Translate This Page

Siapa Online?
We have 10 guests online
Statistik Pelawat
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday474
mod_vvisit_counterAll days924371

We have: 9 guests, 1 bots online
Your IP: 54.224.202.184
 , 
Today: Sep 25, 2017

postheadericon PERJALANAN MUJAHID

Petikan Blog SMS
Jumaat, 17 Okt 2008

PERJALANAN MUJAHID

Perjalanan perjuangan yang telah menempuh pelbagai halangan dan rintangan memberi banyak pengalaman berharga. Kadang-kadang, kita hadapi kebuntuan yang kita rasa tidak mungkin dapat diatasi lagi, tapi entah dari mana datangnya pertolongan sehingga kebuntuan itu bukan sahaja dapat diatasi, bahkan sangat berharga sehingga keuntungan dapat dikaut. Untungnya pada pengalaman selain banyak lagi hasil yang tidak terduga. Inilah realiti dunia perjuangan. Hal-hal yang tidak masuk akal, bila-bila sahaja boleh berlaku. Perkara yang dirancang kekadang gagal. Apa yang tidak tergambar oleh akal pula biasa dialami tidak kira pahit atau manis. Dunia orang berjuang sangat berbeza dengan dunia orang yang tidak berjuang. Keputusan orang berjuang juga sangat berlainan dengan keputusan orang yang tidak berjuang. Para pejuang sanggup menanggung risiko. Manakala orang yang tidak berjuang hanya suka mendengar cerita kisah-kisah perjuangan. Ada orang yang bukan pejuang tetapi lahir di tengah-tengah kemelut perjuangan maka dia terpaksa berjuang sama ada suka atau tidak.

Ada orang dilahirkan dalam keadaan tenang tetapi wataknya pejuang, maka dia akan mencari medan perjuangan walaupun jauh beribu-beribu batu. Walaupun menghadapi berbagai risiko. Berjuang adalah nikmat bagi mereka yang darahnya senantiasa suam dengan perjuangan. Orang berjuang tidak boleh berdarah panas dan tidak boleh juga berdarah dingin. Darahnya darah suam. Panas sangat tidak, dingin sangat pun tidak. Terlalu berani tidak, terlalu penakut pun tidak. Pejuang berani pada tempatnya. Dia takut pada waktu dan tempat yang munasabah. Keseimbangan antara keduanya menjadikan para pejuang hidup segar. Jiwanya tidak mati, tidak patah semangat, tidak kecewa menghadapi kegagalan dan tidak juga melonjak gembira di waktu mencapai kejayaan. Tidak ada istilah pencen bagi pejuang. Pencen hanya dengan kematian. Akalnya sentiasa berfikir tentang matlamat perjuangan dan jalan yang harus ditempuh, serta sentiasa bersedia menghadapi segala kemungkinan.

Pejuang yang tergelincir dari garis haluan dan matlamat akan menanggung risiko. Kalau benar dia pejuang, pasti dia akan cuba kembali kepada garis perjalanannya yang sebenar. Pejuang mengorbankan hidup untuk cita-cita perjuangannya, bukan untuk yang lain. Hidup matinya adalah untuk perjuangannya. Tetapi, tidak kurang juga para pejuang terpaksa atau sengaja menggadai prinsip perjuangan apabila menghadapi kesulitan atau berhadapan dengan tawaran. Sejarah hidup mereka akan dicatat sebagai orang yang mengalah atau pengkhianat. Terpaksa menggadai prinsip kerana kesulitan yang tidak tertanggung akan dikira mengalah. Begitu jugalah jika menggadai prinsip kerana tawaran musuh, maka dia adalah pengkhianat. Bukan senang menjadi pejuang berjaya. Kejayaan dalam perjuangan berada di pihak yang cekal hatinya serta tepat percaturannya. Berhaklah pejuang yang berjaya mendapat pahala di sisi Allah kerana berjuang itu bukan mudah. Namun, ia adalah nikmat bagi mereka yang berkeyakinan. Berjuang bukanlah berlakon di layar perak. Berjuang adalah kebenaran hidup.

Oleh itu, para pelakon atau munafikin tidak boleh lama dalam barisan pejuang-pejuang yang ikhlas kerana Allah. Mereka akan terpelanting keluar di saat ujian-ujian mencabar keyakinan. Yakin adalah ubat pahit yang mesti ditelan oleh mujahidin yang jujur. Semua ini tidak diketahui kecuali teruji. Sebab itulah para pejuang sering diuji dengan pelbagai ujian yang melanda perasaan, fikiran, keyakinan dan juga fizikal. Barangsiapa yang dapat melintasi semua ujian dan rintangan ini maka dia akan sampai kepada matlamat perjuangannya. Sesiapa yang gagal akan tertinggal. Sesiapa yang berjaya sebahagian dan gagal sebahagiannya pula akan teruji lagi pada satu bidang yang lain. Inilah dunia orang berjuang. Agama akan berjaya apabila pejuang-pejuangnya berjihad sungguh-sungguh. Agama Islam adalah ajaran ilahi. Ia turun kepada Nabi Muhammad S. A. W. Bagindalah yang mencari barisan mujahidin yang mahu memperjuangkannya. Maka, ia menjadi teguh dan kuat dengan adanya para pejuang serta menjadi lemah apabila sudah tidak diperjuangkan lagi. Hari ini, umat Islam ingin melihat Islam kuat tetapi tidak ramai yang mahu berjuang. Mana mungkin akan terjadi semua itu? Untuk mencapai cita-cita melihat Islam kuat dan berdaulat, marilah kita berjuang.

 

postheadericon Makluman

 

Sebagai tanda penghargaan kepada para pembaca SUARA MUALAF SABAH@ SMS khususnya kepada pembaca baru serta tidak berkesempatan mengikuti perjalanan SMS sejak mula melibatkan diri sebagai blogger pada 16 Oktober 2008, insyaAllah tulisan-tulisan terdahulu SMS akan diulang pos berserta gambar iringannya di web Suara Mualaf. Ia juga boleh diikuti menerusi FB Suara Mualaf. Diharapkan ulangan pos ini menjadikan para pembaca SMS tidak ketinggalan informasi khususnya dalam usaha kita memikirkan dakwah kepada golongan mualaf.

 

 

 

postheadericon Transformasi Dakwah

Menyingkap kisah-kisah mualaf di Sabah, bagai menanti kematian bagi mereka yang pemikirannya sentiasa terfokus kepada isu-isu perkembangan Islam. Apa tidaknya, kalau anda masuk ke setiap kampung khususnya di pedalaman Sabah, pasti anda bertemu seorang dua dari kalangan rumpun Momogun yang akan berkata ; “aku ini, Islam zaman Tun Mustafa” atau “aku ini Islam zaman Datuk Haris Salleh”. Namun, anda pasti dibungkus keraguan dengan pengakuan mereka kerana melihat keterampilan mereka jauh sekali dari lambangan seorang muslim dengan suasana sekitarnya dikerumuni anjing, berseluar pendek, tidak pandai memberi salam atau menjawab salam, arak menjadi tegukan hariannya dan macam-macam lagi.

Fenomena seperti ini akan membuatkan anda ragu. Jika anda berada di kampung dan melihat sendiri keadaan ini, bukan saja anda terperanjat dan terduduk melihat kehidupan mereka; suasana rumah, cara makan, hatta keseluruhan cara hidup mereka ditambahi kebiasaan mereka dalam pesta keramaian, bahkan ia meyakinkan lagi anda bahawa kemungkinan besar mereka bukan beragama Islam. Hakikatnya, inilah antara kelompok masyarakat Momogun yang menerima Islam hasil perjalanan politik. Jahil mereka bukan alang kepalang, namun mereka tetap berkata, aku Islam.
Walaupun waktu bertindak seharusnya dilakukan sejak dulu, namun tidaklah kelewatan kiranya pihak jabatan agama membuat penyelidikan tentang perkara ini agar dakwah yang ada tidak hanya berlegar-legar di suasana yang sama serta bersifat musiman misalnya; sambutan maulud nabi, majlis tilawah quran, seminar berpusat dan sebagainya yang menjadi rutin bulanan, mingguan, tahunan hatta taqwiman dan itulah dakwah kita. Sedangkan, pihak lain penuh dengan kaedah segar-bugar . Sebagai contoh, dunia hari ini keperluannya adalah IT . Justeru, di samping kaedah sedia ada, kenapa tidak para pendakwah memikirkan cara untuk memasuki dunia ini pula?

Mungkin benar, cabaran memahirkan diri dalam bidang IT di samping ketiadaan orang Islam yang benar-benar mahir atau separuh mahir dalam bidang IT ini mengekang dan membantuti transformasi dakwah . Hakikatnya, orang-orag seperti ini wujud tetapi pihak-pihak berkaitan kurang memikirkan bagaimana perkara sedia ada ini dijadikan produk Islam sekali gus menjadi alat dakwah..

Berbalik kepada mualaf yang saya maksudkan. Apa yang perlu kita lakukan kepada benih-benih Islam di kalangan mereka ? Apa kita biarkan saja keadaan berlangsung sebegitu dan matikan saja isu ini? Tidak. Kerana, ketika bertemu Allah kelak, setiap kita pasti dipertanggungjawabkan dalam hal ini. Mahu atau tidak, semua lapisan masyarakat harus memainkan peranan membendungnya, apatah lagi pihak-pihak yang duduk di pos-pos jabatan agama atau NGOs.

Dulu dan kini, masjid dan surau menjadi sebaik-baik tempat untuk kita menyebar dakwah. Syukurlah, kini bukan saja kedua-dua tempat ini menjadi gelanggang bahkan hotel-hotel mewah, dataran-dataran luas dan dewan-dewan besar sudah turut dijadikan tempat berdakwah. Terkini, kesemua tempat pilihan ini sudah tidak memadai. Dakwah seperti ini hadirinnya di kalangan pemastautin bandar dan pekan. Lalu, pemastautin di pedalaman tidak berkesempatan justeru posisi mereka menghadapkan mereka dengan pelbagai kekangan yang kita sedia maklum. Jika pemastautin bandar dan pekan diwarnai majlis seperti itu, mengapa tidak pemastautin di pedalaman diwarnai dan dicoraki dakwah seperti itu juga. Berilah keadilan kepada mereka. Program-program seminar, kursus yang biasanya diadakan di pejabat, hotel dan dewan ditambahkan lagi dengan program-program terbuka di pedalaman-pedalaman, kampung-kampung mualaf secara berkhemah dan seumpamanya. Rumah-rumah orang Islam setempat dijadikan dapur agar keakraban dan rasa kekeluargaan terjalin. Apabila hubungan ini terjalin, mudahlah para daie memahami keperluan mereka sekali gus memahami ketidakfahaman mereka tentang Islam. Ambillah masa mengajar dan mendidik mereka sehingga mereka benar-benar yakin dengan akidah Tauhid dan faham dengan ajaran-ajaran Islam sehingga tiada satupun unsur yang boleh mengganggu-gugat keyakinan mereka selepas itu.

Dunia IT. Sudah tiba waktunya satu jaringan dalam program atas talian terkawal dipasang di setiap surau, masjid dan rumah individu-individu berkaitan. Siaran berjadual seperti pengajian fardu ain, bacaan-bacaan kitab dan seumpamanya dipancar menerusi talian . Setiap masjid dan surau dimestikan mengaksesnya untuk tontonan dan dengaran umum. Cara ini sedikit sebanyak mengatasi kekurangan guru, kakitangan dan sebagainya kerana tenaga pengajarnya berada di pusat sahaja. Mungkin akan ada yang bertanya, siapa yang sanggup membuat sistem dan kerja sebegini? Secara jujur, SMS menerusi Cahayafm sedang ke arah tersebut. Cuma, siapa pula yang sanggup mendanai program ini ?

Akhir sekali, berikan kami peluang memberi taklimat di jabatan-jabatan agama sehingga kami menjelaskan perkara ini secara terperinci khususnya di Sabah kerana Sabah masih ketinggalan dalam perkara ini berbanding negeri-negeri lain di Malaysia.

 

postheadericon Program Dirancang Tetap Diteruskan

KOTA KINABALU, 20 Ogos 2011 : Program yang dirancang pada 22hb ini iaitu Program Pengislaman dan Sumbangan Kepada Mualaf tetap akan diteruskan walaupun menghadapi pelbagai masalah terutamanya dalam hal yang berkaitan dengan sumber untuk menjayakan program tersebut kata Encik Ahmad Shukri Yaaim ketika dihubungi SMS. Program yang dijangka akan disempurnakan oleh YB Datuk Bolkiah Hj. Ismail, Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah juga akan dihadiri oleh Pengarah JAKIM Cawangan Sabah atau wakilnya.

Presiden Pertubuhan Perhimpunan Mualaf Sabah, Tuan Haji Janathan Kandok dijangka akan menyampaikan satu ceramah yang bertajuk, "Indahnya bila memeluk Islam". Sebelum itu Janathan telah berbesar hati memberikan sumbangan 3 gulung sejadah untuk Surau Ar-Rahman yang disampaikan sendiri kepada pengerusi surau tersebut.

SMS bagi pihak penganjur program mengucapkan jutaan terima kasih kepada individu-individu yang sudi memberikan sumbangan bagi meringankan beban pengurusan program. Hanya Allah sahaja yang akan membalas kebaikan anda. Sekiranya ada individu yang ingin memberikan sumbangan terus sahaja hubungi talian 019 882 7449 atau klik sini.

 

postheadericon Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan

19 Ogos 2011, JUMAAT, Ranau : Pagi tadi, Pakcik Monon @ Ahmad Shukri menghubungi saya dan memaklumkan tentang perkembangan terkini program pada 22 Ogos 2011. Di awal perancangan, program ini dijadualkan menghimpun saudara2 baru, ibu2 tunggal, fakir miskin dan warga emas di samping pengislaman 9 orang bakal saudara seislam bertempat di surau Solimpodon . Gerakan kerja program ini berdasarkan ahli jawatan kuasa yang telah dibentuk. SUARA MUALAF SABAH dalam hal ini, cuba sedayanya menghubungi pihak-pihak berkaitan dan memberi jalan-jalan pengurusan kepada pakcik ini sebagaimana telah kita lakukan pada tahun-tahun sebelum ini.

Nazri Abdullah, Pengurus Suara Mualaf Sabah

Berurusan bersama orang seusia pakcik Monon@Ahmad Shukri memberikan saya banyak pelajaran yang tidak mungkin saya timba dari mana-mana buku. Tanpa mengenal penat lelah, beliau ke sana ke mari berjumpa dengan pihak-pihak berkaitan memohon kebajikan dan bantuan bukan untuk dirinya tetapi untuk orang-orang yang berada di kawasannya. Semuanya atas dasar tanggungjawab beliau sebagai seorang muslim. Beliau sebelum ini telah beberapa kali turun ke Kota Kinabalu untuk berurusan dengan JAKIM. Harapan beliau agar bantuan-bantuan sewajarnya akan disumbang kepada pihak-pihak di kawasan beliau yang seharusnya menerima bantuan. Agak mengecewakan kerana di akhir pertemuan, pihak JAKIM hanya dapat menyediakan kelengkapan solat untuk 22 orang peserta ; saudara-saudara baru, dan juga untuk 9 orang yang bakal masuk Islam. Selebihnya, pihak JAKIM tidak dapat menyediakan kelengkapan ini atas dasar pengamatan mereka.

YB Datuk Bolkiah Hj. Ismail, Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah

Usaha pakcik ini tidak berhenti setakat itu. Beberapa kali beliau mohon agar dapat berjumpa langsung dengan Datuk Bolkiah Hj Ismail selaku wakil Rakyat kawasan N.3 Pitas untuk memaklumkan tentang perkara ini dan akhirnya beliau berdepan sendiri dengan Datuk Bolkiah. Menurut pakcik Monon, Datuk Bolkiah sebelum ini telah menyatakan kesediaannya menyediakan makan sahur justeru, Datuk Bolkiah meminta pakcik Monon membantu Pegawai Jheains Pitas untuk menyenaraikan saudara2 baru dan yang berkaitan selain menyatakan janji2 lain sehingga Pakcik Monon terlalu yakin dengan apa yang diperkatakan oleh Datuk Bolkiah. Kisah pertemuan Pakcik Monon dan Datuk Bolkiah diceritakan pakcik Monon kepada SMS setiap kali beliau pulang dari rumah Datuk Bolkiah.

Pagi ini lain jadinya. Kata Pakcik Monon, Datuk tidak dapat memberi apa-apapun untuk program ini; baik sumbangan peribadi mahupun melalui jalan-jalan lain. Berulang-kali pula Datuk sarankan agar Pakcik Monon berurusan terus dengan pihak JHEAINS, JAKIM dan badan-badan agama yang lain di sekitar Kota Kinabalu.

Sangat pelik dan menghairankan tindakan Datuk ini. Sebagai wakil rakyat, seharusnya beliaulah yang lebih bertanggungjawab melakukan kerja-kerja berhubung, menelefon dan berbincang dengan pihak-pihak berkaitan seperti yang dibuat Pakcik Monon, sesuai dengan jawatan beliau sebagai wakil rakyat Pembantu Menteri. Meskipun Pakcik ini turut merasai tanggungjawabnya terhadap saudara seagama dan rela berbuat semua kerja-kerja itu, namun siapalah Pakcik Monon berbanding Datuk Bolkiah?

Monon @ Ahmad Shukri Yaaim, Pengerusi Surau Ar-Rahman


Kata Pakcik Monon lagi, atas cadangan pihak AJK program , beliau sekali lagi diminta menghubungi Datuk Bolkiah untuk mohon sumbangan peribadi sebanyak RM500. Pun , Datuk ini tidak beri.

Sebagai aktivis mualaf Sabah yang tampil mengemukakan pelbagai isu dan permasalahan mualaf khususnya di negeri Sabah, sudah pasti SMS melihat perkara ini tidak wajar berlaku, apalagi melibatkan seorang Datuk yang tahu serba serbi dalam hal2 pentadbiran serta perjalanan sesuatu perkara. Datuk tidak wajar lepas tangan atau mengambil sikap tidak endah dalam hal ini.

Sebagai wakil rakyat, Datuk wajar menilai semula apa yang Datuk telah tuturkan pada Pakcik Monon@Ahmad Shukri melalui pelbagai sudut; politik, kemanusian, agama dan sebagainya. Pihak-pihak berkaitan terutamanya Ketua Menteri wajar mengambil perhatian perkara ini. Bagaimana mungkin slogan ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ dapat dicapai jika YB-YB di bawah Yang Berhormat Ketua Menteri bersikap seperti ini kepada seorang pakcik yang hanya menjadi pengerusi kepada sebuah surau?