lagi terkapai-kapai menanggung kejahilan malah suara2 kita tidak mereka dengar.

Wakil dari pihak kita wajar ada, sebagaimana pihak OKU, Orang Asli, para artis dan kelompok2 lain dalam masyarakat. Kerajaan mengangkat dari kalangan mereka senator yang dilihat sangat perlu bagi kelompok mereka. Kelompok kita malahan lebih utama berbanding mereka jika dilihat dari sudut keberuntungan umum Islam sebenarnya. Oleh itu, sebagai permulaan ayuh kita satukan keputusan kita pada PRU kali ke 13 ini yang bila2 saja akan diumum mengikut pemerhatian kita.

Mari buktikan bahawa kita mampu mengubah senario politik biarpun kita hanya kelompok kecil. Ketika gendang rakyat dipulangkan, sila jangan offkan hp atau laman2 maya antara kita kerana ia berguna sebagai alat perkhabaran dan mesyuarat maya untuk kita tetapkan siapa di antara mereka yang layak kita jadikan wakil rakyat bagi kita keseluruhannya. Bersedialah!

 

 

postheadericon PMS Bersama Cahayafm

 

Alhamdulillah, wawancara al Hijrah bersama Cahayafm yang siarannya dapat diikuti pada 1 Jun 2011 dalam segmen berita jam 8.00 selesai petang tadi, sejurus sebelum rombongan bertolak ke Kota Marudu. Bersama Presiden Pertubuhan Perhimpunan Mualaf Sabah, Janathan Kandok agak panjang juga waktu yang kami ambil untuk rakaman isu mualaf di daerah ini kerana kira-kira jam 1.20 pagi tadi barulah kaki ini menjejak lantai rumah di Kota Kinabalu.

Sebagai makluman, Cahayafm dan PMS merupakan rakan kerjasama secara langsung dalam menyuarakan permasalahan mualaf di Sabah. InsyaAllah, satu dokumentari khas bakal diajukan ke pihak tv al Hijrah selepas ini, sementara program masuk kampung juga akan menyusul. Dalam program ini nanti, suara2 mualaf akan dirakam dan di’youtube’kan.

 

 

postheadericon Pengundi N5 Tandek dan MP Bandau.

 



Dia hanya dapat mempamerkan senyuman tawar dan sekali sekala bercakap. Selebihnya, hanya tangisan yang menyambut ketika saya bertanyakan hal-hal kebajikan dan batang tubuh pemimpin yang datang menjejak kaki ke rumah beliau. Dua tahun terlantar bukanlah masa yang singkat bagi seorang tua lumpuh dan berusia.

Majain Majun, 60 tahun, tinggal di perkampungan air sempadan Kota Marudu-Pitas , menanti belas ihsan isteri dan anak-anak mengurus hidup sehariannya. Melihat wajahnya yang terlantar di katil usang menghadap lautan ditemani dinding bambu dan susunan papan buruk yang dipungut dari hanyutan ombak, seolah-olah melihat derita dan kerisauan yang saban waktu menghampiri beliau dan keluarganya setiap kali ombas besar menghempas tiang rumah beliau. Keluarga ini mengharapkan agar ada insan lain yang sudi berkongsi puisi ombak kemiskinan dan tangisan di rumah ini.

Petang 21 Mei 2011 , dengan izin Allah saya ke kampung ini. Ternyata ada suara derita seorang nelayan yang kini lumpuh dan hanya bersandarkan RM300 dari kebajikan untuk menampung keperluan hidupnya. Namun, menurut isteri yang mencari rezeki dengan menjahit, sudah dua bulan bantuan tersebut tidak diterima. Sebabnya? Tiada jawapan atau makluman dari pihak berwajib tentang hal ini.


Kampung ini telahpun mereka terokai melebihi 30 tahun. Rata-rata penduduk memilih tinggal di sini kerana ketiadaan tanah di samping berharap anak-anak mudah ke sekolah . Alasan lain, mereka hampir dengan perhubungan jalanraya. Namun, keperluan ini terpaksa mereka bayar dengan hidup tanpa kemudahan air, tanpa sistem tandas yang baik malah dikelilingi longgokan sampah kerana kawasan mereka yang paling hampir dengan jalan utama ini tidak pernah dikunjungi MDKM, pun tidak pernah diberi tempat khas pelupusan sampah meski pernah disuarakan mereka. Mereka bukan tidak pernah berusaha menjaga kawasan bahkan sebelum ini pernah mengadakan gotong royong pembersihan berjadual tetapi terhenti disebabkan ketidaksefahaman dan ketiadaan sokongan pihak-pihak berkait. Pun begitu, antara mereka masih ada yang konsisten mengumpul bertong-tong sampah sebelum dibakar. Namun, sampai bila?

Apa yang jelas, mereka juga anak jati Sabah, bukan orang asing. Mereka pengundi berdaftar bagi kawasaan N.5 Tandek di bawah YB.Anita Baranting sebagai ADUN dan Dr. Maximus Ongkili sebagai MP. Suara mereka adalah hak mereka . Mungkin gambar ini boleh berinteraksi sendiri dengan pembaca. Kita mengharapkan agar pihak YB dan MP datang melihat sendiri keadaan ini dan mendengar suara hati mereka.


Kedatangan saya ke kampung ini asalnya hanya menemani isteri namun, aduan dan rintihan penduduk menghujani kehadiran saya termasuklah masalah air, tandas, rumah dan macam-macam. Saya bukan orang yang layak bahkan saya malu mendengar suara dan keluhan mereka kerana saya tidak punya kuasa mengadakan apalagi meluluskan tuntutan mereka. Saya hanya mampu menjadi pendengar dan insyaAllah jambatan untuk mereka.