Translate This Page

Siapa Online?
We have 13 guests online
Statistik Pelawat
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday477
mod_vvisit_counterAll days924374

We have: 12 guests, 1 bots online
Your IP: 54.224.202.184
 , 
Today: Sep 25, 2017

postheadericon Belia Contoh

 

Belia Islam Batu 16 Gum-Gum, Sandakan. Kumpulan remaja ini terdiri daripada belia yang layak dinobatkan sebagai belia berjiwa pejuang. Mengapa tidak? Antara Sandakan dan Pitas, jaraknya bukanlah sejauh 100 KM perjalanan bahkan melebihi 200 KM. Kedatangan mereka semata-mata menghantar sumbangan hasil kutipan yang mereka buat setelah mengikuti siaran radio online Cahayafm. Perjuangan dan keprihatinan mereka selama ini sangat wajar dicontohi remaja lain.

Jelas bahawa dunia IT mendatangkan manfaat jika dipergunakan sunguh-sungguh. Selepas ini, pihak-pihak berkaitan wajar memikirkan perkara ini dan membuat tindakan susulan seperti mengadakan satu seminar membincangkan dakwah maya dan seumpamanya. Mungkin tidak keterlaluan jika SMS katakan bahawa Cahayafmlah yang pertama mencetuskan perkara ini. Ekorannya, lahir radio online Bacaan Quraan 24jam berserta tafsirnya dalam Bahasa Melayu di samping lagu-lagu nasyid dalam sistem siaran online. Pun, ini belum cukup, kerana berhadapan kekangan dana dan sebagainya.

SMS dan Cahayafm sedia berkongsi pengalaman dalam membincangkan dakwah maya jika diberi peluang oleh pihak-pihak berkaitan. InsyaAllah, USIA antaranya yang pertama bekerjasama dalam hal ini, meskipun ia sebenarnya masih dalam perbincangan. Harapan agar USIA bersungguh-sungguh dalam perkara ini amatlah tinggi. Pada SMS, USIA wajar mengubah rentak tarinya sesuai dengan kecemerlangannya suatu ketika dahulu.

Kisah Yusuff@Kupang pula agak berlainan. Kekadang, gelihati kami dibuatnya. Rasanya, biarlah kisah dan peristiwa itu SMS dan dia saja yang tahu, meskipun sebelum ini SMS berjanji menulisnya. Yusuff@Kupang dan Wady antara nama yang banyak membantu SMS dan Cahayafm selama ini. Semua yang berkait dengan IT dan ‘setting’ berkaitan mereka buat tanpa mengharapkan apa-apa ganjaran. Walaupun masih menunggu peluang pekerjaan, masa dan waktu mereka tidak dihabiskan dengan aktiviti-aktiviti tidak bermanfaat. Kesanggupan mereka bersama-sama dalam mana-mana program SMS , mencurah tenaga dan masa tanpa gaji sangat-sangat SMS hargai. SMS hanya mampu titip doa agar suatu waktu Allah buka dan luaskan pintu rezeki mereka.

 

postheadericon Anak Saya Meninggal

Deejay Al Haiqem

Wanita 30an kiri (belakang)

Seorang wanita berumur sekitar 30-an mundar mandir mengekori saya. Wajahnya penuh pengharapan. Patutlah, ke mana sahaja saya bersama-sama para mualaf, matanya sentiasa mengekor seolah-olah memastikan di mana keberadaan saya. Tiba masa, setelah bersalaman dan bertukar pandangan, saya beredar ke bonet untuk menyerahkan sebuah beg berisi pakaian terpakai kepada salah seorang keluarga yang diislamkan sebelum ini. Sengaja saya tidak serahkan beg itu melalui pandangan umum bukan kerana isinya pakaian terpakai tapi demi menjaga hati para mualaf lain.

Selepas serahan, sekali lagi saya memasuki perkarangan masjid. Kali ini, wanita dan anaknya terpaku berdiri di balik pagar lalu memberanikan diri untuk bersuara. Agak perlahan namun masih sayup kedengaran, katanya " ahnuu baa...esuk saya bawa anak saya ke hospital tapi 'indada' tambang. 'Buli'ka kau tolong saya bagi tambang saja?". Saya terdiam seketika. Kemudian dia menyambung lagi, "anak saya yang pertama sudah meninggal, yang kedua ini pula tiap-tiap minggu mesti ke hospital supaya darahnya tidak terlampau kurang". Tahulah saya yang anaknya itu penghidap thalasemia.

Selesai penyerahan kampit beras, duit raya, Quraan, tikar sejadah dan beberapa barangan lain, kami datangi semula 9 orang saudara yang baru memeluk Islam. Mereka bukan saja terpaksa melengkapkan borang-borang pengislaman bahkan dikenakan bayaran RM10 seorang untuk setem hasil selain membayar zakat fitrah untuk diri mereka tahun ini. Meski beberapa sampul diterima mereka namun itu masih tidak mencukupi dan jika dinisbah kepada keadaan hidup, rasanya prosedur ini kurang mesra untuk para mualaf .

Saya bayarkan wang setem hasil mereka kepada seorang pegawai JHEAINS. Itupun dengan wang lebihan sumbangan kerana saya sendiri sudah tiada wang. Bayaran untuk Zakat Fitrah mereka pula sebenarnya belum ada dalam poket namun saya beri jaminan untuk membayarnya kemudian. Saya yakin orang rumah akan bantu dalam hal ini. Mujur dia orang yang memahami permasalahan mualaf selain biasa berdampingan dengan mereka. Lagipun, Ini bukan yang pertama bahkan sudah berkali. Sebenarnya, masih ada beberapa keping sampul lebihan , namun ada 'kejadian' yang berlaku dan ini akan saya tulis kemudian. Sdr. Yusuf@ Kupang pasti tahu kisah ini.

Puas rasanya melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberikan para penyumbang kepada SMS, walaupun beberapa perkara tidak dapat kesampaian. Bayaran wang minyak kepada MJasni@Rumputt misalnya tidak dapat diberi kerana mereka lebih memerlukan. Kepada Haiqem, terima kasih kerana menunaikan paksaan saya supaya memenuhi hajat wanita 30-an itu. Namun, saya tahu kamu anak muda yang punya daya juang tinggi.

Bersambung ( Remaja Batu16, Sandakan)

 

postheadericon Kalimah Syahadah [Video]

Dim lights

 

postheadericon Doa

SMS sangat terharu dengan keprihatinan rakan facebook Suara Mualaf di fanpagenya apabila ada doa-doa yang dipanjatkan kehadrat Ilahi memohon agar program yang baru selesai dijalankan di Pitas berjalan lancar. Alhamdulillah, dengan izinNya program tersebut berjalan lancar walaupun sebelum ini pelbagai halangan yang terpaksa ditempuhi.

 

postheadericon Program Pengislaman Perlu diberi perhatian

Kelihatan dalam gambar Ahmad Shukri Yaaim (Pengerusi Program), Nazri Abdullah (Pengasas Suara Mualaf/Penerbit Cahaya.FM), Encik Sharif Sahar (Ketua Pemuda UMNO Kudat), Encik Kamal Sindung (JHEINS) dan Encik Shamsuri (Timbalan Pengarah JAKIM Sabah).

PITAS, 22 Ogos 2011 : Program Pengislaman dan Sumbangan Kepada Mualaf yang dijalankan di perkarangan Surau Ar-Rahman berjalan dengan lancar dan meriah walaupun tanpa kehadiran ADUN di kawasan tersebut yang dijadualkan untuk merasmikan program.

Dim lights

Sharif Sahar Sharif Ading yang juga merupakan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kudat merangkap Ketua Penerangan dan Ketua Unit Media UMNO Negeri merasmikan program. Sahar telah memberikan sumbangan dalam bentuk makanan kepada 22 orang mualaf yang diraihkan dalam program tersebut. Kehadiran Penolong Pengarah JAKIM Sabah dan Pegawai JHEAINS Pitas menambahkan kemeriahan program.

Lebih mengharukan apabila program ini juga didatangi oleh Kumpulan Belia Masjid Darul Aman, Batu 16, Gum-Gum Sandakan dengan membawa pelbagai bentuk sumbangan seperti makanan dan pakaian.

Sumbangan juga diberikan oleh JHEAINS kepada 40 orang mualaf dan fakir miskin selain sumbangan dalam bentuk bahan bacaan dari JAKIM kepada 22 orang mualaf.

Program pengislaman yang dikendalikan oleh JHEINS menjadikan 9 orang menjadi saudara baru dalam Islam. "Saya mengharapkan agar pihak-pihak bertanggungjawab dapat memberikan perhatian dan membuat susulan dalam memberikan pendidikan khususnya asas sebagai seorang Islam kepada mualaf ini", kata Sahar sewaktu ditemubual oleh Cahaya.FM.

Sharif Sahar Sharif Ading,
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kudat

Pengerusi program Encik Ahmad Shukri Yaaim menyatakan kesyukuran kepada Allah kerana melancarkan program tersebut walaupun pada awalnya pelbagai halangan yang terpaksa dihadapi.

Tuan Kamal Sindung yang merupakan Pegawai Agama, JHEAINS Pitas pula memberitahu bahawa pihaknya akan sentiasa memberikan perhatian perkara-perkara seumpama ini lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan tugas jabatan tersebut dalam pentadbiran hal-ehwal Islam.

Kamal Sindung,
Pegawai JHEAINS Pitas

Terdahulu dalam tazkirah dan ucapan ringkas oleh JAKIM Sabah, Penolong Pengarahnya memberitahu akan  memanjangkan usul menaiktaraf  bangunan kelas agama yang berhampiran dengan surau tersebut.

Antara saudara baru yang diIslamkan :

Sebelum itu, Encik Janathan Kandok (Presiden Pertubuhan Perhimpunan Mualaf Sabah) telah menyumbangkan 3 gulung sejadah kepada Surau Ar-rahman.

Nazri mewakili Pertubuhan Perhimpunan Mualaf Sabah menyerahkan sejadah kepada Pengerusi Surau Ar-Rahman.

Selain daripada itu terdapat sumbangan-sumbangan individu yang diterima dalam bentuk wang tunai untuk diserahkan kepada golongan mualaf khususnya yang baru memeluk Islam. Antara sumbangan yang dikenalpasti ialah dari Mejar Abd. Latif Kandok yang juga merupakan Setiausaha Agung Persatuan Islam Seluruh Sabah (USIA).