Translate This Page

Siapa Online?
We have 8 guests online
Statistik Pelawat
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday27
mod_vvisit_counterAll days940686

We have: 8 guests online
Your IP: 54.196.47.128
 , 
Today: Nov 20, 2017

postheadericon Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan

19 Ogos 2011, JUMAAT, Ranau : Pagi tadi, Pakcik Monon @ Ahmad Shukri menghubungi saya dan memaklumkan tentang perkembangan terkini program pada 22 Ogos 2011. Di awal perancangan, program ini dijadualkan menghimpun saudara2 baru, ibu2 tunggal, fakir miskin dan warga emas di samping pengislaman 9 orang bakal saudara seislam bertempat di surau Solimpodon . Gerakan kerja program ini berdasarkan ahli jawatan kuasa yang telah dibentuk. SUARA MUALAF SABAH dalam hal ini, cuba sedayanya menghubungi pihak-pihak berkaitan dan memberi jalan-jalan pengurusan kepada pakcik ini sebagaimana telah kita lakukan pada tahun-tahun sebelum ini.

Nazri Abdullah, Pengurus Suara Mualaf Sabah

Berurusan bersama orang seusia pakcik Monon@Ahmad Shukri memberikan saya banyak pelajaran yang tidak mungkin saya timba dari mana-mana buku. Tanpa mengenal penat lelah, beliau ke sana ke mari berjumpa dengan pihak-pihak berkaitan memohon kebajikan dan bantuan bukan untuk dirinya tetapi untuk orang-orang yang berada di kawasannya. Semuanya atas dasar tanggungjawab beliau sebagai seorang muslim. Beliau sebelum ini telah beberapa kali turun ke Kota Kinabalu untuk berurusan dengan JAKIM. Harapan beliau agar bantuan-bantuan sewajarnya akan disumbang kepada pihak-pihak di kawasan beliau yang seharusnya menerima bantuan. Agak mengecewakan kerana di akhir pertemuan, pihak JAKIM hanya dapat menyediakan kelengkapan solat untuk 22 orang peserta ; saudara-saudara baru, dan juga untuk 9 orang yang bakal masuk Islam. Selebihnya, pihak JAKIM tidak dapat menyediakan kelengkapan ini atas dasar pengamatan mereka.

YB Datuk Bolkiah Hj. Ismail, Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah

Usaha pakcik ini tidak berhenti setakat itu. Beberapa kali beliau mohon agar dapat berjumpa langsung dengan Datuk Bolkiah Hj Ismail selaku wakil Rakyat kawasan N.3 Pitas untuk memaklumkan tentang perkara ini dan akhirnya beliau berdepan sendiri dengan Datuk Bolkiah. Menurut pakcik Monon, Datuk Bolkiah sebelum ini telah menyatakan kesediaannya menyediakan makan sahur justeru, Datuk Bolkiah meminta pakcik Monon membantu Pegawai Jheains Pitas untuk menyenaraikan saudara2 baru dan yang berkaitan selain menyatakan janji2 lain sehingga Pakcik Monon terlalu yakin dengan apa yang diperkatakan oleh Datuk Bolkiah. Kisah pertemuan Pakcik Monon dan Datuk Bolkiah diceritakan pakcik Monon kepada SMS setiap kali beliau pulang dari rumah Datuk Bolkiah.

Pagi ini lain jadinya. Kata Pakcik Monon, Datuk tidak dapat memberi apa-apapun untuk program ini; baik sumbangan peribadi mahupun melalui jalan-jalan lain. Berulang-kali pula Datuk sarankan agar Pakcik Monon berurusan terus dengan pihak JHEAINS, JAKIM dan badan-badan agama yang lain di sekitar Kota Kinabalu.

Sangat pelik dan menghairankan tindakan Datuk ini. Sebagai wakil rakyat, seharusnya beliaulah yang lebih bertanggungjawab melakukan kerja-kerja berhubung, menelefon dan berbincang dengan pihak-pihak berkaitan seperti yang dibuat Pakcik Monon, sesuai dengan jawatan beliau sebagai wakil rakyat Pembantu Menteri. Meskipun Pakcik ini turut merasai tanggungjawabnya terhadap saudara seagama dan rela berbuat semua kerja-kerja itu, namun siapalah Pakcik Monon berbanding Datuk Bolkiah?

Monon @ Ahmad Shukri Yaaim, Pengerusi Surau Ar-Rahman


Kata Pakcik Monon lagi, atas cadangan pihak AJK program , beliau sekali lagi diminta menghubungi Datuk Bolkiah untuk mohon sumbangan peribadi sebanyak RM500. Pun , Datuk ini tidak beri.

Sebagai aktivis mualaf Sabah yang tampil mengemukakan pelbagai isu dan permasalahan mualaf khususnya di negeri Sabah, sudah pasti SMS melihat perkara ini tidak wajar berlaku, apalagi melibatkan seorang Datuk yang tahu serba serbi dalam hal2 pentadbiran serta perjalanan sesuatu perkara. Datuk tidak wajar lepas tangan atau mengambil sikap tidak endah dalam hal ini.

Sebagai wakil rakyat, Datuk wajar menilai semula apa yang Datuk telah tuturkan pada Pakcik Monon@Ahmad Shukri melalui pelbagai sudut; politik, kemanusian, agama dan sebagainya. Pihak-pihak berkaitan terutamanya Ketua Menteri wajar mengambil perhatian perkara ini. Bagaimana mungkin slogan ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ dapat dicapai jika YB-YB di bawah Yang Berhormat Ketua Menteri bersikap seperti ini kepada seorang pakcik yang hanya menjadi pengerusi kepada sebuah surau?

 

postheadericon Pengislaman Tiada Bantuan Khusus

Dalam usaha untuk memperkembangkan dakwah serta semangat pihak-pihak bertanggungjawab dalam Islam dengan lantang menegaskan untuk mempertahankan Islam dan memperkembangkannya maka wujudlah sambutan dari kumpulan kecil yang menyahut seruan ini. Dengan usaha kerana Allah SWT dan dengan izinNya pada 22 Ogos 2011 bersamaan dengan 22 Ramadhan 1432H ini akan diadakan satu program pengislaman seramai 9 orang di daerah Pitas.

Pihak pengurusan yang diketuai oleh Encik Ahmad Shukri Yaaim (mualaf) berusaha untuk berhubung dengan pihak-pihak yang dijangkakan akan bertanggungjawab dalam membantu pengurusan dan sumbangan kepada saudara-saudara baru kita ini tetapi agak malang sekali apabila prosedur dan masa menjadi kekangan bantuan dari beberapa organisasi yang dihubungi. Program yang sebelum ini pernah diterbitkan di wadah mualaf ini yang melibatkan sumbangan terhadap mualaf seramai lebih 100 orang dan pengislaman seramai 4 orang di kampung berkenaan tidak mendapat perhatian serius. Pada ketika ini pertambahan seramai 5 orang lagi untuk memeluk Islam menjadikan 9 orang kesemuanya yang akan diIslamkan dalam program tersebut.

Apa yang menjadi persoalan sekarang ialah jika pihak yang difikirkan bertanggungjawab ini tidak mengambil perhatian serius perkara seumpama ini, dimanakah lagi arah tuju pihak pengurusan untuk meminta bantuan?

Kerisauan mula terasa apabila Ahmad Shukri yang menemui ketua kampung bagi pihak mualaf untuk menjelaskan keadaan sebenar. "Kalau macam ni susah ni mau kasi jelas sama diurang, senang lagi kasi terang pasal Kristian", kata ketua kampung tersebut.

 

postheadericon Persoalan

 

 

Hari ini sudah 17 Ramadhan. Pertanyaan kita ke persatuan, pertubuhan dan yayasan mualaf yang ada di Sabah adalah, berapa ramai orang-orang mualaf yang telah dikenalpasti dan layak mendapat zakat dari pihak Pusat Zakat Sabah ? Sekian lama berpersatuan, pasti telah banyak maklumat yang kalian tahu tentang perihal saudara2 kita terutamanya berkaitan hak mereka yang harus diperjuangkan sesuai dengan apa yang termaktub dalam perlembagaan.

Kepada Yayasan Ekonomi Mualaf Sabah, secara jujur, sudah berapa ramaikah para mualaf di Sabah yang telah dibantu ? Pertanyaan ini wajar dijawab individu2 dalam pihak yayasan sesuai dengan taraf kalian sebagai penggerak yayasan yang memperjuangkan ekonomi mualaf. Sudah lama SMS menghantar permintaan menjadi rakan FBa kalian tapi sehingga kini belum disahkan. Rakan2 lain begitu juga, turut ternanti-nanti seperti SMS. Apakah FB yayasan ini hanya dijadikan paparan dan hiasan maya semata-mata dan bukannya sebagai jalur interaksi bagi saudara2 baru ?

Tolonglah ambil perhatian perkara ini. Usah sampai keluar tanggapan kurang baik terhadap yayasan kelak.

 

 

postheadericon Program Pengislaman Tidak Mendapat Perhatian Serius

Suatu ketika dahulu pernah diadakan program pengislaman di Kg. Salimpodon Laut, Pitas yang mana seramai 7 orang yang diIslamkan. Selepas pihak yang menguruskan acara menghubungi beberapa pihak tapi tiada pihak yang jelas serius tampil untuk membantu. Walaupun begitu, ada juga hamba Allah yang sudi memberikan sumbangan sekadar dapat menjalankan acara dan dibantu oleh pihak berwajib iaitu Pusat Latihan Dakwah Kudat di bawah JAKIM dan kehadiran JHEAINS untuk tugasan mendaftarkan sahaja.

Persoalannya, adakah ini sikap orang Islam yang mampu dalam melihat perkembangan Islam khususnya di Sabah?

 

postheadericon Yunan China

 

Masyarakat Cina di Yunnan sangat memanfaatkan setiap inci tanah di bumi mereka, tidak mengira tanah itu rata atau sebaliknya. Bahkan bukit sekalipun, turut ditadbir dan dimanfaatkan sebaiknya. Mereka benar-benar menggunakan sumber alam yang disediakan Allah untuk mereka di bumi Yunnan. Sepanjang kembara, mata ini diperlihatkan pelbagai tanaman yang diusahakan penduduk-penduduk wilayah ini dengan tulang empat kerat dan bantuan mesin terutamanya untuk kerja-kerja pembajakan . Antara tanaman mereka; jagung, padi, tembakau, labu, bawang dan kentang. Selain itu, para penduduk turut memelihara kerbau dan lembu sebagai sumber daging.

Setiap kawasan rumah mereka dihiasi tumbuhan selain hiasan lain berciri tradisi kaum dan agama yang dipegang penghuninya. Paparan lambang yang berbeza-beza mengikut kaum dan pegangan agama masing-masing terlihat sepanjang perjalanan. Andai rumah didiami muslim maka tertampillah kubah, basmallah, gambar Kaabah, tulisan kaligrafi Cina berserta lambang naga dan patung-patung haiwan di kawasan mereka. Selain itu, tembok juga adalah antara kemestian yang wujud di setiap rumah orang Yunnan.

Adalah suatu kebiasaan bagi penduduk Yunnan menyimpan mesin pemotong batu di rumah mereka. Mesin ini digunakan untuk memotong batu-batu pejal sebelum dibentuk dan dijadikan lantai rumah dan bahan jualan. Para petani China mengubahsuai basikal, motor dan lori menjadi kenderaan pengangkut batu-batu yang telah dipotong ke tapak jualan.

Selain tanah dan batu, tasik yang ada juga turut diurus dengan baik sekali gus membantu menambah hasil wilayah. Tasik-tasik di sekitar perkampungan menjadi landskap alam yang indah ditambah pula dengan hiasan-hiasan konkrit seperti jambatan yang diukir serta dijaga kebersihannya sepanjang waktu . Keadaan seperti inilah yang sentiasa menggamit pelancong luar datang menikmati suasana alam di sini.

Banyak perkara yang boleh kita pelajari dari mereka, namun ada juga norma masyarakat sini yang tidak begitu menyenangkan sesetengah pihak terutamanya bagi yang biasa menyinonimkan tandas dengan ‘Bilik Selesa’. Tentulah menjadi sukar untuk menunaikan hajat dan beristinjak apabila berdepan dengan tandas-tandas awam yang tidak bertutup dan tiada punca air . Hanya disediakan tisu sebagai alat ‘pembersih’ .

Bagi umat Islam yang datang ke sini juga pasti menghadapi sedikit kesulitan mencari restoran HALAL kerana tiada petunjuk atau papan tanda yang disediakan oleh pihak-pihak berkaitan. Meski negara China mempunyai penganut Islam melebihi 100 juta, mereka dikekang menyediakan papan-papan tanda dan petunjuk oleh pihak kerajaan. Azan di masjid dilaung tanpa pembesar suara menjadikannya hanya kedengaran di sekitar kawasan masjid sahaja. Keadaan-keadaan seperti ini kurang membantu para pengembara mencari masjid.