Translate This Page

Siapa Online?
We have 9 guests online
Statistik Pelawat
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday421
mod_vvisit_counterAll days907354

We have: 8 guests, 1 bots online
Your IP: 54.162.139.217
 , 
Today: Jul 24, 2017

postheadericon Panduan Membina Empayar Islam di Asia Tenggara

 

Alhamdulillah, sekali lagi umat Islam menyambut tahun baru Muharram 1433 Hijrah. Semua kita tahu bahawa Muharram merupakan bulan permulaan bagi pengiraan tahun Hijriah. Pelbagai peristiwa penting telah berlaku dalam bulan ini, antaranya peristiwa Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara dan Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar. Peristiwa-peristiwa ini sangat penting dan amat bermakna bagi kita selain dapat menjadi pemangkin mencapai sebuah cita-cita perjuangan.


Pembebasan Nabi Yusuf dari penjara umpamanya, dapat dijadikan sebagai pemangkin umat Islam untuk membebaskan diri, pemikiran dan tindakan daripada ikatan bermalasan dalam perjuangan dakwah sekali gus bangkit menyusun langkah-langkah dan strategi-strategi dakwah baru dan terkini. Jika selama ini pelan tindakan kita gagal, maka tiba masanya kita tukar ia dengan pelan yang lebih baik dan canggih sesuai zaman kini yang memerlukan kita berdepan dengan keadaan dan suasana milenium yang serba canggih.

Kalau mahu membina sebuah kerajaan yang besar sebagaimana dianugerahkan Allah kepada Nabi Sulaiman,umat Islam jangan berasa ragu meniru apa yang dibuat oleh Nabi Sulaiman. Kisah ini terkandung dalam Quran untuk kita bongkar dan membuktikannya sekali lagi di zaman ini.

Selalunya, ketibaan tahun baru masihi disambut pelbagai azam dan program. Sebahagian besar kita menyatakan keazaman ingin berjaya dan macam-macam lagi. Sebagai orang Islam, mari kita nekad dengan azam baru kita untuk meletakkan Islam di tempatnya. Ayuh kita tampil dengan berani menegur pihak-pihak yang memerlukan kita bertindak seperti ini. Jangan kita jadi pengampu atau pembuntut.

Dalam waktu yang sama, jangan sekali-kali kita putuskan hubungan ukhwah dengan mana-mana pihak hatta setelah kita selesai memberi teguran kerana sifat sedemikian akan merugikan Islam.

Saya kini teringat akan sebuah buku yang saya bacanya 10 tahun lalu. Buku bertajuk Panduan Membina Empayar Islam di Asia Tenggara itu sangat baik dibaca dan diseminarkan. Ia juga masih releven untuk dipraktikkan di alap kini.

Selamat menyambut awal Muharram 1433 Hijrah.


 

 

postheadericon USIA

 

 

USIA. Antara nama pertubuhan yang dilihat telah sama-sama menyempurnakan perjuangan Islam di Sabah. Anggap saja tulisan kali ini sebagai kilasan perjuangan Islam yang tidak ditulis dalam mana-mana buku, jauh sekali menjadi nota penting dalam sejarah. Jika dianalogikan sebagai makanan, maka lumrah manusia suka memilih makanan berinti sedap . Catatan ini mungkin sedikit tepat kalau SMS istilahkannya sebagai inti terlebih rasa lalu dibuang kerana ‘dirasakan’ tidak sesuai menjadi inti . Tapi, dalam keadaan sebenar, inti tetap inti, walaupun rasanya pahit. Begitu juga hidup. Sepanjang umur kita, tidak mungkin kita simpan sebahagian kisah dan membuang yang sebahagian lagi kemudian menganggapnya tidak pernah berlaku sekalipun perjalanan kisah itu pahit. Untuk rekod ingatan sekurang-kurangnya, kita tetap ambil dan iktiraf kesemua yang berlaku pada kita sebagai pengalaman. Justeru, apa yang SMS tulis selepas ini terpulang para pembaca mencanainya. Apa selayaknya perkara ini dikubur saja kerana menerimanya sebagai hakikat sangat pahit. Dan, kita biarkan diri kita terus lena diulit dan diselimuti gambaran dan rekaan manis justeru itu lebih melegakan banyak pihak.


Dalam memperkatakan hal ini, sila kita baca kisah para nabi dan rasul serta para sahabat. Dalam perjuangan mereka menegak dan menyebarkan syiar Islam, pasti kita temui kisah hitam. Bukan semua perjalanan perjuangan yang mereka tempuhi manis-manis belaka. Mereka pernah kalah dan kecundang dalam pertempuran jihad, ditawan, diseksa, dipulau, dikejar, dikepung malah pelbagai peristiwa dan kisah pahit mereka lalui. Dalam perang Uhud yang hampir dimenangi juga mereka kalah terkesan kerana tidak hiraukan perintah Rasul selain hambatan rasa tamak yang mendesak mereka berebut harta rampasan perang. Meski berada di zaman Rasulullah sekalipun, nafsu para muslimin tidak mudah dikawal kerana mereka juga manusia biasa. Bandingkan pula kita yang hidup jauh dari zaman baginda, tentulah lagi banyak khilafnya. Jadi, siapa kita untuk membuang pahit manis hakikat perjuangan? Terimalah, siapa tahu kita menimba banyak ilmu dan pengajaran sekaligus belajar selok belok berjuang melalui pengalaman-pengalaman seperti ini.

Demikian, USIA yang kita sanjung ke tahap melangit. Tidak mustahil antara kita ada yang tidak sanggup dan merelakan status tinggi ini dicalit atau ditanda pen merah apatah lagi ditegur pihak lain kerana mahu meluruskan sejarah yang dianggap gemilang. Usah kita semai kefanatikan kita sehingga sanggup sama-sama mengorek lubang kubur saudara kita sendiri, lalu menanam mereka sehingga tidak dapat dihidu sedikitpun bau kehadiran mereka. Hak dan jasad mereka kita tanam sehingga tiada sesiapa lagi yang mahu menggali justeru tidak lagi ternampak peri pentingnya sumbangan mereka. Mungkin kita sinis membaca pernyataan ini. Tapi, inilah sebahagian watak yang ada dalam lipatan sejarah USIA dan beberapa badan lain. Ini bukan rekaan malahan telah berlaku dan kesannya berpanjangan ke hari ini. Pun, tidak ada pihak yang mahu menulisnya secara telus. Akan datang, SMS panjangkan lagi tulisan berkaitan ini.

Kali ini, SMS hanya mencatat dan menyatakan sedikit pengalaman bergelanggang di tengah-tengah warga USIA. Rasa tidak puas hati segelintir pihak mungkin terundang selepas ini kerana SMS sedar dalam waktu yang sama, sudah ada nada-nada sumbang yang bukan sekali bahkan telah sering tersembur dari mulut-mulut kelompok ini. Walaupun masih berselindung di balik tirai perjuangan dan adab, tapi busuk semburan masih dapat dihidu . Kenampakanlah sikap seolah-olah mereka sahaja yang layak memegang kekal mohor kuasa USIA dan tidak boleh diganti dengan yang lain.


Undian, pilihan atau belian? 3 perkara ini agak biasa berlaku dalam pilihanraya umum. Tapi, di USIA, setiap kali perhimpunan agung dijalankan, 3 perkara ini juga turut berlaku. Pelik bukan? Ada jual beli undian. Semua berlaku semata-mata mahu meraih kemenangan sekali gus mendapatkan jawatan. Sangat sadis bila difikirkan USIA dijadikan medan sumbang seperti ini. Kesannya, golongan agama, profesional, pemikir dan yang sebaris mereka hanya duduk sebagai ahli kaku. Tiada peranan atau tidak bersuara ketika perbahasan kerana harga untuk zip mulut sudah ada di tangan. Akhirnya, perbahasaan jadi celaru setiap kali bersidang meski agama yang menjadi bahan bahasnya. SMS tidak pernah menafikan kerja-kerja dakwah yang dijalankan USIA. Tapi, yang jelas keterampilan pelaksanaannya ibarat tahap prasekolah dan Tadika. Gagasan-gagasan besar hanya berlegar atas kertas.

Sikap aneh. Berpuak-puak dan perkauman nampak menebal di USIA. Kemudian, ahli-ahli politik yang ada dalam USIA dijadikan batu loncatan memasuki politik. Barangkali lebih baik orang-orang politik tidak masuk campur dan mencampuradukkan kerja politik mereka dengan kerja-kerja agama dalam USIA, tidak kira dalam mana-mana peringkat . Para politikus, serahkan saja urusan USIA kepada ahli-ahli agama. Tugas kalian lebih besar dalam masyarakat umum. Berilah galakan pada orang-orang kampung dan daerah agar menjadi ahli USIA sekali gus melayakkan lebih ramai di kalangan mereka yang layak duduk sebagai AMT. Kita bukan nafikan ada di kalangan ahli politik yang berilmu agama dan berkelayakan duduk di kerusi AMT USIA tapi, cukuplah kalian tumpukan tanggungjawab kalian sebagai ahli politik yang membawa mesej agama dan kesejahteraan kepada rakyat dan masyarakat. Para ustaz, badan-badan NGO, orang perseorangan yang faham apa itu dakwah, kalianlah seharusnya yang mendominasi USIA. Ayuh kita kempen ke arah ini supaya mereka yang tidak layak dan sedang goyang kaki memanjakan diri di kerusi-kerusi AMT tersingkir dan diganti orang yang bekerja ke arah dakwah.

Katalah, SMS mengarut, mereka-reka cerita atau apa saja dalam hal ini. Terus terang SMS tidak dibayar satu sen pun untuk menulis hal ini. SMS bukan kaki bodek atau alat untuk menyerang mana-mana pihak. Tujuan tulisan ini adalah untuk direnungkan dan dijadikan sempadan agar kita sama-sama bertanggungjawab memperbaiki lubang-lubang mazmumah yang semakin menebal karatnya di bangunan USIA. Harapan SMS supaya selepas ini, USIA bukan hanya menjadi tong sampah yang dipenuhi longgokan kertas tuntutan itu dan ini tapi benar-benar gagah segagah bangunannya. Tiada rawatan terbaik untuk keadaan ini selain mengganti sistem dan program sedia ada, menyahaktif orang-orang yang tidak aktif dan memasukkan orang-orang yang benar bekerja serta memahami dengan jelas matlamat kewujudan USIA sebagaimana yang terkandung dalam perlembagaan yang sudah sekian lama menjadi dasar pewujudannya.

MUALAF. Akan datang, SMS akan bicarakan tentang MUALAF yang berperanan penting di peringkat nasional dalam memartabatkan agama Islam. Hakikatnya, tanpa MUALAF Sabah goncang dan kecundang!

 

 

postheadericon Korban

Suasana Hari Raya Korban di masjid-masjid dan surau-surau seluruh dunia tika ini sungguh meriah menyambut cabang ibadah yang wajib ditunaikan oleh mereka yang berkemampuan. Khutbah, takbir dan tahmid menambahkan lagi seri suasana pagi Aidiladha. Namun, sejauh manakah ibadah  korban ini benar-benar difahami oleh umat Islam sehingga ia benar-benar menimbulkan keinsafan? Saban masa mimbar khutbah memberitahu kisah Nabi Ismail dan Ibrahim yang diperintahkan  Allah untuk mengorbankan anaknya sendiri. SMS tidak bermaksud memanjangkan kisah ini kerana umum sudah tahu akan kisah ini melalui pelbagai sumber. Apa yang mahu SMS kongsikan adalah bagaimana Raya Korban ini kita jadikan sebagai dakwah secara langsung pada orang-orang bukan Islam? Amat  jarang pihak-pihak berkaitan membincangkan bahkan melaksanakan sesuatu secara bersepadu.         Jika adapun, hanya di peringkat percubaan atau kebetulan saja.

Kini masanya pihak AJK pelaksana majlis mana-mana masjid atau surau-surau, badan-badan NGO serta orang perseorangan hatta jabatan agama mengambil pendekatan ini, khususnya di kawasaan minoriti Islam dan kawasan perkampungan mualaf, iaitu:-

1. Menyediakan 1 ekor atau lebih lembu, kerbau dan seumpamanya untuk dijadikan hidangan jamuan khusus untuk keluarga dan sahabat handai non- muslim  agar silaturrahim sesama mereka akan tetap dipupuk dengan aktiviti makan bersama di pagi Aidiladha.

2. Menyediakan risalah sebanyak mungkin berkaitan ibadah korban, kepentingannya serta kisah dan hikmah di sebalik ibadah ini. Pada waktu yang sama juga disebarkan penerangan tentang apa itu Islam agar pihak keluarga bukan Islam memahami atau sekurang-kurangnya tahu perkaitan ibadah korban dengan Islam.

3. Pembentukan AJK pelaksana diperluaskan penjawatnya. Bukan setakat AJK masjid, surau dan pihak-pihak jabatan agama sahaja, malah pihak pengerusi JKKKK dan Ketua Kampung juga turut disenaraikan sebagai AJK tidak mengira agama Islam atau bukan Islam. Cara ini akan lebih dihargai dan secara langsung mereka terpaksa akur justeru jawatan mereka yang telah termaktub.

4. Menyenaraikan seorang atau lebih penerima sumbangan non-muslim dari kalangan fakir miskin bersama-sama para muslimin mualaf, fakir miskin dan yang seumpama mereka. Siapa tahu cara ini bakal membuka mata, minda dan hati mereka untuk menerima Islam sebagai agama mereka.

Rumusan;

Empat perkara yang SMS sebutkan boleh  saja diolah mengikut kesesuaian tempat masing-masing. SMS bersetuju dengan keterampilan banyak pihak ( NGO’s ) mengadakan program korban dan dakwah di luar negara namun, jangan pula dilupai kelompok-kelompok minoriti Islam di kampung-kampung pedalaman khususnya para mualaf. SMS khuatir  mereka terpinggir kelalaian masyarakat yang memikirkan perkara yang besar-besar.

Sejak kemunculan SMS dalam menyuarakan pandangan kepada pihak-pihak berwajib, sudah ada pihak yang mengambil peduli akan pandangan-pandangan dan lontaran-lontaran SMS.

 

postheadericon NGO Kristian Bijak ?

( Sumber Gambar; Fb Bung Adi )

Petikan pos Bung Adi 1
Pelajar muslim dan non-muslim sebuah sekolah di Kota Marudu sedang mengikuti program kendalian (dan modul) NGO sebuah agama. Mereka akan mengikuti berbagai slot lagi selepas ini.

Petikan pos Bung Adi 2
Sedang berlangsung. Perkhemahan pelajar sebuah sekolah di Kota Marudu. Modul dan fasilitator serta penceramah dari Badan NGO berasaskan sebuah agama. Apakah sesuai, wajar dan tidak adakah alternatif lain bg pihak sekolah tersebut untuk memberi input pendidikan selain cara yang boleh mengundang kontroversi? Segelintir ibu bapa yg tahu perkara ini sudah mulai bising.

Petikan Pos Nazri
"Apa komen anda: seorang pengetua sekolah menengah kerajaan menjemput badan NGO Kristian untuk mengendalikan program kem pendidikan belia ikut modul NGO berkenaan di dalam kawasan sekolah, kemudian pelajar diarah menyertai, dan guru2 dijadikan ajk2 kecil sebagai pelengkap?

Ulasan:
Pos-pos serta rasa bimbang beberapa pihak berikutan program yang dilaksanakan di sebuah sekolah oleh sebuah badan NGO yang khabarnya daripada sebuah pertubuhan agama menuntut jawapan atau komen terutamanya dari pihak pentadbir sekolah dan juga Pengarah Pendidikan Sabah. Seyogia jawapan segera diberikan agar perkara ini jelas dan difahami semua pihak walaupun doktrin atau ajaran terhadap agama mereka tidak diisi dalam pelaksanaan program.

Dalam pengetahuan umum, Islam adalah agama rasmi bagi negara Malaysia manakala agama-agama lain walaupun statusnya bukan agama rasmi , pengamalannya masih terjamin. Namun, persoalan dalam hal ini bukanlah tolakan ke atas NGO tersebut melakukan aktiviti kemasyarakatan disebabkan status pertubuhan keagamaan tapi sejauh mana program ini mendapat kebenaran daripada Ketua Pendaftar Kementerian Pelajaran Malaysia justeru menurut Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 9/2004, semua permohonan untuk melibatkan murid-murid sekolah dalam apa saja aktiviti anjuran agensi lain selain kerajaan perlu melalui Ketua Pendaftar KPM. Selain itu, penyertaan murid juga adalah dengan kebenaran bertulis ibu bapa atau penjaga. Kegagalan mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan akan menyebabkan berlaku pelbagai tanggapan negatif.

Sebelum ini, SMS pernah berurusan dengan pihak sekolah berkaitan; SMK TANDEK. SMS bercadang mengadakan program melibatkan pelajar, namun pihak pengurusan terbabit telah menolak dengan alasan-alasan tertentu. SMS kemudiannya membatalkan niat tersebut sehingga sekarang. Namun, amat menghairankan apabila program seumpama ini diberi ruang oleh pihak sekolah. SMS terpanggil mengulas perkara ini sekali gus ingin tahu apakah pengisian-pengisian program yang khabarnya mengikut modul pihak berkaitan.

Dalam hal ini, seharusnya pihak Hal Ehwal Murid, para ustaz dan ustazah serta individu-individu berkaitan di sekolah terbabit membincangkan perkara ini di peringkat sekolah. Sejauh mana pertubuhan NGO ini mematuhi garis panduan pihak KPM serta wajar atau tidak pertubuhan ini diberi izin melaksanakan modul mereka? Ataukah pihak pentadbir dengan sengaja menggunakan kuasanya sebagai majikan sehingga mengenepikan pandangan-pandangan lain sebelum memberi kata putus? Jika benar, tindakan itu sekali lagi mengheret fikiran SMS dan tidak mustahil masyarakat Islam lain untuk berfikir tentang sesuatu yang terarah kepada andaian-andaian keagamaan atau seumpamanya.

Supaya perkara ini tidak terus menjadi persoalan, SMS mohon agar pihak pentadbir sekolah terbabit memberi penjelasan berkaitan kelulusan, objektif serta sasaran program berkaitan. Apa program ini benar-benar menepati kehendak pelaksanaan aktiviti Ko kurikulum serta selaras dengan SPI Bil. 20/2000? Walaupun Surat Ikhtisas ini bertajuk Panduan Penubuhan Persatuan Agama Bukan Islam di Sekolah Sekolah namun, kewajaran isi penting surat ini barangkali boleh dilihat kesamaannya dalam beberapa perkara antaranya, perkara 4 dalam surat ini dinyatakan seperti berikut:-

4. Apabila diluluskan penubuhannya oleh Pendaftar, maka Persatuan Agama Bukan
Islam seperti ini hendaklah mengambil kira perkara-perkara berikut:

(a) Aktiviti-aktiviti kelab hendaklah dirancang dan dilaksanakan dengan mengambilkira sensitiviti kebebasan beragama dan juga hakikat bahawa Islam adalah agama rasmi negara;

(b) tidak boleh menjalankan sebarang usaha atau aktiviti yang bertujuan untuk mempengaruhi dan mengembangkan kepercayaan atau anutan kepada murid-murid dari agama lain;

(c) keahlian sesuatu persatuan bukan agama Islam hanya untuk murid-murid yang menganuti agama itu sahaja dan tidak boleh diperluaskan kepada penganut agama lain;

SMS mohon jawapan daripada pihak terbabit dipaparkan segera agar pemikiran dan pelbagai tanggapan kurang baik dan tidak tepat sekali gus mengundang sentimen keagamaan dapat dielakkan. Kita tidak mahu isu ini dispekulasikan meluas sehingga diperdebatkan di meja-meja kopi, web, blog , FB dan sebagainya.


InsyaAllah, SMS akan ke sekolah ini dalam masa terdekat untuk mendapa

 

 

 

postheadericon Jawaban SMS

 

 

Juhari Janan

( Ulasan; Juhari Janan )

Salam sdra, apa kah setiap Persatuan perlu di Lantik Senator? Tdk ka kita boleh berdakwah tanpa jawatan dlm Kerajaan. mau disebut YB Senator atau kita berdakwah kerana Allah semata mata. kalau melihat org Dusun dalam Kerajaan BN YB Dtk Masidi Manjun Menteri Berbangsa Dusun Islam.Dtk Hj Sairin Karno Pembantu Menteri Berbangsa Dusun Islam Dan mereka ini juga boleh bersuara dgn masalah yg dihadapi oleh mualaf. Renung renung kan

......selamat beramal....

ULASAN SMS


Alhamdulillah, setakat hari ini dalam pengetahuan SMS baru Sdr. Juhari Janan ( JJ ) yang memberi respon tentang hal ini. Saya ucapkan terima kasih pada saudara.

SMS ingin bertanya pada JJ berkaitan senator-senator sedia ada, apakah mereka mewakili persatuan ? Jawabnya tentu tidak,dan itulah yang SMS tahu sepertilah EZAM MOHD NOR. Kalau SMS ditanya secara peribadi berkaitan perlukah setiap persatuan dilantik senator , maka jawaban SMS tidak perlu. Kecualilah persatuan yang ada benar-benar kelihatan bekerja dan berfungsi. Kalau hanya sekadar namanya persatuan, maka lebih baik dilantik mereka yang di luar persatuan. SMS bukanlah persatuan. Tidak juga terlibat dengan mana-mana persatuan mualaf tapi SMS berdamping para mualaf hampir 25th dan bekerja untuk mereka. Barangkali ada yang bertanya kenapa SMS tidak ikut saja persatuan yang ada? SMS sebelum ini pernah dipelawa sebuah yayasan yang meniti atas nama mualaf. Malangnya, pihak peneraju yayasan menjadikan pentas mualaf sebagai kepentingan politiknya sedangkan dia tidak bekerja ke arah membela nasib para mualaf.

Berdakwah kerana Allah itu benar. Tapi, benarkah kalian melihat kemunculan para mualaf ke dunia Islam ini sungguh-sungguh kalian lihat kerana Allah ? Ikhlaskah kita membiarkan mereka hanya dengan memberi wang zakat ketika menjelang Ramadhan sedangkan terus-terusan saja hidup mereka dihimpit? Jikalau dua individu yang JJ sebutkan itu mewakili suara para mualaf, sudah berapa kali mereka menyuarakan hal mualaf di peringkat negeri dan negara sejak mereka menjadi wakil rakyat? Walaupun mereka lahir dalam suku bangsa Dusun namun mereka lahir dalam Islam dan tidak melalui kehidupan seorang mualaf. Lagipula, posisi mereka bukan hanya wakil rakyat untuk memperjuangkan mualaf saja. Senator yang SMS maksudkan itu adalah senator yang benar-benar dilantik mewakili para mualaf dan hanya akan bercakap tentang hak-hak dan kebajikan para mualaf.

Renungan;
Sepatutnya bukan hanya Masidi dan Sairin saja yang menyuarakan perihal mualaf tetapi keseluruhan umat Islam patut bersuara dan membela mereka. Benarkah kita telah berdamping dan mendekati mereka ? Kalau benar, kenapa pemurtadan di kalangan kelompok ini masih berlaku ? Renung2kanlah.