Translate This Page

Siapa Online?
We have 3 guests online
Statistik Pelawat
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday22
mod_vvisit_counterAll days940681

We have: 3 guests online
Your IP: 54.196.47.128
 , 
Today: Nov 20, 2017

postheadericon Jawaban SMS

 

 

Juhari Janan

( Ulasan; Juhari Janan )

Salam sdra, apa kah setiap Persatuan perlu di Lantik Senator? Tdk ka kita boleh berdakwah tanpa jawatan dlm Kerajaan. mau disebut YB Senator atau kita berdakwah kerana Allah semata mata. kalau melihat org Dusun dalam Kerajaan BN YB Dtk Masidi Manjun Menteri Berbangsa Dusun Islam.Dtk Hj Sairin Karno Pembantu Menteri Berbangsa Dusun Islam Dan mereka ini juga boleh bersuara dgn masalah yg dihadapi oleh mualaf. Renung renung kan

......selamat beramal....

ULASAN SMS


Alhamdulillah, setakat hari ini dalam pengetahuan SMS baru Sdr. Juhari Janan ( JJ ) yang memberi respon tentang hal ini. Saya ucapkan terima kasih pada saudara.

SMS ingin bertanya pada JJ berkaitan senator-senator sedia ada, apakah mereka mewakili persatuan ? Jawabnya tentu tidak,dan itulah yang SMS tahu sepertilah EZAM MOHD NOR. Kalau SMS ditanya secara peribadi berkaitan perlukah setiap persatuan dilantik senator , maka jawaban SMS tidak perlu. Kecualilah persatuan yang ada benar-benar kelihatan bekerja dan berfungsi. Kalau hanya sekadar namanya persatuan, maka lebih baik dilantik mereka yang di luar persatuan. SMS bukanlah persatuan. Tidak juga terlibat dengan mana-mana persatuan mualaf tapi SMS berdamping para mualaf hampir 25th dan bekerja untuk mereka. Barangkali ada yang bertanya kenapa SMS tidak ikut saja persatuan yang ada? SMS sebelum ini pernah dipelawa sebuah yayasan yang meniti atas nama mualaf. Malangnya, pihak peneraju yayasan menjadikan pentas mualaf sebagai kepentingan politiknya sedangkan dia tidak bekerja ke arah membela nasib para mualaf.

Berdakwah kerana Allah itu benar. Tapi, benarkah kalian melihat kemunculan para mualaf ke dunia Islam ini sungguh-sungguh kalian lihat kerana Allah ? Ikhlaskah kita membiarkan mereka hanya dengan memberi wang zakat ketika menjelang Ramadhan sedangkan terus-terusan saja hidup mereka dihimpit? Jikalau dua individu yang JJ sebutkan itu mewakili suara para mualaf, sudah berapa kali mereka menyuarakan hal mualaf di peringkat negeri dan negara sejak mereka menjadi wakil rakyat? Walaupun mereka lahir dalam suku bangsa Dusun namun mereka lahir dalam Islam dan tidak melalui kehidupan seorang mualaf. Lagipula, posisi mereka bukan hanya wakil rakyat untuk memperjuangkan mualaf saja. Senator yang SMS maksudkan itu adalah senator yang benar-benar dilantik mewakili para mualaf dan hanya akan bercakap tentang hak-hak dan kebajikan para mualaf.

Renungan;
Sepatutnya bukan hanya Masidi dan Sairin saja yang menyuarakan perihal mualaf tetapi keseluruhan umat Islam patut bersuara dan membela mereka. Benarkah kita telah berdamping dan mendekati mereka ? Kalau benar, kenapa pemurtadan di kalangan kelompok ini masih berlaku ? Renung2kanlah.

 

 

postheadericon Menanti Jawaban

 

Kepada,
Perdana Menteri Malaysia,
Ketua Menteri Sabah,
Wakil Rakyat Beragama Islam,
Persatuan-persatuan Mualaf,
Pemikir Islam,
Individu Islam.

Assalamualaikum.
Dengan ringkasnya, di mana juga kalian berada ketika ini Suara Mualaf Sabah sekali lagi ingin menarik perhatian kalian, agar memikir dan mendalami gagasan dan permintaan kami kaum mualaf. Termasuk kenyataan ini, sudah kali ke-empat permintaan serupa ini kami lontarkan. Pun, sehingga kini, kami belum menerima sebarang reaksi berbentuk ulasan atau maklumbalas dari pihak kalian, apa lagi memanggil pihak kami untuk membincangkan kewajaran permintaan kami agar pihak kalian melantik seorang senator dari kalangan para mualaf.

Kami berasa dengan kekerdilan dan ketiadaan kuasa politik pada kami, maka dengan cara maya sebegini sajalah kami bisa menyuarakan perkara ini, apalagi pintu-pintu pihak kalian terlalu gah dan jauh untuk kami kunjungi. Pun juga, jikalau kalian berada di sekitar kami, kami tiadalah bertempat dan menerima kerusi dan meja istimewa tanda keberadaan kami di sisi kalian. Meski ada waktu sebahagian golongan kami berada di meja-meja bersama kalian tetapi itu adalah protokol atas sebab mereka menjawat jawatan awam. Seringkali bahkan biasa, kalian tidakpun mengambil perhatian kewujudan mereka.

Suara Mualaf Sabah mohon agar kalian memberi jawaban jujur atas permintaan ini. Permohonan ini bukan hanya sekadar kewajaran bahkan keperluan agar keterabaian yang berlaku pada golongan kami dapat dikhabarkan secara tepat, agar hak-hak kami tidak diperkecil-kecil dan diperlambat-lambatkan.Agar juga agenda-agenda berkaitan pendidikan, ekonomi, politik, pembangunan insan dan seumpamanya terhadap golongan kami diperbincang sebagaimana adanya kami.

Kewujudan kami jika diperhalusi dan dibincangkan, dijadikan agenda negara dan negeri tidak akan merugikan sesiapa bahkan secara totalnya bakal menguntungkan dunia Islam. Apa kalian tidak melihat potensi ini? Kalian bukan saja berbakti di dunia bahkan sahamnya pasti dihitung Allah hingga ke akhirat. Kami melihat jelas perkara ini. Silalah beri ruang pada kami dan kami bersedia memberitahu kebenaran maksud kami.

Akhir sekali, jika kalian berasa permintaan kami ini tidak wajar dan tidak penting, silalah respon perkara ini secara meluas; melalui siaran akhbar, TV, halaman sosial kalian atau apa cara sekalipun hebahannya agar golongan mualaf secara umum dapat menerima berita dan mengetahui jawapan kalian.
Jika golongan OKU, artis, orang asli serta individu-individu yang menyumbang fikiran juga yang berpengaruh dari sudut pengimbangan ( jalan ambil hati ) kalian lantik kerana kepentingan mereka, mengapa pihak kami tidak boleh meminta wakil dari kalangan kami?

Kepada pihak-pihak berkaitan yang terpanggil dan melihat permintaan kami ini tidak patut bahkan berlebih-lebihan hatta merugikan mana-mana pihak, silalah juga beri ulasan melalui saluran yang sama, agar kami tahu. Namun, jika pada pengamatan dan pemikiran kalian melihat ada kewajaran dan keperluan permintaan ini dibuat, maka kami juga mohon agar kalian memasukkan permintaan kami ini sebagai agenda perbincangan di peringkat kalian atau paling tidakpun masukkan perkara ini dalam fail timbul kalian.

Jika tidak dilihat sumbang, Suara Mualaf Sabah mengalu-alukan pertemuan empat mata kepada sesiapa saja yang berkait nama dan jawatannya di atas. Justeru, itulah jalan terbaik agar mudah bagi kami memperjelaskan kerasionalan tuntutan kami.Kepada pengamal media massa, para wartawan, penulis-penulis blog, facebook, pensyarah politik khususnya, kami mohon agar kalian menyalin kenyataan ini jika mahu membantu kami ( Golongan Mualaf ) memperluaskan hebahan ini hingga ia sampai ke telinga PM.


Sekian. Terima Kasih
Suara Mualaf Sabah ( SMS )


Nota;
SMS bersedia berada di mana-mana pentas untuk menyatakan secara langsung perkara ini. Jika ada pihak-pihak berkaitan yang bermurah hati menganjurkan program perbincangan untuk hal ini, SMS sangat bersetuju. Silalah berhubung.

 

 

postheadericon Lambung Melangit ?

 

Sebagai individu yang terlibat dengan NGO, pelbagai pengalaman telah SMS alami. SMS pernah bersama-sama para politikus, pegawai-pegawai tinggi kerajaan, para koperat, peguam, doktor hatta bersama PM, petani, penternak, pemungut sampah juga pengutip-pengutip tin aluminium. Alhamdulillah. Pengalaman-pengalaman ini secara langsung menjadikan apa jua yang SMS perkatakan dalam laman SMS berkait rapat dengan perjalanan dan pengalaman SMS .

Terkini, laluan pengalaman SMS menyaksikan urusan berkaitan agama Islam dicampuri orang politik secara total. Maka, terlihatlah orang-orang agama seperti burung kebasahan sayap justeru teragak-agak dan sedikit berhati-hati mengepaknya. Kenapa ia terjadi? Seharusnya, orang-orang agama dan para ustaz tidak menjadi penakut sehingga mengubah suasana program yang mereka anjurkan. Kalaulah ditakrifkan sebagai ‘hormat’, adilnya bukan begitu. Jelas, sudah agak menjadi kebiasaan permasalahan ini berlaku dalam mana-mana program berunsur keislaman. Cuma saja kita selalu tidak berpeluang duduk dan bermesyuarat bersama mereka. Kalau nanti anda berpeluang duduk di dalamnya, pasti anda tahu suasana yang SMS perkatakan ini.

Ini waktunya pihak berkaitan bertegas dan bangkit berani mengutarakan TIDAK atas pendapat mereka yang selalu dilihat sebagai hukum. Sedihnya, kita lebih suka bercakap dan menyesal tidak berkesudahan di luar pintu mesyuarat . Cara ini tidak akan menghasilkan apa-apa perubahan.

Demikianlah juga halnya dengan tugasan dan arahan yang kurang fokus malah membingungkan pihak-pihak terlibat. Inilah akibatnya jika orang politik sudah campur tangan dalam urusan agama, kemudian pihak berkaitan pula melihat darjat dan kepentingan sehingga lupa melihat Islam sebagai penyelesai masalah. Akhirnya, orang luar melihat Islam dengan pelbagai persepsi tidak tepat. Mana pergi sifat menarik, kemas, bersih, adil, lemah lembut, pemaaf dan sebagainya yang terkandung dalam ajaran Islam?

Silalah tidak mempersuliti perkara kecil dan silalah tidak mempolitiki acara keagamaan. Silalah juga menghargai usaha semua yang terlibat dan sila jangan hanya mereka kita lambung melangit hingga orang kampung yang tidak punya apa-apa dilupa keberadaan mereka.

 

 

 

 

 

 

postheadericon PANGARAA POMOGUNAN

Kalau anda melihat acara kenduri-kendara kemudian disusuli makan dan minum dalam perkampungan orang-orang Melayu (istilah) atau Bajau di Sabah ketika Ramadhan, saya pasti anda bukan saja terperanjat bahkan terkoma fikiran seketika. Tapi, perkara ini bukan sekadar ‘kalau’ kerana saya saksikan sendiri peristiwa ini di sebuah perkampungan Bajau di Semporna 3 tahun sudah. Waktu itu, saya bersama Ust. Abdul Halim Abas dalam rangka dakwah.

Berlainan halnya dalam masyarakat Dusun Islam. Kalau anda melihat perkara ini, mungkin kita masih berhitung kira malah spontan kita terkasihan akan saudara-saudara seislam kita di kalangan orang-orang Dusun yang nyata terkemudian menerima Islam berbanding suku lain di Sabah. Saudara-saudara baru ini rata-ratanya jahil, buta justeru tidak berilmu. Tanggapan ini benar. Bukan keseluruhan, tapi sebahagian besar masyarakat Dusun Islam terutama yang mendiami pedalaman Utara Sabah, masih tergolong dalam kelompok jahil. Kenapa? Jawapannya, kerana mereka tiada ilmu dan pendidikan Islam. Kalau adapun, pengajian berstatus yang sedang berhadapan dengan pelbagai kekangan. Murid tidak datang, guru tidak datang, pengajian kurang menarik@tiada aura dan sebagainya.

Daripada pemerhatian SMS, masyarakat dalam kalangan Dusun Islam ini terbahagi beberapa kelompok. Antaranya;

1. Kelompok yang masuk Islam kerana program-program yang dijalankan oleh kerajaan. Program yang jelas mengundang kemasukan beramai-ramai atas kepentingan pengukuhan politik terjadi pada zaman USNO dan BERJAYA. Masamnya peristiwa ini sehingga ada di antara mereka yang mengucap Dua Kalimah Syahadah berkali-kali hatta sesuka hati keluar dan masuk Islam kerana jahil dan ribuan mangsa telah terlibat.

2. Kelompok mereka yang masuk Islam disebabkan perkahwinan.

3. Kelompok yang masuk Islam kerana pengaruh dakwah.

4. Mereka yang menerima Islam hanya kerana bermimpi.

Empat cara berlainan ini adalah antara penyebab orang-orang Dusun meninggalkan agama warisan nenek moyang. Kalau anda tidak percaya, silalah bertanya sendiri dengan para mualaf. Pasti anda akan menerima salah satu daripada empat perkara di atas. SMS ingin kongsikan beberapa perkara dan amalan yang masih berlaku dalam dunia Islam orang-orang Dusun Kimaragang khasnya yang bermastautin di salah sebuah daerah utara Sabah; Tandek. Masih wujud banyak perkara bercampur-baur dalam ruang kehidupan mereka:-

1. Perkahwinan. Amalan SOGIT yang diistilahkan sebagai PANGARAA POMOGUNAN terus-terusan diamalkan. Sogit ini tidak boleh diganti dengan wang. Binatang khas untuk sogit mestilah babi namun, sejak kebelakangan ini kambing dibolehkan mengganti babi setelah pihak generasi muda menjadi penentang amalan adat ini. Sogit berbagai jenis masih subur diamalkan di kalangan orang-orang Dusun walaupun telah memeluk Islam.

2. Kematian. Amalan MENGUKAS ( Membaiki Kubur ) walaupun diharuskan namun pengamalan di kalangan mereka bercampur perkara mungkar seperti minum minuman memabukkan semasa acara ini dan sebagainya.

Ringkasnya, 90% amalan budaya nenek moyang masih berlaku di kalangan Dusun Islam Kimaragang. Jangan hairan kalau anda melihat arak berjenama bandar dan kampung masih terhidang sebagai hidangan Syawal. Jangan juga hairan jika hidangan ini terhidang di majlis kenduri-kendara misalnya kenduri akikah. Meski siangnya bacaan berzanji dialunkan oleh pembaca-pembaca import, masih ada acara tersembunyi di hari gelap. Pun, masih ada juga yang terang-terangan meneguk air ini tanpa segan silu.

Menjawab pertanyaan “kenapa mereka buat?”. Tiada jawapan lain kecuali faktor kejahilan dan kerapuhan iman. Perkara-perkara ini sukar dihapuskan. SMS bimbang jika ini tidak dibendung bermula akar umbi, akhirnya ia bakal menjadi satu aliran fahaman sebelum diwarisi turun temurun sepertilah yang berlaku di surau Solimpodon Pitas, juga sebuah daerah di Utara Sabah yang setiap tahun mengumandangkan azan Solat Hari Raya sebelum khatib berkhutbah. Mujurlah pada tahun ini seorang pelajar pondok dari semenanjung bertegas dengan ilmunya. Jika tidak, pasti tiada siapa yang berani dan tampil memberi teguran. Jika adapun, pelbagai reaksi akan berlaku.

Akhirnya, hanya ilmu yang dilihat penting dan dapat menjadi solusi perkara-perkara celaru. Justeru, dengan ilmulah segala hal berkaitan Islam tersuluh dan terpandu. Kerana ini, SMS berkali-kali menyuarakan agar guru-guru sedia ada memikirkan perkara ini sehingga dapat mencari satu kaedah baru dakwah yang berkesan sehingga tertangannya permasalahan-permasalahan yang timbul di kalangan kelmpok sasar ini . Kalau kelompok politik punya cara menarik sehingga pengundi tertarik mengundi mereka dalam pilihanraya, kenapa tidak ilmuan islam memikirkan kaedah dan method baru dalam dakwah daripada mempertahankan cara lapuk. Harus diingat juga bahawa, tidak semua cara yang kita fikirkan sesuai boleh diterima semua kelompok. Berkaedah sambil bergelanggang adalah terbaik dan praktikal, kerana selepas itu, anda pasti tahu sikap sebenar mereka.

Kepada guru-guru pondok di semenanjung, SMS ingin bertanya , kenapa kalian tidak membuka sekolah pondok di Sabah dan Sarawak ? Apa alasan kalian untuk berkata tidak ? Kepada jabatan-jabatan agama, sampai bila perkara ini dijadikan perhatian dan kajian tanpa tindakan derastik ? Kepada pihak pemerintah, kenapa berulangkali memberi jawapan ‘ tiada peruntukan’? Kepada badan-badan NGO , tepuk dada apa selera kalian?

 

postheadericon SMS Bersama USIA

Petikan Blog SMS

ISNIN, 16 MARET 2009

Ahad, 15 Mac 2009, buku-buku Panduan Solat Lelaki dan Wanita, Iqra, Fardhu Ain dan lebih 100 buah buku berunsur Islam pelbagai tajuk siap dibungkus untuk dihantar ke beberapa pusat pengajian mualaf di daerah Kota Marudu. SMS bergegas menaiki kancil, memacut laju melalui bukit bukau untuk menghantar buku-buku tersebut. Kira-kira jam 1o. 45 pagi , SMS sampai ke destinasi pertama.

Ustz. Abdul Kahar Abd. Rahman merupakan ketua bahagian USIA Kota Marudu. Beliau menyambut kedatangan SMS sekali gus menyerahkan buku Panduan Solat, Iqra dan buku Fardhu Ain kepada pelajar mualaf. Beliau merupakan pendakwah bebas yang cukup terkenal di kalangan masyarakat Dusun.

Buku-buku ini adalah buku hasil sumbangan Tuan Hj. Harun dan rakan niaga beliau yang SMS terima di masjid Kota Belud.

Kelas ini terbahagi 3 kumpulan, kumpulan pertama terdiri di kalangan mereka yang belum tahu solat dan bacaannya, kumpulan kedua pula terdiri daripada mereka yang sudah tahu bacaan solat tetapi bacaannya perlu diperbetulkan di samping belajar Iqra. Manakala kumpulan ketiga pula ialah kumpulan pelajar yang sudah tamat bacaan Iqra dan telah mula melangkah ke tahap belajar membaca al-Quran.

SMS memberi jawaban kepada pertanyaan dan permintaan mereka untuk mendapatkan telekung wanita. Kepada para pembaca SMS, pelajar-pelajar mualaf ini masih memerlukan kain telekung sebanyak 50 pasang, kain sarung 50 helai, al- Quran 10 buah serta sejumlah kupiah.